Terdapat banyak kes kematian sekarang ini kerana penyakit dan
ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara
pembunuh-pembunuh utama ialah seperti sakit jantung, strok, kanser dan
sebagainya.Kebanyakannya berpunca dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan
hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah
raja segala ubat“.
Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulama’ berkenaan puasa. Rasulullah S.A.W bersabda “Berpuasalah supaya kamu sihat.” -Hadith Riwayat Abu Naiim
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung” – Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung” – Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`
Semua perintah Allah S.W.T yang disyariatkan, pasti mengandungi
faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T
pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia
mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak
pasti kerana bahayanya.Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada hikmahnya.
Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti
mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang
yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban
yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar
suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau
hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk
mengangkat manusia dari darjat haiwan.
Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma
caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama
yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya
makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap
tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang
berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan
merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.
Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat
membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac
Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang
dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau
mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai
alternatif kepada ubat-ubatan moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga
kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses
pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan
pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah
apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk
berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga
dan pengaliran darah tertumpu kepada otak.Ini menjadikan otak dapat bekerja
dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan
terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah
kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin
berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa.Keputusannya, ternyata
menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang
jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan”
telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.Pakar-pakar perubatan
dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika
itu.Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.Kesimpulan kongres itulah yang
menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu,
menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca
penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang
paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1)
glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4)
lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini
dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah
sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%.
Puasa, Hukum dan Hikmah menurut Islam dan Perspektif Sains Moden karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, terbitan Teguh Iman Resources, puasa boleh menyebabkan berlakunya pembaharuan sel. Sel-sel yang ada dalam tubuh manusia sentiasa bertukar ganti. Apabila berlaku kematian sel, sel baru akan terbentuk dan proses ini sentiasa berlaku selagi manusia tadi bernyawa. Bilangan sel yang mati dalam satu saat mencecah sehingga 125,000,000 sel dan jumlah sel pengganti melebihi dari sel yang mati itu. Asid amino yang merupakan elemen penting dalam pembentukan sel dalam tubuh manusia menjadi semakin aktif disebabkan amalan berpuasa. Oleh demikian pembaharuan sel menjadi semakin cepat dan sempurna.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia
adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam
perut dicerna.”
Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.
Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.
BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.
Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.
BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi
penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan
berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana
perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat
sementara waktu.Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat
kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.Sama juga ibaratnya seperti enjin
kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa
henti.
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti