Selasa, 20 Disember 2011

Gaji Guru SBPA 2012

Jadual gaji baharu bagi pegawai perkhidmatan pendidikan berijazah pengurusan dan profesional dibawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


GRED GAJI SBPA : DG 1-1 (DG 41)





GRED GAJI SBPA : DG 1-2 ( DG 44)






GRED GAJI SBPA : DG 1-4 ( DG 48)





GRED GAJI SBPA : DG 1-5 ( DG 52)






GRED GAJI SBPA : DG 1-6 ( DG 54)





Jadual gaji baharu bagi pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma dibawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)





Jadual sifir gaji di atas dipetik dari NUTP Kedah

Muat turun sifir gaji SBPA


.

Sabtu, 10 Disember 2011

Elaun Dan Insentif SBPA

Di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam terdapat 37 elaun yang diperuntukan untuk kakitangan pelajaran.

Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan elaun bagi PPP hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran atau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa bagi PPPS dan PPPLD. Senarai elaun adalah seperti berikut;

BAYARAN INSENTIF

1. Bayaran Insentif Jurulatih Sukan
2. Bayaran Insentif Mengajar Kanak-Kanak Cacat
3. Bayaran Insentif Pedalaman
4. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
5. Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
6. Bayaran Insentif Wilayah

ELAUN

7. Elaun Bahasa Asing
8. Elaun Balik Kampung
9. Elaun Cuti (KUP Sarawak)
10. Elaun Gangguan
11. Elaun Guru Besar/ Pengetua
12. Elaun Guru Kelas Bahasa Ibunda
13. Elaun Kehadiran Latihan Tempatan Pasukan Sukarela
14. Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan
15. Elaun Pemangkuan
16. Elaun Penanggungan Kerja
17. Elaun Perumahan Wilayah
18. Elaun Tanggungjawab
19. Elaun Tugas Memandu Kenderaan
20. Elaun Untuk Isteri/ Suami Yang Dikehendaki Mengiring Pegawai Semasa Menghadiri Majlis Rasmi
21. Elaun Warden Asrama
22. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Semasa Berkursus
23. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Bertukar Atau Berpindah Rumah
24. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir Di Mahkamah
25. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menghadiri Istiadat Pengurniaan
26. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menjalankan Tugas Rasmi


BAYARAN LAIN

27. Bantuan Sara Hidup
28. Bayaran Balik Letak Kenderaan
29. Bayaran Balik Pasport/ Dokumen Perjalanan
30. Bayaran Bantuan Menyelenggara Rumah
31. Bayaran Bantuan Pembantu Rumah
32. Bayaran Bantuan Saraan Pemandu
33. Bayaran Perumahan Khas
34. Bayaran Tambang & Elaun Hidup Kepada Pegawai Yang Dipanggil Untuk Bertugas Semula Ketika Bercuti Di Malaysia
35. Bayaran Tambang Perjalanan Bagi Penempatan Selepas Lantikan Pertama
36. Bounti/ Saguhati Tahunan Pasukan Sukarelawan Pertahanan Awam
37. Pemanjangan Pemberian Pindahan Dan Elaun/ Bayaran Kepada Waris Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan

Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar

Kadar bagi empat (4) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok iaitu;

  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
  • Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
  • Bayaran Insentif Pedalaman
  • Bayaran Insentif Wilayah

Keempat-empat bayaran insentif tersebut adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.

Syarat Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 manakala Bayaran Insentif Subjek Pendidikan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2002.

*Sumber: http://www.moe.gov.my/sbpa/guru/index.html

Kemudahan Guru Dibawah SBPA

Dibawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kemudahan adalah diberi atas prinsip keistimewaan dan bukan merupakan hak seseorang pegawai. Ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa jika perlu. Semua kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.

Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan kemudahan bagi PPP hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran atau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa bagi PPPS dan PPPLD. Senarai kemudahan adalah seperti berikut;

CUTI
Cuti Kerana Perkhidmatan

1. Cuti Rehat
2. Cuti Rehat Khas (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
3. Cuti Separuh Gaji
4. Cuti Tanpa Gaji
5. Cuti Penggal

Cuti Sebab Perubatan

6. Cuti Sakit
7. Cuti Sakit Lanjutan
8. Cuti Kerantina
9. Cuti Bersalin
10. Cuti Kecederaan
11. Cuti Tibi, Barah dan Kusta
12. Cuti Tambahan (Atas Sebab Kesihatan Guru)
13. Cuti Perubatan Khas

Cuti Tidak Berekod

14. Cuti Gantian
15. Cuti Latihan Pasukan Sukarela
16. Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan/ Persatuan
17. Cuti Lain-lain Kursus:
(i) Kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat
(ii) Kursus Kesatuan Sekerja
18. Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
19. Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan
20. Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
21. Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/ Sukan
22. Cuti Bagi Pegawai Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Lawatan Kebudayaan Dan Pertandingan Bulan Bahasa Kebangsaan
23. Cuti Tanpa Rekod Dan Bergaji Penuh Bagi Menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
24. Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ
25. Cuti Tanpa Rekod Untuk Menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Dan Majlis Bersama Jabatan
26. Cuti Isteri Bersalin
27. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
28. Cuti Tanpa Rekod Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara
29. Cuti Tanpa Rekod Bagi Tujuan Menghadiri Mahkamah Di Luar Stesen
30. Kemudahan Cuti Kursus Sambilan Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara

Cuti-Cuti Lain
31. Cuti Menjaga Anak
32. Cuti Haji
33. Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri
34. Cuti Berkursus
35. Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan
36. Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am
37. Syarat-Syarat Dan Peraturan Bagi Mendapatkan Cuti Bagi Mengikuti Kursus Luar Kampus Di Malaysia

PERUBATAN

38. Kelayakan Wad
39. Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
40. Rawatan Di Luar Stesen
Rawatan Perubatan:
41. Rawatan Untuk Keluarga
42. Rawatan Untuk Ibu Bapa
43. Pembekalan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan Dan Rawatan Penyakit Buah Pinggang
44. Rawatan Kemandulan Di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
45. Rawatan Kecemasan Di Klinik/ Hospital Swasta
46. Rawatan Kepakaran di Klinik/ Hospital Swasta
47. Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB)
48. Rawatan Perubatan Di Luar Negeri
49. Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura
Lain-Lain Kemudahan Perubatan:
50. Rawatan Perubatan Dan Pergigian Di Hospital/ Klinik Kerajaan Kepada Pegawai Contract For Service
51. Panel Perubatan Di Singapura
52. Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Keluarga Bagi Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak

PERUMAHAN

53. Rumah Biasa Kerajaan
54. Rumah Biasa Jabatan
55. Rumah Khas Jabatan
56. Rumah Khas Jawatan

PAKAIAN

57. Bayaran Pakaian Black Tie
58. Bayaran Pakaian Istiadat
59. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi


TAMBANG

60. Tambang Ehsan
61. Tambang Mengiringi Jenazah Kepada Keluarga Pegawai Yang Bertukar Wilayah
62. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
63. Tambang Percuma Balik Ke Kampung (KUP Sabah)
64. Tambang Percuma Ke Sabah dan Semenanjung (KUP Sarawak)
65. Tambang Percuma Ke Kuala Lumpur dan Hong Kong (KUP Sabah)
66. Tambang Percuma Ke Luar Negeri
(KUP Peruntukan Perintah Am 37 Bab ‘C’ 1956)
67. Tambang Percuma Ke Luar Negeri (KUP Sarawak)
68. Tambang Percuma Ke Semenanjung Malaysia (KUP Sabah)
69. Tambang Percuma Ke Semenanjung Malaysia (KUP Sarawak)


PINJAMAN

70. Pinjaman Kenderaan
71. Pinjaman Komputer
72. Pinjaman Perumahan


KENDERAAN

73. Kemudahan Pembelian Kereta Rasmi Semasa Bersara Untuk Pegawai Kerajaan Yang
Berkhidmat Di Luar Negara

KEMUDAHAN LAIN

74. Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah
75. Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan
76. Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja
77. Pelepasan Bertugas Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji
78. Pelepasan Waktu Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Darah
79. Pelepasan Waktu Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menjalankan Tugas Rondaan Di Bawah Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga
80. Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Di Tempat Kerja Sektor Awam
81. Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat
82. Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negeri Atas Urusan Persendirian
83. Pemanjangan Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berkhidmat Di Luar Negara
84. Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak Kurang
Upaya

Jumaat, 9 Disember 2011

Intipati Pelaksanaan SBPA

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Sumber:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut