Isnin, 31 Disember 2012

Sistem pendidikan baharu


KEMENTERIAN Pelajaran mengorak pelbagai program memperkasakan pendidikan sebaik sahaja membuka tirai 2012 dengan mengerakkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional dengan matlamat memberikan wajah baharu dan impak yang lebih berkesan terhadap keupayaan bidang vokasional.

Bertitik-tolak dengan itu, program memperkasakan bidang pendidikan terus digarap dengan kemuncaknya melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi bagi mengubah sistem tersebut.

Lima aspek utama yang disasarkan dalam PPP adalah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Pelan itu turut menyasarkan sifat-sifat pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan dalam pembangunan para pelajar bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global.

Kementerian Pengajian Tinggi juga tidak ketinggalan mempelbagaikan skop program demi meningkatkan keupayaan mahasiswa dan institusi pengajian tinggi sama ada melalui usahasama pendidikan antara universiti atau memorandum persefahaman melibatkan korporat tempatan serta antarabangsa.

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121231/pe_01/Sistem-pendidikan-baharu

Isnin, 24 Disember 2012

Rasional Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)

SEJAK kebelakangan ini, masyarakat didedahkan dengan pelbagai perbuatan jenayah dan salah laku pelajar. Perlakuan jenayah pelajar berbentuk perbuatan mencuri, merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, membuli, mencederakan murid lain, memeras ugut wang malah ada yang berani hingga mengancam para guru.

Penglibatan murid sekolah dalam kegiatan salah laku disiplin merupakan perbuatan yang perlu dilihat secara serius oleh semua pihak khususnya pengurusan sekolah. Gejala tersebut boleh memberikan impak yang negatif terhadap pengurusan sekolah sekiranya tidak ditangani secara segera dan berkesan di peringkat awal.
Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, isu ponteng sekolah masih merupakan isu utama yang perlu diberi perhatian kerana masalah itu boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala negatif yang lain seperti dadah, gengsterisme, minum arak, seks bebas, buli, perjudian atau lain-lain.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunculan gejala negatif semakin serius melanda golongan pelajar. Faktor pertama keruntuhan institusi kekeluargaan untuk memainkan peranannya sebagai institusi pembentukan insan yang positif dan produktif.

Faktor kedua ialah kemerosotan moral dan akhlak yang berleluasa akibat kesan arus pembangunan negara dan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Faktor ketiga ialah masalah tekanan ekonomi dan sosio budaya yang mengakibatkan krisis dalam keluarga yang mempengaruhi remaja sekolah. Akhir ialah pengaruh negatif rakan sebaya.

Memandangkan kes-kes salah laku dan kadar jenayah di kalangan remaja masa kini meningkat, penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah difikirkan perlu bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah di peringkat awal di kalangan pelajar sekolah.
 Sumber: utusan.com.my



Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)


Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Matlamat Penubuhan KPJ

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.


Moto KPJ

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”



Objektif KPJ

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.



Peranan Ahli KPJ

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri


Jawatankuasa KPJ

Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:

1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.

2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri

3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)

4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah



Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
Penaung: Pengetua/Guru Besar

Penasihat:  Penolong Kanan HEM
                 Pegawai Perhubungan Sekolah

Guru Penasihat: Guru Disiplin Sekolah (2 orang)

AJK Kelab:
                    -Pengerusi
                    -Naib Pengerusi
                    -Setiausaha
                    -Penolong Setiausaha
                    -Bendahari
                    -Ahli Jawatankuasa (5 orang)
                    -Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan



Antara aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah yang boleh dirancang;

1. Ceramah dan Dialog:
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

2. Kursus, Bengkel dan Seminar:
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid

3. Lawatan Sambil Belajar:
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney

4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah

5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri

6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan antijenayah

7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah

8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri

Sumber: mcpf.org.my

Jumaat, 30 November 2012

Petua dan ciri pelajar cemerlang


Pada 21 Disember 2011, Berita Harian memaklumkan bahawa 5 pelajar Malaysia cemerlang di Perancis. Pelajar Malaysia telah mencatat sejarah dengan menduduki 10 tempat teratas daripada 96 pelajar dalam peperiksaan peringkat diploma lanjutan di Institut Universitaire de Technologie (IUT), Nice, Cote d’Azur, Perancis.

Jun Yen (kiri), Hakim, Marshella, Hannamalai dan Md Nazri berbincang di Institut Universitaire de Technologie (IUT), Nice, Cote d'Azur, Perancis.

Negara juga pernah digemparkan dengan kejayaan Amalina Che Bakri yang merupakan pelajar cemerlang Malaysia apabila mendapat kelulusan SPM 17 A 1 pada tahun 2005.

Antara resepi kejayaan Nur Amalina ialah:
  • Cabar diri dan yakin untuk dapat 17 A1
  • Gantung dan tampal gambar serta keratan akhbar tentang kejayaan seseorang
  • Adakan kata-kata hikmah sebagai pegangan hidup
  • Punya matlamat dan cita-cita yang jelas iaitu hendak menjadi Doktor Pakar Sakit Puan
  • Membuat jadual sendiri dan mematuhinya dengan berdisiplin.
  • Menyiapkan kerja sekolah sebelum mengulangkaji
  • Setiap pagi beliau menetapkan apa yang hendak dilakukan pada hari itu
  • Aktif dalam ko-kurikulum antaranya beliau telah menjuarai pertandingan pidato
  • Membaca lebih dripada 500 buku setahun dan pernah menjadi Tokoh Nilam
Sumber : maribelajar.forumotion.com (layari, terdapat banyak tips-tips untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.



Dr Fadzilah Kamsah juga telah menenaraikan beberapa petua dan ciri seseorang pelajar cemerlang, antaranya adalah untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, seseorang itu perlu;
 
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
  • kita ingat 10 % apayang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • Pastikan cahaya adalah terang
  • Kurangkan gangguan bunyi
  • Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • Kerusi dan meja menghadap kiblat
  • Jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
  • Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  • Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • Mengingat kembali (recall)
  • Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
  • Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  • Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  • Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  • Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • Memberikan tumpuan sepanuhnya
  • Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
23. Tahu kemahiran mengingat:
  • Tampal nota-nota penting di dinding
  • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • Gunakan kaedah akronim
  • Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

24. Cekap mengatur jadual belajar:

  • Mempunyai jadual belajar
  • Patuh kepada jadual
  • Buat jadual yang boleh diikuti

25. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

26. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

27. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

28. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

29. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

30. Pelbagaikan tempat belajar.

31. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham.

32. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.



Apa pula Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran ? Nak tahu, layari iluvislam.com

Antara yang dicadangkan untuk menjadi pelajar Islam cemerlang menurut Al-Quran adalah;
  • Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT
  • Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
  • Prioriti. Mengutamakan apa yang utama
  • Prihatin sesama kita
  • Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
  • Jujur, amanah
  • Tepati waktu

Selamat Beramal....



.

Ahad, 25 November 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.


Ikuti;

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


News: 2,313 murid miskin ditawar ke SBP

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan dengan diberi bantuan oleh Kementerian Pelajaran.

Menurut Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, mereka merupakan antara 7,710 murid yang dipilih bagi ditempatkan di tingkatan satu SBP.

Murid dari keluarga miskin tegar yang akan dipilih perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, menurut kenyataan bahagian tersebut hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak kementerian telah menerima 105,357 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu SBP dengan seramai 62,338 pemohon terdiri daripada murid perempuan dan 43,019 murid lelaki.

Tempat yang diperuntukkan ialah untuk seramai 7,710 murid iaitu 3,645 untuk murid perempuan dan 4,065 murid lelaki, menurut kenyataan tersebut.

"Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru, Kementerian Pelajaran akan menawarkan sekurang-kurangnya 5,397 atau 70 peratus tempat kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, keputusan pemilihan dan penempatan murid ke tingkatan satu SBP akan diumumkan selewatnya 16 Disember depan.

Keterangan lanjut boleh diperoleh di laman web www.moe.gov.my dan murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121124/pe_01/2313-murid-miskin-ditawar-ke-SBP#ixzz2DEdsnxXS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 18 November 2012

Al-Quran Online

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)


Menurut dari laman menaraislam.com, terdapat 6 kewajiban yang harus kita tunaikan terhadap Al-Qur’an, iaitu;

1. Mengimaninya dengan sepenuh hati.

2. Membacanya.

3. Memahami kandungannya.

4. Menghafalkannya sesuai kemampuan.

5. Mengamalkannya.

6. Mengajarkan dan mendakwahkannya.

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaƔt kepada para pembacanya." (HR Muslim)


Saya suka kongsikan 2 laman yang mana kita boleh membaca dan mendengar Al-Quran. Selain itu kata boleh mengetahui maksud-maksud ayat yang dibaca dengan melihat terjemahan Al-Quran. Laman yang saya maksudkan adalah surah.my dan tanzil.net.

Allah berfirman:
"Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)


Surah.my

Untuk mengguna laman surah.my , kita hanya perlu klik mana-mana surah yang ingin kita baca.


Kita akan dipamerkan dengan paparan seperti dibawah, dimana kita boleh mendengar, membaca atau membaca tafsirnya.

Laman ini boleh ditafsir dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Allah SWT  berfirman:
 "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)


Tanzil.net

Laman tanzil.net juga salah sebuah laman yang dapat kita gunakan sebagai media untuk mendengar dan membaca Al-Quran serta terjemahannya.

Untuk menggunakan laman ini, agak sukar sedikit berbanding dengan laman surah.my. Kita perlu memilih surah yang ingin didengar atau baca di ruangan Browse. Bagi paparan terjemahannya pula anda boleh klik diruangan Translation dan pilih bahasa yang ingin anda terjemahkan.



Selamat Beribadah........
.

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut