Ubat 'analgesic' atau 'painkiller'ialah istilah yang digunakan untuk mewakili kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit. Dadah analgesik termasuk nonsterodial anti-inflammatory drugs ( NSAID ) seperti salisilat, dadah narkotik seperti morfina dan dadah sintesis bersifat narkotik seperti tramadol.
NSAID seperti aspirin, naproxen, dan ibuprofen bukan sahaja melegakan kesakitan, malah dadah ini juga boleh mengurangkan demam dan kepanasan.
Analgesik bersifat narkotik seperti opioid dan opidium boleh menekan sistem saraf utama dan mengubah persepsi terhadap kesakitan ( noiception ). Dadah jenis ini adalah lebih berkesan mengurangkan kesakitan berbanding NSAID.
Analgesik seringkali digunakan secara gabungan serentak, misalnya bersama parasetamol dan kodaina dijumpai di dalam ubat penahan sakit (tanpa preskripsi). Gabungan dadah ini juga turut dijumpai bersama drug pemvasocerut seperti pseudoephedrine untuk ubat sinus, atau drug antihistamin untuk alergi.
Antara jenis-jenis ubat penahan sakit ialah Aspirin, Parasetemol (panadol), Kodeina, Ibuprofein, Diclofenac, Acetaminophen, Naproxen, Vicodin, Lorcet, Norco, Percocet, Hydrocodone, Oxycodone, Advil, Aleve, Celebrex, Celecoxib dan Mefenamic acid.
Kesan Ubat Tahan Sakit
Penggunaan ubat penahan sakit dengan dos yang tinggi dalam tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung.
Ubat dalam kumpulan yang bukan steroid berdos tinggi diketahui akan meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau kematian akibat sakit jantung.
Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Lancet mendapati ubat tersebut memberi risiko yang tinggi ke atas para perokok dan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan.
Menurut seorang penyelidik dari Universiti Oxford, Profesor Colin Baigent, pesakit yang mengambil ubat untuk jangka pendek tidak sepatutnya berasa bimbang dengan risiko itu.
Tekanan darah tinggi, kolesterol dan menghisap rokok akan meningkatkan risiko untuk menghadapi masalah sakit jantung.
Dalam kajian yang dilakukan itu, perangkaan menunjukkan bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut, akan berlaku tiga serangan sakit jantung, empat kes kegagalan jantung dan satu kematian termasuk kes perut berdarah.
Justeru, bilangan serangan jantung akan meningkat dari lapan pesakit untuk setiap 1,000 orang kepada 11 pesakit bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut pada setiap tahun.
Baigent berkata, jika seseorang itu mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, dia juga mempunyai kebarangkalian yang sama untuk diserang sakit jantung.
Menurutnya, para pesakit perlu menimbangkan cara bagi mengurangkan risiko untuk diserang sakit jantung. Kajian itu dibiayai Majlis Penyelidikan Perubatan dan Yayasan Jantung Britain.
Dalam satu lagi kajian antarabangsa yang besar nonsteroidal ubat anti-radang (NSAID), penyelidik berkata dos yang tinggi ubat penahan sakit ini meningkatkan risiko kejadian vaskular utama - serangan jantung, stroke atau mati akibat penyakit kardiovaskular - kira-kira satu pertiga.
Mefenamic acid
Mefenamic acid adalah ubat tahan sakit bukan steroid (NSAID) yang berfungsi dengan mengurangkan bahan yang menyebabkan sakit di dalam badan. Ubat ini digunakan untuk mengubati sakit atau radangan yang disebabkan oleh sakit sendi atau tulang seperti arthritis. Walau bagaimanapun Mefenamic acid boleh menyebabkan masalah jantung dan peredaran darah yang bahaya seperti angin ahmar dan serangan jantung. Jangan gunakan Mefenamic acid sebelum atau selepas pembedahan bypass jantung (coronary artery bypass graft, or CABG).
Ubat Cox-2 Inhibitors (Nama biasa: Celebrex, Celecoxib)
Ubat ini mempunyai risiko kematian 3 kali lebih tinggi daripada serangan sakit jantung. Ia digunakan juga sebagai ubat anti-kanser. The National Cancer Institute (USA) melaporkan bahawa pesakit yang mengambil dos 400 mg mempunyai risiko kematian 250% lebih tinggi daripada serangan sakit jantung atau strok. Kalau diambil pada dos 800 mg, risiko kematian adalah 340%.
Ubat NSAIDs (Nama biasa: Advil, Aleve, Ibuprofen)
Ubat tahan sakit ini digunakan untuk pesakit atritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Kesan pengambilan ubat ini ialah ulser gastrointestin dan pendarahan yang boleh menyebabkan kematian. Kesan ubat ini ternyata selepas 2 bulan. Jumlah kematian akibat komplikasi selepas pengambilan NSAIDs adalah sama dengan kematian disebabkan oleh AIDs.
Sumber:
kosmo.com.my
http://www.malaysianpharma.com/index.php/m/152-mefenamic-acid-ponstan.html
http://www.guardian.co.uk/science/2013/may/30/painkillers-heart-attack-risk-study
http://articles.washingtonpost.com/2013-06-03/national/39709948_1_heart-risks-arcoxia-heart-attack
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti