Selasa, 24 September 2013

Sejarah Permainan Sukan Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Sukan badminton memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.


SEJARAH BADMINTON DUNIA.

Badminton telah direka sejak zaman dahulu lagi iaitu satu bentuk sukan permainan dalam Yunani purba dan Mesir. Daripada beberapa rekod sejarah terdapat sedikit keterangan tentang permainan ini. Lukisan-lukisan yang terdapat dibeberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad ke 17 dan ke 18. Badminton berasal dari sejenis permainan yang dimainkan di India, iaitu salah satu permainan kanak-kanak yang dimainkan dengan sebatang bet kecil dan pelancar berbulu.


Permainan asli India ini telah menarik minat dan perhatian tentera British di Poona. Permainan Poona yang dibawa balik ke England dan dipopularkan di Estet Badminton House telah mendapat nama baru iaitu ‘Badminton’. 

Dalam tempoh 20 tahun diperkenalkan di England banyak kelab badminton ditubuhkan di Wales, Scotland dan England. Pada tahun 1893 Persatuan Badminton England ditubuhkan. Pada tahun 1899 Pertandingan Kebangsaan Inggeris pertama telah diadakan. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama di dunia untuk  permainan badminton.

Selepas Perang Dunia Pertama tentera asing yang mendapat pendedahan dengan permainan  badminton semasa bertugas di England telah membawa permainan ini balik ke negeri mereka.  Beberapa buah negara telah menubuhkan Persatuan Badminton Kebangsaan seperti Kanada  (1921) dan Amerika (1936). 



Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk di situ. 

Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi India pada  ketika itu, telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton  Club’ dan undang-undang permainan tetapi masih belum sempurna. 

Seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa, untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan. Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Presiden pertama ialah Sir George Thomas. Beliau menjawat sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955. Pada tahun yang sama (1934) Persatuan Badminton Malaysia ditubuhkan. Sukan Badminton berkembang dan pada tahun 1992 Badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik.

Detik permulaan Piala Thomas ialah pada tahun 1939 dan orang yang bertanggungjawab ialah Sir George Thomas dan kemudiannya terpilih menjadi presiden IBF. Pada masa yang sama Malaya menjadi terkenal kerana A. Samuel berjaya memasuki separuh akhir dalam pertandingan All England. 1953 – 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuari Piala Thomas. Pada peringkat awalnya Piala Thomas diadakan tiga tahun sekali untuk pemain lelaki sahaja. Pertandingan mengandungi sembilan perlawanan iaitu lima acara perseorangan dan empat acara bergu. Mulai tahun 1982 pertandingan Piala Thomas diadakan dua tahun sekali. Pada dan dua acara bergu. 

Pertandingan Piala Uber dianjurkan oleh Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF) khas untuk wanita. Piala ini dihadiahkan oleh Puan Betty Uber seorang pemain Badminton terkenal di England. Kejohanan pertama diadakan pada tahun 1957. Mulai tahun 1984 Piala Uber juga mengikut format Piala Thomas.

Kejohanan Seluruh England ialah Kejohanan Terbuka (individu) yang paling berprestij di dunia. Kejohanan ini diadakan pada setiap tahun. Pada tahun 1925 Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan. Selepas itu diikuti dengan penubuhan Persatuan Badminton Perak. Pada tahun 1934, Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan dengan J.I Woods sebagai presiden yang pertama.

Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF). Pada tahun 1960 Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan dengan Tan Sri Mohd Khir Johari sebagai presiden yang pertama. Tugas utama BAM adalah memajukan permainan badminton negara melalui pelbagai program dan perancangan yang diwujudkan.



SEJARAH BADMINTON DI MALAYSIA

Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Di Muzium Pulau Pinang pula terdapat gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain permainan Poona atau badminton.

Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk disitu.

Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia.

Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak.

Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953 – 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas.

Sukan Badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu mendapat pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik tahun 1996.

Akademi Badminton Malaysia(ABM) ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorang pemain yang berjaya dihasilkan ialah Dato’ Lee Chong Wei. Pada tahun 2000 ABM ditutup. Semua pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil. Terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Pelajar untuk sukan badminton ditempatkan di SSBJ.


2 ulasan:

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut