Khamis, 25 Julai 2013

Sejarah Peristiwa Nuzul Al-Quran


Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ramai pengkaji berselisih pendapat tarikh sebenar turunnya kitab suci al-Quran, namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Perkataan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Firman Allah SWT: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An'am:38)

Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)

Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."

Membaca al-Quran adalah sebagai suatu ibadat, malah ia boleh ditingkatkan lagi dengan membaca al-Quran kepada menganalisis, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan dan kajian yang akhirnya memajukan dunia ini, terutama untuk memajukan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman dari semua pihak di peringkat nasional dan antarabangsa.


Faedah membaca al-Quran

Antara faedah membaca al-Quran adalah;

1. Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
2. Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
3. Memperoleh pahala yang banyak;
4. Membahagiakan rakan seperjuangan;
5. Menghapus kesalahan dan dosa;
6. Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
7. Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
8. Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
9. Memelihara umur manusia;
10. Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
11. Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.


Antara Al-Quran yang terawal

Al-Quran yang pertama di dunia

Antara Al-Quran terawal di dunia

Antara Al-Quran pertama di dunia


Sumber:
bharian.com.my
islam.gov.my
ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran

Sambutan Hari Nuzul Al-Quran

Rabu, 24 Julai 2013

Set Soalan Percubaan UPSR Negeri Pulau Pinang 2013

Set Soalan Percubaan UPSR Negeri Pulau Pinang 2013



Soalan percubaan UPSR 2013 Pulau Pinang - Bahasa Malaysia Penulisan
Soalan percubaan UPSR 2013 Pulau Pinang - Bahasa Malaysia Pemahaman
Soalan percubaan UPSR 2013 Pulau Pinang - Bahasa Inggeris
Soalan percubaan UPSR 2013 Pulau Pinang - Matematik
Soalan percubaan UPSR 2013 Pulau Pinang - Sains 


Jumaat, 19 Julai 2013

Tips Kekal kesihatan sepanjang Ramadhan



Ketika berpuasa, kadar metabolik seseorang individu mulai menurun tetapi mekanisme tubuh lain pula akan berfungsi.

Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadan mampu meningkatkan kesihatan seseorang tetapi ada juga kemungkinan ia menjadi lebih teruk!

Faktor penentu yang menyumbang kepada masalah kesihatan individu bukan kerana puasa itu sendiri, tetapi disebabkan jenis makanan yang diambil daripada waktu berbuka sehingga waktu bersahur.

Masalah yang kerap terjadi ketika berpuasa ada antaranya boleh diatasi jika tahu caranya. Berikut terdapat beberapa langkah yang boleh diguna pakai sepanjang bulan Ramadan ini.

1. Pedih ulu hati. Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, pedih ulu hati merupakan antara masalah yang kerap terjadi sepanjang bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur.

2. Dehidrasi. Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dan menyebabkan dehidrasi. Sepanjang Ramadan, masalah dehidrasi lebih kerap berlaku kerana kamu perlu menahan lapar dan dahaga lebih daripada 10 jam. Disebabkan itu, penting untuk menikmati air secukupnya semasa bersahur dan juga berbuka.

3. Sakit kepala. Ketika berpuasa, sakit kepala kerap terjadi kerana beberapa faktor seperti kelaparan, kurang tidur ataupun mengambil kafein dan tembakau. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan dan dapatkan tidur yang cukup untuk mengurangkan sakit kepala ketika berpuasa.

4. Sembelit. Antara faktor seseorang itu mengalami sembelit adalah pengambilan makanan segera secara berlebihan serta pengambilan air dan fiber yang tidak mencukupi di dalam diet. Bagi mengelakkan masalah tersebut, kurangkan pengambilan makanan segera. Sebaliknya, tambah jumlah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Paras gula rendah. Jika berasa pening, letih, lesu, menggigil, mengalami daya tumpuan yang rendah atau tidak dapat menjalankan aktiviti fizikal ketika berpuasa, kemungkinan kamu mengalami simptom bahawa tahap gula rendah dalam darah. Jadi, pengambilan makanan dan minuman yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa perlu dikawal bagi membantu mengelakkan penurunan gula dalam darah secara mendadak. Untuk itu, makanlah buah-buahan segar dan minum jus tanpa gula sebagai sumber tenaga ketika berbuka puasa


Jumaat, 12 Julai 2013

Faedah dan Tips Cara Melatih Anak Berpuasa

Didik anak berpuasa


KANAK-KANAK harus dididik supaya berpuasa agar ibadat puasa tidak berat untuk dilakukan apabila dewasa kelak. Walaupun para ulama belum mewajibkan anak-anak yang belum mukallaf (baligh) untuk menunaikan puasa, namun, hal ini tidaklah terlepas kewajipan para pendidik dan ibu bapa untuk melatih anak berpuasa. Hal ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membiasakan melatih anak-anak mereka berpuasa. Hal itu tergambar dari hadis Rubayyi’ bintu al-Mu’awwidz radhiyallahu ‘anha.

Perhatian Islam terhadap anak-anak, dalam hal berpuasa ini, ditunjukkan pula melalui pembahasan khusus dalam Kitab Shahih Al-Bukhari. Al-Bukhari menyebutkan secara khusus terkait puasa anak-anak dengan menyebutkan dalam salah satu bab dengan judul ‘Shiyamu Ash-Shibyan’ (Puasa Anak-anak). Kepedulian ini semestinya dapat memberi galakan tersendiri bagi para ibu bapa atau pendidik untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa.


Faedah Melatih Anak Berpuasa

Ada beberapa faedah yang boleh diperoleh melalui upaya melatih anak berpuasa. Antaranya :

  • Pertama, menanamkan pada anak keikhlasan dan merasa diawasi oleh Allah Ta’ala. Puasa akan melatih diri anak untuk jujur terhadap dirinya sendiri.


  • Kedua, menanamkan sikap sabar dengan keadaan yang menimpanya. Saat berpuasa, si anak tentu merasakan lapar dan dahaga. Saat seperti itulah dirinya dilatih untuk menahan diri (bersabar) agar tidak berbuka. Puasa menjadikan dirinya untuk bersikap sabar.


  • Ketiga, menanamkan nilai-nilai kebaikan. Seseorang yang sedang berpuasa dituntut untuk banyak beramal soleh. Mulai dari menjaga lisan untuk tidak berucap yang tidak baik hingga menyempurnakan ibadah lainnya, seperti solat, membaca al-Quran, sedekah dan sebagainya. Keadaan bulan Ramadhan membuka peluang bagi anak-anak untuk mengerjakan amal soleh.


  • Keempat, menumbuhkan jiwa kesetiakawanan dan kesetaraan. 


  • Kelima, menanamkan jiwa untuk bermurah hati, suka berderma. Sebagaimana dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika bulan Ramadhan, baginda begitu sangat pemurah. 


Tips Mendidik Anak Untuk Berpuasa

Persoalan iman memang tidak boleh disangkal malah tidak mampu berpuasa sebenarnya juga berpunca daripada ketidakbiasaan yang wujud di dalam diri. Sebagai ibu dan bapa, kita sewajarnya mendidik anak  berpuasa sejak kecil lagi. Walaupun berpuasa bagi kanak-kanak tidaklah wajib. Namun tidak ada salahnya jika kita mencorak anak-anak dengan melatihnya berpuasa. Kanak-kanak berusia 7 tahun, sudah boleh dididik untuk berpuasa kerana ketika itu ia sudah cukup paham apa makna puasa dan bagaimana cara menjalaninya.

Berikut beberapa tips untuk melatih anak berpuasa :


  • Jelaskan pada anak-anak mengenai bulan Ramadhan. Dengan memberikan penjelasan tersebut, mereka boleh merasakan semangat Ramadan


  • Ajaklah anak-anak kita sahur bersama, ini untuk membiasakan diri agar mereka dapat memahami waktu sahur. 


  • Wujudkan suasana sahur yang menyenangkan dan menyeronokkan.
  • Buatkan anak menu kesukaannya untuk makanan sahur dan buka puasa. Tanyakan padanya apa yang dia ingin makan saat sahur dan buka.


  • Untuk anak-anak yang baru menjalani puasa untuk pertama kalinya, anda boleh mengajarnya untuk berpuasa hingga pukul 10.00 atau 12.00. 


  • Berikan semangat agar terus berpuasa. Misalnya dengan mengatakan, "boleh! tinggal dua jam lagi." Mengajak anak menyiapkan makanan untuknya berbuka puasa juga boleh jadi salah satu untuk menyemangatinya.


  • Sangat penting untuk kita dan ahli keluarga yang lain tidak menunjukkan rasa lapar dan haus saat berpuasa di depan anak-anak. Tunjukkan pada anak bahawa puasa itu harus dijalani dengan kesabaran dan tidak banyak mengeluh.
  • Jauhkan makanan-makanan yang boleh menggodanya, seperti coklat atau ais krim. Sembunyikan dulu makanan tersebut darinya.


  • Wujudkan aktiviti untuk anak agar merekaa tidak terlalu ingat akan rasa lapar dan haus. Contohnya ajak anak anda untuk membaca buku bersama, bermain game atau menonton filem kegemarannya.
  • Janjikan ganjaran untuk anak yang baru belajar berpuasa dan di bawah umur baligh. Sebagai contoh, wang atau hidangan KFC. Apabila anak-anak telah baligh, barulah bertegas menyuruh si anak berpuasa bagi melaksanakan perintah Allah dan bukan demi ganjaran semata-mata.


  • Wujudkan persaingan sihat antara anak-anak, atau antara sepupunya, atau dikalangan rakan sebayanya. Selain itu, boleh juga wujudkan persaingan dengan diri kita sendiri. Contohnya, anda boleh ceritakan kepada anak anda mengenai kisah anda belajar berpuasa ketika kecil dahulu, tetapi pastikan si anak mendapat manfaat dan semangat, bukan menjadikan si anak tidak minat berpuasa.

  • Berikan pujian setiap kali mereka berjaya berpuasa sepanjang hari.


  • Jika anak berbohong atau berbuka puasa secara senyap, jangan sesekali memarahinya, kerana anak anda berbohong kerana dia tidak mahu mengecewakan ibu bapanya.


Sumber Artikel:
kosmo.com.my
salafy.or.id


Isnin, 8 Julai 2013

Puasa Ramadhan



Puasa mempunyai dua rukun asas iaitu :
  • Niat puasa.
  • Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.
Al-Quran dan Hadis


1. "... dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar, kemudian
sempurnakanlah puasa itu sampai malam...( AL-Baqarah :187).

2. "Adiy bin Hatim berkata : Ketika turun ayat ; artinya (...hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam...), lalu aku mengambil seutas benang hitam dan seutas benang putih, lalu kedua utas benang itu akau simpan dibawah bantalku. Maka pada waktu malam saya amati, tetapi tidak tampak jelas, maka saya pergi menemui Rasulullah saw. Dan saya ceritakan hal ini kepada beliau. Beliapun bersabda: Yang dimaksud adalah gelapnya malam dan terangnya siang (fajar). " ( H.R. Bukhary Muslim).

3. "Allah Ta'ala berfirman : " Dan tidaklah mereka disuruh, kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlashkan ketaatan untukNya " ( Al-Bayyinah :5)

4. "Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat, dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan." ( H.R
Bukhary dan Muslim).

5. "Diriwayatkan dari Hafshah , ia berkata : Telah bersabda Nabi saw. : Barangsiapa yang tidak beniat (puasa Ramadhan) sejak malam, maka tidak ada puasa
baginya ." (HR. Abu Dawud) Hadits Shahih.

KESIMPULAN:

Keterangan ayat dan hadis di atas memberi pelajaran kepada kita bahawa rukun puasa Ramadhan adalah sebagai berikut :
a. Berniat sejak malam hari ( dalil 3,4 dan 5).
b. Menahan makan, minum, koitus (Jima') dengan isteri di siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari ( Maghrib), ( dalil 1 dan 2).

Doa Berbuka Puasa



Sumber:
www.islam.gov.my
www.sabah.org.my

Sabtu, 6 Julai 2013

Tingkatkan amalan di bulan Ramadhan



KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN DAN KEUTAMAAN BERAMAL DIDALAMNYA

1. Artinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).

2. "Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadhan." (Riwayat Ahmad dan Nasai )

3. " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat Lima waktu, Solat Jum'at sampai Shalat Jum'at berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim)

4. "Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur'an itu memintakan syafa’at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat." ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).

5. "Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan".
Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu." (HR. Bukhary Muslim).

6. Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim).


KESIMPULAN : Kesemua Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya :

1. Bulan Ramadhan adalah:

  • Bulan yang penuh Barakah.
  • Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
  • Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
  • Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
  • Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).


2. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :

  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
  • Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
  • Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan  untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).


Amalan Sunnah Ramadhan



1. Makan sahur dengan mengakhirkannya
Dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Makan Sahurlah, kerana sahur itu barakah". (HR Bukhari 1923 dan Muslim 1095).
Dari al-Miqdam bin Ma'dikarb dari Nabi SAW. Bersabda, Hendaklah kamu makan sahur kerana sahur itu makanan yang diberkati.(HR An-Nasa'i: 4/146).
Dari Abi Said al-Khudri RA. " Sahur itu barakah maka jangan tinggalkan meski hanya dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang sahur. (HR Ahmad: 3:12)
 
2. Berbuka dengan menyegerakannya
Dari Sahl bin Saad bahwa Nabi SAW bersabda, "Umatku masih dalam kebaikan selama mendahulukan berbuka."(HR Bukhari 1957 dan Muslim 1058)
Dari Anas RA. Berkata bahwa Rasulullah SAW berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum solat. Bila tidak ada maka dengan kurma. Bila tidak ada maka dengan minum air. (HR Abu Daud, Hakim dan Tirmizy)
 
3. Berdoa ketika berbuka
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Bagi orang yang berpuasa ketika sedang berbuka ada doa yang tak akan ditolak.. (HR Tirmidzy)




"Telah hilang haus dan telah basah tenggorakan dan telah pasti balasan Insya Allah."

Lafaz doa ini didasarkan atas hadits Abu Daud 2358 dan An-Nasa`i 3329 serta Al-Hakim: 1/422)
 

4. Memberi makan orang berbuka
Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (HR At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).

 
5. Menjaga lidah dan anggota tubuh
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: "Rasulullah saw telah bersabda: Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak memandang perlu orang itu meninggalkan makan dan minumnya." (HR al­Bukhari,Abu Daud, At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. (dilaporkan bahwa) ia berkata: Apabila pada suatu hari seseorang bangun pagi dalam keadaan berpuasa, maka janganlah ia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula berbuat bodoh. Jika seseorang mencacimakinya atau mengajaknya berkelahi, maka hendaklah ia mengatakan: "Saya sedang berpuasa". (HR. Muslim)
 
6. Memperbanyak sadaqah
"Adalah Rasulullah SAW orang yang sangat murah dengan sumbangan. Dan saat beliau paling bermurah adalah di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril." (HR Bukhari dan Muslim)
 
7. Menyibukkan diri dengan ilmu dan tilawah
Jibril as. mendatangi Rasulullah SAW pada tiap malam bulan Ramadhan dan mengajarkannya Al-Qur'an.(HR Bukhari dan Muslim)

8. Beri'tikaf
Aisyah RA berkata, "Bila telah memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadhan, Nabi SAW menghidupkan malam, membangunkan keluarganya (isterinya) dan meninggalkan isterinya (tidak berhubungan suami isteri).(HR Bukhari dan Muslim)
 
9. Shalat Tarawih, Tahajjud dan Witir
Dari Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melakukan ibadah Ramadhan karena iman dan mengharap redhaNya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." (Muttafaq Alaihi)



Sumber:
sabah.org.my
rakanmasjid.com

Jumaat, 5 Julai 2013

Masyru'iyat dan Matlamat Puasa Ramadhan

Bulan Puasa Ramadhan

Menuju Taqwa pada Allah SWT

Ibadah puasa adalah salah satu perjuangan untuk mencapai ketaqwaan atau ”la'allakum tattaqun”.


1. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).



2. "Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa... " ( Al-Baqarah
: 185).

3. " Telah bersabda Rasulullah saw. : Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah. Mendirikan Shalat Mengeluarkan Zakat puasa di bulan Ramadhan Menunaikan haji ke Ka'bah. ( HR.Bukhari Muslim ).

4. "Diriwayatkan dari Thalhah bin ' Ubaidillah ra. : bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw. : ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku.
Beliau bersabda : puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi : Adakah puasa lain yang diwajibkan atas
diriku ?.
Beliau bersabda : tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah. ".

KESIMPULAN : Dari ayat-ayat dan hadits-hadits diatas, kita dapat mengambil pelajaran :

1. puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain ( dalil 1, 2, 3 dan 4 ).
2. puasa Ramadhan disyari'atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan (dalil no 1).


PUASA adalah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari, dengan disertai niat ibadah kepada Allah, karena mengharapkan redhaan-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada -Nya.

Ramahdan bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya. Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan saja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda, malah di bulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci Al-Quranulkarim, yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membezakan yang benar dengan yang salah.


Sumber Ilmiah:


Ubat tahan sakit risiko serangan jantung

kesan ubat tahan sakit painkillers

Ubat 'analgesic' atau 'painkiller'ialah istilah yang digunakan untuk mewakili kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit. Dadah analgesik termasuk nonsterodial anti-inflammatory drugs ( NSAID ) seperti salisilat, dadah narkotik seperti morfina dan dadah sintesis bersifat narkotik seperti tramadol.

NSAID seperti aspirin, naproxen, dan ibuprofen bukan sahaja melegakan kesakitan, malah dadah ini juga boleh mengurangkan demam dan kepanasan.

Analgesik bersifat narkotik seperti opioid dan opidium boleh menekan sistem saraf utama dan mengubah persepsi terhadap kesakitan ( noiception ). Dadah jenis ini adalah lebih berkesan mengurangkan kesakitan berbanding NSAID.

Analgesik seringkali digunakan secara gabungan serentak, misalnya bersama parasetamol dan kodaina dijumpai di dalam ubat penahan sakit (tanpa preskripsi). Gabungan dadah ini juga turut dijumpai bersama drug pemvasocerut seperti pseudoephedrine untuk ubat sinus, atau drug antihistamin untuk alergi.

Antara jenis-jenis ubat penahan sakit  ialah Aspirin, Parasetemol (panadol), Kodeina, Ibuprofein, Diclofenac, Acetaminophen,  Naproxen, Vicodin, Lorcet, Norco, Percocet, Hydrocodone, Oxycodone, Advil, Aleve, Celebrex, Celecoxib dan Mefenamic acid.


Kesan Ubat Tahan Sakit

Penggunaan ubat penahan sakit dengan dos yang tinggi dalam tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung.

Ubat dalam kumpulan yang bukan steroid berdos tinggi diketahui akan meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau kematian akibat sakit jantung.

Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Lancet mendapati ubat tersebut memberi risiko yang tinggi ke atas para perokok dan pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan.

Menurut seorang penyelidik dari Universiti Oxford, Profesor Colin Baigent, pesakit yang mengambil ubat untuk jangka pendek tidak sepatutnya berasa bimbang dengan risiko itu.

Tekanan darah tinggi, kolesterol dan menghisap rokok akan meningkatkan risiko untuk menghadapi masalah sakit jantung.

Dalam kajian yang dilakukan itu, perangkaan menunjukkan bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut, akan berlaku tiga serangan sakit jantung, empat kes kegagalan jantung dan satu kematian termasuk kes perut berdarah.

Justeru, bilangan serangan jantung akan meningkat dari lapan pesakit untuk setiap 1,000 orang kepada 11 pesakit bagi setiap 1,000 orang yang mengambil ubat tersebut pada setiap tahun.

Baigent berkata, jika seseorang itu mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, dia juga mempunyai kebarangkalian yang sama untuk diserang sakit jantung.

Menurutnya, para pesakit perlu menimbangkan cara bagi mengurangkan risiko untuk diserang sakit jantung. Kajian itu dibiayai Majlis Penyelidikan Perubatan dan Yayasan Jantung Britain.

Dalam satu lagi kajian antarabangsa yang besar nonsteroidal ubat anti-radang (NSAID), penyelidik berkata dos yang tinggi ubat penahan sakit ini meningkatkan risiko kejadian vaskular utama - serangan jantung, stroke atau mati akibat penyakit kardiovaskular - kira-kira satu pertiga.

Mefenamic acid

Mefenamic acid adalah ubat tahan sakit bukan steroid (NSAID) yang berfungsi dengan mengurangkan bahan yang menyebabkan sakit di dalam badan. Ubat ini digunakan untuk mengubati sakit atau radangan yang disebabkan oleh sakit sendi atau tulang seperti arthritis. Walau bagaimanapun Mefenamic acid boleh menyebabkan masalah jantung dan peredaran darah yang bahaya seperti angin ahmar dan serangan jantung. Jangan gunakan Mefenamic acid sebelum atau selepas pembedahan bypass jantung (coronary artery bypass graft, or CABG).

Ubat Cox-2 Inhibitors (Nama biasa: Celebrex, Celecoxib)
Ubat ini mempunyai risiko kematian 3 kali lebih tinggi daripada serangan sakit jantung. Ia digunakan juga sebagai ubat anti-kanser. The National Cancer Institute (USA) melaporkan bahawa pesakit yang mengambil dos 400 mg mempunyai risiko kematian 250% lebih tinggi daripada serangan sakit jantung atau strok. Kalau diambil pada dos 800 mg, risiko kematian adalah 340%.

Ubat NSAIDs (Nama biasa: Advil, Aleve, Ibuprofen)
Ubat tahan sakit ini digunakan untuk pesakit atritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Kesan pengambilan ubat ini ialah ulser gastrointestin dan pendarahan yang boleh menyebabkan kematian. Kesan ubat ini ternyata selepas 2 bulan. Jumlah kematian akibat komplikasi selepas pengambilan NSAIDs adalah sama dengan kematian disebabkan oleh AIDs.



Sumber:
kosmo.com.my
http://www.malaysianpharma.com/index.php/m/152-mefenamic-acid-ponstan.html
http://www.guardian.co.uk/science/2013/may/30/painkillers-heart-attack-risk-study
http://articles.washingtonpost.com/2013-06-03/national/39709948_1_heart-risks-arcoxia-heart-attack

Kajian tindakan merit guru cemerlang

Logo Majis Guru Cemerlang Malaysia

PEMBENTANGAN kertas kajian tindakan yang bermakna dan berkesan kepada pengajaran dan pembelajaran akan dijadikan kriteria asas pemberian merit dalam pemilihan Guru Cemerlang.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Negeri Sembilan, Ramli Othman berkata, pembikinan sesuatu kertas kajian tindakan bukan sahaja memerlukan kemahiran akademik dan ketajaman minda saintifik, tetapi juga keterampilan ketika membentangkan kertas kajian mereka.

Beliau memberikan beberapa contoh guru biasa yang kini dimartabatkan sebagai Guru Cemerlang setelah mereka menghasilkan beberapa penyelidikan dan membentangkan kertas kajian di seminar di dalam dan luar negara.

Ramli yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Muhammad Yusof di Linggi, Negeri Sembilan menambah, inisiatif untuk mengadakan kajian tindakan dalam kalangan guru bertujuan melahirkan budaya penyelidikan bilik darjah.

Katanya, ia bermula pada 1995, apabila dia mendapat latihan di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) dengan tenaga pengajar daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Wollongong, Australia.

Kemudian budaya itu mula diterapkan di Negeri Sembilan sekitar tahun 2000, dan kini beberapa guru mulai menunjukkan inisiatif menjalankan kajian tindakan di sekolah masing-masing dan membentangkannya di seminar-seminar tempatan dan antarabangsa.

Beliau memberikan contoh guru Matematik Cemerlang dari Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), Noraini Kasim, yang banyak menjalankan kajian tindakan di sekolahnya dan dikongsi dengan semua pendidik.

Noraini yang ditemui berkata, penemuannya terhadap penggunaan simbol swastika dalam subjek pengajarannya itu memudahkan proses pembelajaran pelajarnya.

''Apa yang pasti ia mencapai objektif dan kita dapat memudahkan pelajar untuk belajar dan ia amat efektif kerana prestasi mereka meningkat sejak ia diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.

''Saya bersyukur dan gembira kerana ia amat memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar saya, malah dapat diperluaskan kepada guru dan pelajar lain melalui perkongsian hasil kajian saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan hasil kajiannya dalam Seminar Kajian Tindakan JPNS 2013 di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sebanyak 21 kertas kajian daripada 18 buah sekolah dibentangkan pada seminar Kajian Tindakan baru-baru ini, dan sebahagiannya layak diberi perhatian berdasarkan kesan ketara terhadap pedagogi di sekolah masing-masing.

Sebagai contoh, kertas kajian tindakan bertajuk Paten Nombor Genap (PNG) oleh dua guru prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas di Port Dickson, Negeri Sembilan, Norhaizan Ismail dan Zainah Kadiman berjaya meningkatkan keupayaan pelajar berumur lima dan enam tahun menghafal sifir dua, empat, enam dan lapan dengan lancar.

Dengan menggunakan sumber tersedia di sekitar murid, seperti jubin lantai bilik darjah bagi menyediakan petak yang selaras dengan kaedah PNG, maka memadai untuk kedua-dua guru kreatif itu memupuk minat kanak-kanak menghafal sifir, yang dikatakan sebagai ibu pengiraan.

Seminar dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik serta Majlis Pengetua Negeri Sembilan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Kalsom Khalid pula berkata, memang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2015 (PPPM 2013-2015) menuntut guru berfikir pada aras tinggi supaya mereka mampu merancang dan melaksanakan kajian tindakan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Beliau berharap seminar itu dapat menggarap pelbagai persoalan dan isu pendidikan di dalam dan luar bilik darjah.



Artikel asal:
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130701/pe_01/Kajian-tindakan-merit-guru-cemerlang

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut