Isnin, 31 Disember 2012

Sistem pendidikan baharu


KEMENTERIAN Pelajaran mengorak pelbagai program memperkasakan pendidikan sebaik sahaja membuka tirai 2012 dengan mengerakkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional dengan matlamat memberikan wajah baharu dan impak yang lebih berkesan terhadap keupayaan bidang vokasional.

Bertitik-tolak dengan itu, program memperkasakan bidang pendidikan terus digarap dengan kemuncaknya melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi bagi mengubah sistem tersebut.

Lima aspek utama yang disasarkan dalam PPP adalah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Pelan itu turut menyasarkan sifat-sifat pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan dalam pembangunan para pelajar bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global.

Kementerian Pengajian Tinggi juga tidak ketinggalan mempelbagaikan skop program demi meningkatkan keupayaan mahasiswa dan institusi pengajian tinggi sama ada melalui usahasama pendidikan antara universiti atau memorandum persefahaman melibatkan korporat tempatan serta antarabangsa.

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121231/pe_01/Sistem-pendidikan-baharu

Isnin, 24 Disember 2012

Rasional Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)

SEJAK kebelakangan ini, masyarakat didedahkan dengan pelbagai perbuatan jenayah dan salah laku pelajar. Perlakuan jenayah pelajar berbentuk perbuatan mencuri, merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, membuli, mencederakan murid lain, memeras ugut wang malah ada yang berani hingga mengancam para guru.

Penglibatan murid sekolah dalam kegiatan salah laku disiplin merupakan perbuatan yang perlu dilihat secara serius oleh semua pihak khususnya pengurusan sekolah. Gejala tersebut boleh memberikan impak yang negatif terhadap pengurusan sekolah sekiranya tidak ditangani secara segera dan berkesan di peringkat awal.
Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, isu ponteng sekolah masih merupakan isu utama yang perlu diberi perhatian kerana masalah itu boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala negatif yang lain seperti dadah, gengsterisme, minum arak, seks bebas, buli, perjudian atau lain-lain.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunculan gejala negatif semakin serius melanda golongan pelajar. Faktor pertama keruntuhan institusi kekeluargaan untuk memainkan peranannya sebagai institusi pembentukan insan yang positif dan produktif.

Faktor kedua ialah kemerosotan moral dan akhlak yang berleluasa akibat kesan arus pembangunan negara dan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Faktor ketiga ialah masalah tekanan ekonomi dan sosio budaya yang mengakibatkan krisis dalam keluarga yang mempengaruhi remaja sekolah. Akhir ialah pengaruh negatif rakan sebaya.

Memandangkan kes-kes salah laku dan kadar jenayah di kalangan remaja masa kini meningkat, penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah difikirkan perlu bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah di peringkat awal di kalangan pelajar sekolah.
 Sumber: utusan.com.my



Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)


Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Matlamat Penubuhan KPJ

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.


Moto KPJ

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”



Objektif KPJ

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.



Peranan Ahli KPJ

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri


Jawatankuasa KPJ

Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:

1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.

2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri

3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)

4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah



Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
Penaung: Pengetua/Guru Besar

Penasihat:  Penolong Kanan HEM
                 Pegawai Perhubungan Sekolah

Guru Penasihat: Guru Disiplin Sekolah (2 orang)

AJK Kelab:
                    -Pengerusi
                    -Naib Pengerusi
                    -Setiausaha
                    -Penolong Setiausaha
                    -Bendahari
                    -Ahli Jawatankuasa (5 orang)
                    -Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan



Antara aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah yang boleh dirancang;

1. Ceramah dan Dialog:
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

2. Kursus, Bengkel dan Seminar:
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid

3. Lawatan Sambil Belajar:
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney

4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah

5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri

6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan antijenayah

7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah

8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri

Sumber: mcpf.org.my

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut