DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah Al-Fatihah – Doa pembuka kepada segala urusan
Terjemahan Surah Al-Fatihah
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Surah Al-'Alaq (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu
Terjemahan Surah Al-'Alaq
[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh
yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu.
Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”
DOA PENERANG HATI
Dibaca sebelum belajar atau mengulangkaji pelajaran
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
DOA PENERANG HATI
Doa agar Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran
Surah Al-Anbiya' (Ayat 79)
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
DOA PENERANG HATI
Doa agar Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran
Surah Al-Qasas (Ayat 51-55)
51. Dan demi sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman).
52. Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.
53. Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya.
54. Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
55.Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil.
DOA UNTUK KECERDASAN OTAK
Surah Taha ayat 25- 28
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.”
WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Rasulullah SAW bersabda; Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)
DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
DOA AGAR MENJADI PAKAR DALAM SESUATU PERKARA
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”
DOA MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”
DOA KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”
DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).
WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui,
Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.
DOA APABILA TERLUPA
Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa
'Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.'
DOA KETIKA FIKIRAN BUNTU (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
'Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku'
WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
DOA DIJAUHKAN DARI SIFAT MALAS
"Sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya)."
DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Assalam
BalasPadamSaya mohon izin share ilmu tuan...
T.kasih
Saya akan cuba try benda ni sebab nak periksa dengan izin nya saya boleh dapat streat (A).Tolong doa kan saya juga ya.....hehheπ€ππ
Padam* straight. Allahu π
PadamNice Sharing ,TQ .
BalasPadamSubhanallah. semoga ilmu nya barakallah kak. aamiin
BalasPadamThank you!
BalasPadamSaya mohon izin share ye...tq
BalasPadamAssalamualaikum cikgu
BalasPadamsaya dengan rendah hati mohon kongsi & cuba amalkan & sebarkan.
SyukranπΉ
BalasPadamSyukran membantu sangatπ¦
BalasPadamAfwaan☃️✨
PadamSaya mohon izin share dan diamalkan
BalasPadamSaya Mohon izin share & amalkan TQ
BalasPadam