Sabtu, 22 Jun 2013

PELAN TINDAKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)



PELAN TINDAKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL 
TAHUN 2013

KEMBALI PADA YANG ASAL : 
PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, 
GURU MENGAJAR, 
MURID BELAJAR.

Pelaksanaan pelan melindungi masa instruksional MMI


MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Amalan MMI akan dapat memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid di sekolah.

Merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) KP(BPSH – PKICT) 103/020/23 Jld. 5 (12) bertarikh 15 Januari 2013. Pihak KPM telah mengeluarkan ;




RASIONAL MMI

1.1 Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

1.2 MMI sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif.

1.3 Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. 

1.4 Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) (TKPPM SOP) bersama Pengarah Bahagian-bahagian,Sektor Operasi Pendidikan (SOP) telah memutuskan untuk mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah. 

1.5 MMI telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 3 September 2012, dan pelaksanaan taklimat kepada semua JPN dan PPD oleh TKPPM-OP telah disempurnakan bagi memastikan konsep MMI difahami dengan jelas.

1.6 Bahagian, JPN, PPD, dan pemimpin sekolah serta guru diminta merancang dan meningkatkan usaha MMI melalui strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang. 

1.7 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 6/2012 telah mengutarakan tiga fokus utama pendidikan iaitu murid, guru dan pemimpin sekolah. Salah satu fokus yang telah diberi perhatian oleh KPPM adalah semua JPN, PPD dan sekolah perlu memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) semasa proses PdP bagi melindungi waktu pembelajaran murid.

1.8 Pada 18 Disember 2012, satu taklimat telah diberikan kepada KPPM dan beliau telah memutuskan satu garis panduan pelaksanaan MMI disediakan kepada Bahagian, JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan semua guru kembali kepada yang asas iaitu pemimpin instruksional, guru mengajar dan murid belajar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut