Khamis, 24 Oktober 2013

Satelit


Satelit ialah satu objek yang beredar mengelilingi sesuatu planet.  Bumi adalah sebuah satelit matahari kerrana bumi sentiasa mengelilingi matahari dengan mengikut orbitnya.  Manakala bulan pula adalah satelit bumi kerana bulan mengelilingi bumi.

APAKAH SATELIT

Menurut Kamus Dewan, satelit bermaksud sesebuah objek yang bergerak dan beredar mengelilingi sebuah objek yang lain. Dalam istilah astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang bergerak mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Contohnya, bulan merupakan satelit kepada bumi, atau bumi dan planet-planet lain merupakan satelit kepada matahari.

Namun begitu, pada umumnya, satelit lebih dikenali sebagai objek buatan manusia yang ditempatkan di ruang angkasa bagi melaksanakan tugasan tertentu dan bergerak mengelilingi bumi.


SEJARAH SATELIT

Sputnik 1

Sejarah mengenai satelit bermula dengan pelancaran Sputnik 1 milik Soviet Union pada 4 Oktober 1957 bagi Program Soviet Sputnik. Ini merupakan permulaan kepada persaingan dalam eksplorasi angkasa dan teknologi satelit dalam perang dingin di antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Kemudian, Sputnik 2 telah dilancarkan pada 3 November 1957 yang turut membawa seekor anjing bernama Laika. Amerika Syarikat mula melancarkan satelitnya, iaitu Explorer 1 pada 1 Februari 1958 sebagai respon kepada pelancaran Sputnik 1.

Sebelum ini, terdapat beberapa penulisan fiksyen dan teori mengenai eksplorasi ke angkasa dan bulan. Antaranya adalah seperti karya ‘The Brick Moon' oleh Edward Everett Hale pada tahun 1869, karya ‘The Exploration of Cosmic Space by Means of Reaction Devices' oleh Konstantin Tsiolkovskly pada tahun 1903, karya ‘The Problem of Space Travel - The Rocket Motor' oleh Herman Potocnik pada tahun 1935 dan artikel ‘Wireless World' oleh Arthur C. Clarke pada tahun 1945.


JENIS-JENIS SATELIT

Terdapat beberapa jenis dan kategori satelit yang kini digunakan dan berada di ruang angkasa, antaranya adalah seperti berikut:


  • Satelit anti-satelit - satelit yang dilengkapi dengan senjata dan berupaya memusnahkan satelit atau objek angkasa yang lain.
  • Satelit astronomi - satelit yang digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek dalam sistem solar yang lain.
  • Biosatellites - satelit yang menempatkan objek atau organisma hidup bagi tujuan penyelidikan saintifik.
  • Satelit komunikasi - satelit yang ditempatkan bagi kegunaan telekomunikasi.
  • Satelit pandu arah - satelit yang digunakan untuk navigasi dan penentuan lokasi menggunakan aplikasi GPS.
  • Satelit pantau bumi - satelit yang digunakan untuk memantau bumi bagi tujuan pemerhatian alam sekitar, meteorologi dan pemetaan.
  • Satelit cuaca - satelit yang digunakan untuk tujuan meterologi dan pemantauan perubahan iklim.
  • Satelit ketenteraan - satelit komunikasi dan satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera dan perisikan.
  • Satelit kecil - satelit yang bersaiz kecil seperti satelit mini (200-500 kg), satelit mikro (10-200 kg) dan satelit nano (bawah 10 kg).
  • Stesen angkasa - struktur bangunan yang dibina yang membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini direka bagi membolehkan manusia tinggal selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun. Contohnya, International Space Station (ISS).


Satelit-satelit rekaan ini dapat membantu ahli-ahli sains menjalankan penyelidikan sains.  Di antara satelit-satelit yang telah dicipta ialah satelit perhubungan dan satelit kaji cuaca.  Satelit perhubungan telah menolong manusia di dunia untuk berhubung di antara satu sama lain.  Satelit ini telah digunakan untuk memancarkan siaran televisyen atau isyarat-isyarat telefon ke seluruh dunia.

Satelit kaji cuaca berada beratus-ratus kilometer di ruang angkasa.  Satelit ini sentiasa berpusing mengelilingi bumi untuk mengukur unsur-unsur cuaca seperti suhu dan kelembapan di udara.  Kemudian satelit ini akan menghantar kembali gambar-gambar televisyen yang menunjukkan tempat-tempat terdapatnya kelompok-kelompok awan dan kawasan-kawasan ribut di bumi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut