STOR SUKAN
Penyelengaraan Peralatan Sukan ( Stor Sukan )
( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 )
Semua warga sekolah yang menggunakan
peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:
Tatacara Am.
- Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.
- Memastikan
semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya
diadakan pada hari atau masa yang berasingan - Peralatan
berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan
rapi sepanjang masa. - Alat-alat
sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh
Ahli
Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja. - Merekodkan
semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk
peralatan sukan. - Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.
- Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.
- Membuat
laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang
digunakan
yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
Tatacara Murid.
- Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.
- Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru PJK.
Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
- Merekod semua alat sukan yang digunakan.
- Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.
- Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
- Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.
- Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
- Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.
Tatacara Am.
- Sentiasa menjaga kebersihan stor.
- Stor Sukan
sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan
peralatan sukan. - Memastikan
semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan.
Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan. - Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
- Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
- Mengisi
borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk
alat-alat sukan. - Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.
- Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.
- Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
- Memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.
Tatacara Murid.
- Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.
- Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru PJK.
- Murid tidak dibenarkan bermain – main dengan peralatan lain apabila berada didalam stor suka ketika mengambil alatan sukan.
- Murid dilarang berlari semasa berada didalam stor sukan semasa mengambil peralatan sukan.
- Murid perlu melaporkan dengan segera kepada guru PJK sekiranya terdapat murid lain berada dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.
Tatacara Jurulatih/Guru.
- Menjaga kebersihan stor sukan.
- Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.
- Memadamkan suis apabila keluar dari stor.
- Mempunyai pelan keselamatan.
- Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
- Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
- Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Saya amat memerlukannya.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Boleh tak saya tahu, apa contoh alatan sukan yang berbahaya ya?
BalasPadamVisit me back : littlesweetyshopmart.blogspot.com