Khamis, 3 Oktober 2013

Jenayah Siber: Gaji Guru Lesap



PENYEBARAN eMAIL PALSU BAGI PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GAJI



Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Johor telah memaklumkan kepada semua Ketua Jabatan Persekutuan, Negeri Johor Darul Ta’zim - http://www.ppdptn.edu.my/


Jabatan Pelajaran Pulau Pinang juga memaklumkan kepada semua Pentadbir sekolah menengah dan sekolah rendah agar tidak terperangkap dengan tipu helah pihak tidak bertanggungjawab.

PERHATIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG ARAHAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK MEMBERI SENARAI NAMA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH BAGI TUJUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PANGKALAN DATA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. OLEH YANG DEMIKIAN DIHARAP SEMUA SEKOLAH TIDAK MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN MENYALURKAN MAKLUMAT TERSEBUT KEPADA INDIVIDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG MEMINTA MAKLUMAT MENERUSI EMEL SEKOLAH MASING-MASING.
WALAU BAGAIMANAPUN, BAGI SEKOLAH YANG TELAH MENGEMUKAKAN MAKLUMAT TERSEBUT, ADALAH DIPOHON UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS SEGERA BAGI MEMBOLEHKAN SIASATAN LANJUT DIBUAT.
-jpnpenang.edu.my


e-mel palsu Jabatan Akauntan Negara






Laporan Akhbar: Isu Gaji Guru Hilang

 
Guru hilang gaji di N. Sembilan

SEREMBAN – Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian kes guru kehilangan gaji di negeri ini.

Pengarahnya, Kalsom Khalid bagaimanapun berkata, bilangan guru yang terlibat adalah sedikit.

"Memang ada berlaku kes guru kehilangan berdasarkan laporan diterima jabatan daripada pihak bank, kelmarin. Kita sudah pun meminta guru terlibat supaya menutup akaun mereka segera seperti mana dinasihatkan Jabatan Akauntan Negara negeri dan membuka akaun baru di bank yang sama," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam masa sama, Kalsom turut menasihatkan guru-guru di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun.

“Jika ada pihak-pihak yang meminta nombor akaun dalam bentuk e-mel, mereka perlu merujuk kepada jabatan berkenaan terdahulu. Jangan terperangkap dengan helah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
-sinarharian.com.my



Sekolah terlibat diarah tutup akaun gaji

Seremban: Jabatan Pendidikan negeri mengarahkan semua sekolah yang membalas e-mel palsu kononnya dari Jabatan Akauntan Negara supaya segera menutup akaun gaji sedia ada dan membuka akaun baru.

Pengarahnya Kalsom Khalid berkata, tindakan perlu dibuat minggu ini untuk mengelakkan guru serta kakitangan sekolah berdepan masalah pembayaran gaji, bulan ini.

Menurutnya, beberapa sekolah di negeri ini menerima e-mel palsu kononnya dari Jabatan Akauntan Negara yang meminta mereka mengemas kini pangkalan data termasuk nombor akaun gaji kakitangan.

Harian Metro difahamkan, kebanyakan kerani sekolah menerima e-mel dari aminmoe.gov@mail.com yang mempunyai logo Jabatan Akauntan Negara meminta mengemas kini maklumat seperti kad pengenalan, nombor akaun bank dan jenis bank sebelum wang mereka lesap dari akaun masing-masing keesokan harinya. “Terdapat beberapa sekolah membalas e-mel itu, tetapi setakat ini belum timbul sebarang masalah kerana gaji September sudah dibayar.


“Gaji Oktober dibayar lebih awal, mungkin minggu depan.


“Untuk mengelakkan masalah pada gaji bulan ini, guru sekolah terbabit perlu bertindak cepat menutup akaun gaji sedia ada dan membuka akaun baru,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Sembilan Superintendan Ramli Mohd Nor yang dihubungi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
-hmetro.com.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut