Khamis, 16 Ogos 2012

Mengenali Pelajar Disleksia


Sekiranya anak anda sering memakai kasut kiri ke kanan, kanan ke kiri. Betulkan ia dengan segera, kerana bimbang jika ia dibiarkan, lama-kelamaan dia terjerumus ke dalam dunia disleksia.

Kira-kira 50 peratus daripada lebih 90,000 kanak-kanak negara ini yang menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah Disleksia. (Berita Harian, 2012)

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Payne dan Turner (1999) menyatakan bahawa disleksia adalah suatu permasalahan pembelajaran yang spesifik atau khusus.

Dalam program pemulihan, didapati bahawa murid-murid pemulihan sering menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca. Fauziah Tahiruddin (2000) menyatakan antara permasalahannya ialah pelajar pemulihan mudah lupa perkataan yang dibaca. Daya ingatan mereka sangat singkat. Oleh itu mereka perlu diberi peluang membaca perkataan yang sama berulang kali dalam aktiviti latih tubi. Ramai kanak-kanak pemulihan juga mengalami masalah dalam pengamatan. Mereka kurang mahir mengecam bentuk perkataan yang dibaca. Masalah ini mungkin disebabkan mereka sukar memberi tumpuan atau perhatian. Selain itu, murid pemulihan juga mempunyai perbendaharaan kata yang kurang atau terhad menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam membina ayat mudah dengan betul.

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:

  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan

Punca Disleksia

Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia tidak diketahui(Bradford, 2001). Namun, mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinyadisleksia disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kemtangan (Mercer, 1997;Hammond & Hughes, 1999).

Keturunan atau genetik

Menurut Bradford (2001), dalam kebanyakkan kes murid disleksia, terdapatbeberapa orang ahli keluarga; sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudaraterdekat; yang mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan ada tanda-tandaberkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh diwarisi. Namun, darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza. Kajianyang telah dijalankan telah dapat membuktikan bahawa disleksia disebabkan olehkromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun
(British Psychological Society, 1991).


Biologi

Secara umum ianya disebabkan oleh sejarah kesukaran semasa dilahirkan, sepertilahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yangamat menyukarkan. Semua faktor ini adalah kemungkinan menjadi puncakelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan sebahagian daripadakerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalahbelajar disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan ini adalah minima.Mercer, (1997), yang menjalankan kajian mendapati pembentukan otak merekayang mengalami disleksia adalah tidak sama dengan mereka yang tidak mengalamidisleksia

Kematangan

Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mengikut jantina. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan (Hammond & Hughes, 1996)



Ciri-ciri Disleksia

Kanak-kanak disleksia lazimnya mempunyai ciri-ciri yang boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian. Ibu bapa dan guru sebagai orang yang paling hampir dengan kanak-kanak boleh membuat pengenalpastian secara umum terhadap anak mereka. Hal ini adalah kerana pengenalpastian di peringkat awal adalah paling baik untuk membantu kanak-kanak yang mungkin mempunyai ciri-ciri disleksia agar diberi rawatan atau terapi secepat mungkin (Ott, 1997).

(i) Umum

Perkembangan bahasa atau peraturan
Koordinasi yang lemah
Pergerakan pergelangan tangan agak kekok
Hasil penulisan yang lemah
Menulis lambat
Ejaan yang lemah
Kebolehan membaca dua tahun ke belakang
Kekeliruan dalam penggunaan jam atau konsep masa
Sering mengalami kesukaran dalam laluan yang berliku-liku
Kesukaran mendiskriminasikan pandangan dan pendengaran
Kesukaran mengeja, membaca, menulis dan mengira
Kecelaruan dalam menerima pelbagai arahan
Kekeliruan perkataan yang hampir sama seperti on-no, for-from, was-saw
Masalah mengeja
Masalah meniru atau menyalin daripada papan hitam


(ii) Pengamatan dan tingkah laku

Sering keliru dengan arah: kiri/kanan atau atas/bawah.
Sukar memberitahu waktu dan tepati masa.
Sukar mengingati simbol-simbol Matematik.
Mudah merasa tertekan atau emosional.
Biasanya mempunyai perasaan rendah diri.
Sering mengalami kesukaran dalam mempelajari turutan ketika berpakaian.
Biasanya mengalami kesukaran memakai
kasut pada kaki yang betul.
Nampak cerdik tetapi tidak boleh membaca, menulis atau mengeja pada tahap tertentu


(iii) Kecelaruan pandangan dan penglihatan

Kesukaran dalam membatangkan perkataan.
Gemar meninggalkan huruf pada pangkal perkataan. Misalnya ‘pergi’disebut ‘pegi’.
Gemar menambah huruf dan perkataan.
Misalnya;‘bulan’disebut ‘bulang’.
Sering tidak membaca dalam keadaan ceria.
Menunjukkan pertukaran, penambahan, penggantian atau pengulangan perkataan dan nombor semasa membaca dan menulis.
Sering mengeja dengan tidak konsisten.
Susah hendak memahami perkataan yang dibaca atau ditulis.
Mempunyai masalah ingatan pandang dan ingatan dengar.
Masalah dalam susunan urutan huruf dan nombor.
Kekeliruan memahami hala kiri dan kanan, bawah dan atas.
Kebalikan huruf-huruf atau nombor-nombor tertentu.
Hilang baris apabila membaca atau
mengulangi ayat yang sama.
Masalah koordinasi dan pergerakan halus

(iv) Kemahiran motor halus dan kasar

Menghadapi masalah memasukkan dan menyusun tali kasut dalam lubang dengan betul.
Menghadapi masalah memegang pensel dengan betul.
Menghadapi masalah dalam aktiviti menekap.
Menghadapi masalah menggunakan gunting terutamanya yang kidal


Sunting dari;

Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak MasalahPembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEMSdn. Bhd.

Haliza Hamzah, (2008).Perkembangan Kanak-kanak:Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan:Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik,KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Fahmi Mohd Yusof.(2012). 45,000 budak hidap Disleksia. Berita Harian

Rajesvari Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia


Selasa, 14 Ogos 2012

Kesan Puasa Terhadap Kesihatan dan Minda


Terdapat banyak kes kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh-pembunuh utama ialah seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya.Kebanyakannya berpunca dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulama’ berkenaan puasa. Rasulullah S.A.W bersabda “Berpuasalah supaya kamu sihat.” -Hadith Riwayat Abu Naiim

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung” – Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`

Semua perintah Allah S.W.T yang disyariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya.Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada hikmahnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak.Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa.Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu.Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk   mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%.

Puasa, Hukum dan Hikmah menurut Islam dan Perspektif Sains Moden karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, terbitan Teguh Iman Resources, puasa boleh menyebabkan berlakunya pembaharuan sel. Sel-sel yang ada dalam tubuh manusia sentiasa bertukar ganti. Apabila berlaku kematian sel, sel baru akan terbentuk dan proses ini sentiasa berlaku selagi manusia tadi bernyawa. Bilangan sel yang mati dalam satu saat mencecah sehingga 125,000,000 sel dan jumlah sel pengganti melebihi dari sel yang mati itu. Asid amino yang merupakan elemen penting dalam pembentukan sel dalam tubuh manusia menjadi semakin aktif disebabkan amalan berpuasa. Oleh demikian pembaharuan sel menjadi semakin cepat dan sempurna.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.


BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu.Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183) 



Rabu, 8 Ogos 2012

Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 Pulau Pinang


Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 Pulau Pinang
(Trial UPSR 2012 Examination Papers)

Bahasa Malaysia Pemahaman
Bahasa Malaysia Penulisan
Matematik Kertas 1
Matematik kertas 2
Sains
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2


Download : http://www.mediafire.com/?t8w959u2bz7isw6

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah bekerjasama dengan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Pusat Urus Zakat dan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang melaksanakan Bengkel Pembinaan Item Percubaan dan Bahan ZIPP ‘A’ UPSR.  Sebanyak 69 jurulatih utama telah berjaya hadir bagi membina bahan peperiksaan dan bahan ZIPP ‘A’ UPSR bertempat di Port Dickson pada 28 hingga 30 Mac 2012. Bahan yang telah siap dibina adalah untuk kegunaan pelajar Mutiara PDCA yang berjumlah 152 buah sekolah peringkat rendah.

Objektif pembinaan item percubaan adalah mewujudkan soalan yang seragam untuk semua sekolah Mutiara PDCA dan akan memberi manfaat kepada lebih 12,000 pelajar. Majlis penutupan rasmi bengkel ini disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Haji Rosman bin Hashim pada hari Sabtu 30 Mac 2012.

Makanan Untuk Minda Pelajar



Sepanjang hidup, otak manusia sentiasa berfungsi untuk menerima rangsangan dan maklumat, mengolah, mengembangkan fikiran dan emosi serta menyimpan memori. Zat pemakanan amat diperlukan untuk menjaga otak agar dapat berfungsi secara optimum. Pakar pemakanan mengakui bahawa terdapat zat tertentu atau sebatian kimia dalam sesuatu makanan amat penting untuk fungsi otak manusia dan mengelakkan berlakunya kerosakan serta ketidakupayaan kognitif seseorang. Ini kerana 0tak mengalami perkembangan mengikut fasa pertumbuhan manusia dan ia memerlukan zat pemakanan yang betul dan seimbang bagi memenuhi keperluan tenaga di otak yang lebih tinggi. Semasa dalam kandungan ibu, pembinaan otak manusia merupakan satu fasa yang kritikal kerana pada masa tersebut berlaku proses pembentukan neuron otak dan juga salur mealin. Oleh itu, pada tahap perkembangan yang kritikal inilah akan menentukan kehebatan otak manusia yang dapat dibentuk melalui pengkayaan sumber makanan.

Kenapakah ilmuwan Islam terdahulu memiliki otak genius dan mampu menguasai pelbagai bidang? Corak pemakanan yang menepati pemakanan sunnah harus diambil kira. Berbeza dengan budaya pemakanan masyarakat kita pada masa sekarang. Kadangkala sensitiviti pemilihan makanan terbaik tidak wujud dalam diri masyarakat kita sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?- HR Bukhari.

Kajian oleh saintis Mind Research Network membuktikan bahawa bahan kimia di dalam otak iaitu N-acetylaspartate (NAA) lebih tinggi arasnya dalam individu yang mempunyai kepintaran yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai kepintaran yang sederhana. Maka, penjagaan atau pemeliharaan bahan kimia atau neurotransmiter otak adalah penting untuk mengoptimumkan keupayaan dan kecerdikan seseorang. Sudah pastilah melalui diet dan pemakanan yang baik dapat mengekalkan dan memelihara bahan kimia tersebut pada aras yang optimum.

1. Coklat Hitam

Coklat hitam ternyata dapat membuat pandangan semakin tajam dan meningkatkan kemampuan otak. Coklat juga terbukti menjadi makanan yang cukup berkesan untuk mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Penemuan terbaru ini merupakan hasil penyelidikan dari University of Reading, Britain.
Mereka menemui bahawa coklat hitam memiliki banyak kandungan flavanol yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak. Hasil kajian ini juga membuka spekulasi bahawa coklat hitam juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina untuk mempertajam penglihatan.


2. Omega

Ikan secara keseluruhan banyak memberi manfaat kepada kesihatan anda, terutama terhadap otak anda. Ikan mengandungi Omega-3 (EPA dan DHA), iaitu asid lemak yang memberi manfaat kepada tubuh dalam pelbagai aspek. Satu hidangan ikan seminggu dapat mengurangkan seseorang menghidapi penyakit Alzheimer. Omega-3  menyediakan lebih banyak oksigen ke otak, serta membolehkan seseorang untuk mengekalkan maklumat baru pada masa yang sama masih mengingati maklumat lama. Antara ikan yang mengandungi Omega-3 yang tinggi ialah salmon, tuna, kerapu dan sardin (bukan sardin tin yer).

Manakala Omega-6 pula penting dalam menguatkan ingatan. Sumber yang mungkin dapat diperolehi ialah minyak jagung, minyak matahari, bijan dan labu. Keseimbangan asid lemak politaktepu dalam badan boleh menjadi aras pengukur kecerdikan seseorang. Manakala ketidakseimbangan asid lemak politaktepu akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia, ADHD dan autism.

 3. Sayuran Hijau

 Sayur-sayuran berdaun hijau seperti pegaga, kubis, bayam, kangkung dan lain-lain adalah sangat baik untuk otak kanak-kanak dan orang dewasa. Sayur-sayuran ini membantu untuk mengingati maklumat yang lama dan proses seperti anda baru belajar semalam. Ini adalah kerana makanan ini selalunya penuh vitamin B6, B12, dan folate, iaitu merupakan sebatian besar yang diperlukan di dalam otak untuk memecahkan tahap homocystein, yang boleh membawa kepada kealpaan dan juga penyakit Alzheimer. Sayur-sayuran ini mengandungi zat besi yang dapat mengaktifkan kognitif seseorang.


 4. Bijirin.

Bijirin seperti kacang tanah, hazelnuts, gajus, badam, walnut, pecans, biji labu, dan biji bunga matahari adalah baik untuk perkembangan otak. Ini kerana kacang dan bijirin kaya dengan Omega-3 dan Omega-6, folat, vitamin E, dan vitamin B6. Semua nutrien ini dapat mengaktifkan daya pemikiran seseorang. selain itu ia juga kaya dengan  thiamin dan magnesium, yang baik untuk ingatan, fungsi kognitif, dan otak.


 5. Blueberry dan strawberry

 Minum jus blueberry dapat meningkatan kemampuan otak. Blueberry mengandung senyawa kimia antosianin yang dapat mempercepat penyampaian mesej ke otak dan menghalang sel-sel daripada kerosakan kerana bertambahnya usia. Sebuah kajian di New York mendedahkan khasiat buah blueberry dan strawberry mendapati bahawa ke dua buah tersebut ternyata juga banyak mengandungi flavonoid. Dengan rutin mengambil blueberry dan strawberry dapat membantu menjaga fungsi otak dengan baik meskipun usia semakin bertambah tua. Kajian ini juga menjelaskan bahawa wanita yang banyak mengambil buah blueberry atau strawberry mengalami penangguhan penuaan kemampuan kognitif otak hingga 2, 5 tahun dari usia yang sebenarnya. Kemampuan kognitif otak adalah aktiviti otak yang digunakan untuk berfikir, mengingat dan penalaran. Sebuah kajian di Harvard University juga menambah keyakinan para ahli kesihatan dimana buah blueberry dan strawberry boleh membantu menurunkan risiko risiko diserang penyakit parkinson pada lelaki lanjut usia.

Dr. Robert Graham, seorang internis (ahli penyakit dalam) di Lennox Hill Hospital New York, mengatakan bahawa sifat anti oksidan dan anti inflamasi yang berperanan besar dalam penangguhan penurunan kemampuan kognitif otak. Oleh kerana itu, jangan lupa untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga kesihatan tetap terjaga dengan baik.


 6. Telur

Ketika kita semakin tua, otak kita mulai menyusut karena sesuatu hal yang disebut atrofi otak. Namun, kita bisa melawan proses alamiah ini dengan rutin memakan telur. Hal ini karena telur mengandung banyak vitamin B12 serta lesitin. Vitamin B12 membantu melawan penyusutan otak, yang sering terlihat pada penyakit Alzheimer. Telur, meskipun sangat tidak sehat jika agan makan terlalu banyak, karena penuh dengan asam lemak esensial. Kuning telur, meskipun sangat tinggi kolesterol, juga tinggi kolin, yang merupakan zat pembangun sel otak. Kolin dapat membantu meningkatkan daya ingat agan. Namun jangan kebanyakan yah, cukup 1-2 telur sehari.


7. Rempah-ratus

Rempah-rempah sangat beragam dan tidak terbatas pada ketumbar, kunyit, merica, cabai, bubuk paprika, jintan, kayu manis, kapulaga, bunga lawang, kelabet, adas manis, daun salam koja, dan cengkeh. Rempah-rempah ini sangat bermanfaat untuk menjaga otak tetap segar. Sebagai bahan utama bubuk kari, curcumin penuh antioksidan yang membantu melawan penuaan otak dan memelihara fungsi kognitif saat usia bertambah. Antioksidan juga berjuang melawan kerusakan akibat radikal bebas yang dapat terjadi di dalam otak serta tubuh. Radikal bebas dapat menyebabkan peradangan dan penyakit lain dalam tubuh. Kari tidak hanya baik untuk otak, juga dapat melawan diabetes dan penyakit jantung.


8. Teh Hijau

Teh hijau  sangat bermanfaat bagi otak. Teh hijau mengandung catechin. Kajian saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia.

Menurut Dr Carol Greenwood, seorang saintis nutrisi dari Universiti Toronto, kandungan dalam teh membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan otak kerana ia memberi kesan terhadap aktiviti sel dalam otak.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Eve Top Center for Neurodegenerative Diseases telah menunjukkan pengambilan teh hijau yang mengandungi flavonoid menjadikan sel otak lebih sihat dan meningkatkan tahap kemampuan otak melawan stress.

Flavonoid ialah sebatian yang yang tergolong dalam kumpulan metabolit sekunder dan kerap ditemui dalam tumbuhan. Ia merupakan bahan utama dalam teh dan berperanan sebagai bahan anti oksida. Teh yang mengandungi flavonoid dapat merawat kecederaan pada sel otak.

9. Tiram.

Tiram kaya dengan zink dan zat besi. Tiram dapat membantu untuk menjaga fikiran yang tajam dan meningkatkan daya ingatan anda. Zink dan zat besi telah dikaitkan dengan keupayaan otak untuk kekal fokus dan ingat maklumat. Kekurangan zink dan besi boleh menyebabkan masalah daya ingatan, dan kurang daya tumpuan.


10. Pisang

Pisang mengandungi potassium, glukos  dan vitamin B. Nutrien ini dapat mengimbangi otak pelajar supaya dapat menerima pembelajaran di luar atau di dalam kelas dengan baik. Kandungan vitamin B6 pisang cukup tinggi, yaitu sebesar 0,5 mg per 100 gram. Selain berfungsi sebagai koenzim untuk beberapa reaksi dalam metabolisme, vitamin B6 berperan dalam sintetis dan metabolisme protein, khususnya serotonin. Serotonin diyakini berperan aktif sebagai neurotransmitter dalam kelancaran fungsi otak.


11. Kurma

Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

Kurma dapat menyihatkan sel darah merah. Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama. menurut beliau kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


12. Buah Delima

Kajian ke atas tikus di Universiti Perubatan Washington mencadangkan bahawa meminum jus delima semasa hamil boleh mengurangkan ‘hypoxia ischemia’ yang berkaitan kecacatan otak pada bayi, Kata Penyelidik.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer.

Maka tidak hairanlah mengapa Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,

" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].



13. Kismis.

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab. Disabdakan Rasulullah SAW,

    "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

 Gula dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Kismis juga mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Selain menajamkan minda, kismis merupakan serat yang baik dan dapat dihadamkan dengan cepat untuk penghasilan tenaga berfikir.


14. Madu

Secara umum, madu telah dikenal sebagai makanan, baik untuk pemakanan maupun sebagai suplemen kesihatan atau juga kecantikan. Tidak hanya itu, khasiat madu tidak diragukan lagi yang kaya akan vitamin, mineral, bahkan hormon penting bagi tubuh yaitu: gula (glukosa dan fruktosa), beragam mineral (kalsium, potassium, magnesium, sodium klorin, sulfur, besi dan fosfor) dan vitamin-vitamin (B1, D2, B3, B5, B6 dan C). Madu juga mengandung sejumlah kecil dari beberapa macam hormon, tembaga, iodium dan zinc.

Madu mempunyai banyak khasiat dan antara salah satunya adalah melancarkan fungsi otak. Madu dipercayai dapat merawat penyakit-penyakit mental di mana ia dapat menghindarkan kepenatan fungsi kerja otak seperti berfikir dan membaca. Ini kerana dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda “siapa ingin hafal hadis, hendaklah minum manisan madu”.

 
15. Susu Segar

Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal.Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air berfungsi untuk pertumbuhanbadan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai kaborhidrat, lemak, protein, vitamin, mineraldan air. Sabda Rasulullah s.a.w bahawa susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yangbaik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum sekurang-kurangnya segelas pagidan segelas malam. Mulai dengan bismillah.



16. Labu

Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda “makanlah labu kerana ia member kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup atau kuah kemudian memasukkan labu maka ia akan meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran.


17. Halia

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.


18. Limau Oren

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


19. Daging Ayam Betina.

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


20. Badam.

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Protein tenusu yang terdapat dalam badam dapat membantu untuk mendapatkan otak yang bergeliga dan bijak

Badam adalah sumber nutrients yang membantu perkembangan minda. Badam meningkatkan tahap intellectual yang tinggi dan dianggak sebagai makanan penting untuk tumbesaran kanak kanak. Ramai ibu member badam, direndam didalam air kepada anak anak mereka setiap pagi (2-3 biji, anda juga boleh membuang kulit badam jika ia mendatangkan alahan).

Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.


21. Glukosa.

Glukosa membantu menghasilkan tenaga untuk sel otak supaya fokus dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Menurut Dr. France Bellisle, pakar global dalam tingkah laku makan dan tingkah laku kognitif, `Ada kebenarannya jika dikatakan bahawa jumlah glukosa mungkin mempengaruhi keupayaan otak kita untuk berfungsi.'

Pada asasnya otak memerlukan tenaga untuk bekerja. Hampir seluruh tenaga ini dibekalkan secara eksklusif oleh glukosa.


22. Gingko.

Gingko memperbaiki peredaran darah di serebrum dan pemancar isyarat saraf. Ia meningkatkan daya ingatan, kewaspadaan mental dan kewarasan mental. Berdasarkan kajian, pengambilan sebanyak 120 hingga 240 miligram (mg) gingko sehari selama tiga hingga enam bulan memberi kesan yang signifikan ke atas fungsi kognitif di kalangan penghidap Alzheimer. Keberkesanannya adalah setanding dengan donepezil, ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit Alzheimer.



23. Pegaga.

Pegaga berfungsi sebagai perangsang untuk otak dan mengelakkan penyakit nyanyuk. Pegaga dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas serta menambahkan kekuatan fizikal dan mental. WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. 



Kecerdasan Minda ( IQ ) seseorang tidak bergantung kepada bilangan sel neuron di otak tetapi bergantung kepada jumlah hubungan yang di bentuk oleh ramisaraf dendrit ( dendrit fibres ) di neuron. Otak yang cerdas banyak membentuk hubungan di antara ramisaraf dendrit. Kajian menunjukkan ramisaraf dendrit boleh diransang pertumbuhannya melalui pemakanan serta tenaga yang mencukupi bagi merangsang proses tumbesaran minda untuk berfikir dengan lebih kritis.

Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa memenuhi keperluan nutrien yang baik bermula sejak bayi lagi adalah penting untuk kecerdikan yang optimum, perkembangan akhlak dan peribadi yang baik. Pemilihan makanan halal dan baik perlu dititikberatkan sepertimana yang dianjurkan dalam Islam. Ini kerana pembentukan otak yang bijak juga bermula daripada pendidikan dan amalan pemakanan yang halal dan sihat.


p/s: Apa lagi makanan yang lain untuk meningkatkan kecergasan minda?




Pemakanan Pelajar Dalam Pencapaian Akademik



Percaya atau tidak sebenarnya makanan mampu menjadikan otak kita berfungsi dengan lebih baik? Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada keupayaan otak seseorang, namun faktor pemakanan tidak dapat dinafikan impaknya. Nikmat kepelbagaian sumber makanan yang dianugerahkan Allah memerlukan kebijaksanaan seseorang individu untuk memilih makanan agar tidak mencampakkan dirinya dalam kebinasaan. Ini kerana terdapat makanan yang boleh meningkatkan fungsi otak dan ada juga makanan yang boleh menjejaskan fungsi otak. Pemilihan makanan yang meningkatkan keupayaan otak juga sejajar dengan prinsip maqasid syariah yang mengutamakan pemeliharaan akal.

Pemakanan ditakrifkan sebagai “kombinasi proses yang dilalui oleh organisma hidup, menerima dan menggunakan bahan makanan yang diperlukan untuk mengawal fungsi-fungsinya dan untuk pertumbuhan serta memperbaharui komponennya (Krause & Mahan 1993)”. Menurut Sir Harold Himsworth (1980) dalam Suriah pula menyatakan pemakanan ialah analisis mengenai kesan makanan dan juzuk-juzuknya ke atas organisma hidup.

Menurut Krause dan Mahan (1993) lagi, pemakanan merangkumi hubungan makanan dengan kesejahteraan (kesihatan) tubuh manusia, termasuklah metabolisme makanan, nilai pemakanan sesuatu jenis makanan, keperluan makanan daripada segi kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan aktiviti, perubahan dalam keperluan
nutrien dan makanan yang mengiringinya atau mencegah penyakit dan faktor-faktor sosio ekonomi, psikologi, sosial dan juga budaya yang mempengaruhi pemilihan dan pengambilan makanan. Manakala menurut Coralie Mathews ( 2001) kesihatan kanak-kanak ialah kesihatan yang merujuk kepada keadaan fizikal, mental, rohani dan keadaan sosial sekitar kanak-kanak, ahli keluarga mereka dan seluruh ahli masyarakat;

“ Health includes the physical, mental, spiritual and social wellbeing of children, their families and the whole community.”

Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992), cara terbaik amalan pemakanan ialah dengan memastikan makanan seimbang diperolehi ketika bersarapan, makan tengah hari dan makan malam, ia juga penting untuk membolehkan pelajar menghadapi detik penting iaitu mengulangkaji, tubuh yang sihat, tidur yang cukup dan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Menurut beliau lagi seseorang perlu memastikan bahawa mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi daripada kumpulan vitamin, karbohidrat, protein dan zat besi. Karbohidrat diperlukan kerana ia menjadi sumber tenaga, manakala protein diperlukan kerana ia membantu pembinaan tubuh dan otot. Vitamin pula berperanan sebagai nutrien yang mencegah penyakit dan
membantu kesempurnaan perjalanan metabolisme dalam badan. Zat besi penting untuk pembentukkan enzim kerana ia menjadi pemangkin untuk menggalakkan perubahan satu bahan kimia ke peringkat yang lain.

Antara sorotan-sorotan kajian yang dilakukan oleh Sarina Binti Saleh (2004),  tentang Corak Pengambilan Makanan Pelajar Melayu Sekolah Rendah, adalah;

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz (1999) menyatakan bahawa selain faktor pemakanan, kurangnya keazaman berfikir merupakan kelemahan pelajar Melayu dalam mencapai kecemerlangan akademik. Manakala kajian yang dilakukan oleh Puan Safiah Mohd. Yusof (1992), mendapati keseluruhan pelajar di negara ini kekurangan zat makanan terutamanya kalsium. Di kalangan murid perempuan yang sudah baligh pula disamping kekurangan zat kalsium mereka juga turut kekurangan zat besi. Tambah beliau lagi, bekalan zat makanan untuk pembesaran sangat penting kepada mereka yang berada dalam kumpulan usia 7 hingga 19 tahun kerana tempoh berkenaan adalah tempoh tumbesaran mereka.

Corak pemakanan mesti memenuhi keperluan zat bagi fizikal dan mental kerana ketika inilah mereka sangat aktif manakala mentalnya pula digunakan untuk belajar. Faktor pengambilan makanan juga merupakan elemen yang penting dalam menentukan tahap kesihatan dan kecerdasan kanak-kanak. Sehingga kini masih kurang kajian-kajian yang cuba menganalisis kekerapan, kandungan nutrien dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan oleh pelajar sekolah khasnya di kalangan orang-orang Melayu.
  
Kajian status pemakanan penduduk melaporkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah mengambil nutrien yang rendah arasnya dan mempunyai bentuk tubuh yang rendah (Abraham, S. et al, 1977). Kajian di kawasan kemiskinan dan kumpulan etnik saperti Orang Kulit Hitam dan Indian Amerika pula menunjukkan lebih banyak pengambilan diet yang tidak baik (Owen G dan Lippman G, 1977).
Tabiat pemakanan setiap individu berbeza dan terbentuk sejak kecil lagi, ibu bapalah yang mula mengasuh dan mengajar serta mengatur cara pemakanan anak-anak mereka. Tabiat pemakanan yang dibawa sejak kecil mungkin berubah berdasarkan faktor-faktor tertentu. Diantara faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pemakanan seseorang individu ialah umur, jantina, bangsa, sosioekomoni, tahap pendidikan, kepercayaan dan pengaruh luaran seperti mediamassa dan rakan sebaya (Store & Mc Williams, 1990). Ramai pelajar yang tidak menghiraukan keperluan makanan sempurna. Mereka kerap meninggalkan sajian tertentu terutamanya sarapan pagi (Guthrie, 1975). Dalam kajian yang dilakukan oleh Krause (1969) pula mendapati kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi kurang berupaya dalam pelajarannya dan menyebabkan gangguan emosi serta kurang stabil.

Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992) yang merupakan Pakar Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan ibu bapa sering memberi makanan dalam kuantiti yang banyak serta mengandungi karbohidrat kepada kanakkanak. Kanak-kanak sebenarnya memerlukan lebih banyak sumber makanan yang mengandungi protein berbanding orang dewasa. Kesan daripada kekurangan zat
makanan, mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit, termasuk serangan cacing, kurang darah dan cirit-birit yang menyebabkan tubuh kehilangan kandungan air. Kekurangan zat makanan juga menjadi salah satu punca kanak-kanak seringkali mengantuk di bilik darjah. Berikutan itu mereka sering diejek oleh kawan-kawan dan guru pula kurang memberikan perhatian kepada mereka. Banyak kajian dan kempen pemakanan sihat telah dijalankan namun permasalahan pemakanan ini masih merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi sepenuhya. Selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia juga amat prihatin dalam menangani permasalahan ini. Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah ( RMTS ) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada tahun 1979 dan diikuti Program Susu Sekolah yang mula diperkenalkan pada tahun 1989 adalah antara program yang dijalankan bagi meminimumkan masalah tersebut ( Abdul Rahman, 1993 ). Pengerusi Helwa Seberang
Perai Selatan, Jau-Zaharah Shaari (1992) berkata, ekoran daripada pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab mengenai pemakanan yang baik dan seimbang kepada anak-anak mereka yang sedang membesar menjadi punca pelajar Melayu di luar bandar mundur dalam pelajaran berbanding kaum lain. Hasil daripada kajian yang dijalankan di kalangan ibu bapa di luar bandar terbukti benar apabila beberapa pelajarnya tidak menunjukkan minat serta semangat untuk menimba ilmu sebaliknya mudah menyerah kalah apabila tertekan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pada tahun 1996, para pelajar yang mendapat cukup zat makanan dan dalam persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang maksimum. Sebaliknya pelajar yang kurang mendapat zat makanan akan mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan, kurang penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosatan pencapaian dalam pelajaran di sekolah (Wan Nudri & Aminah, 1996).

Sabtu, 4 Ogos 2012

Matapelajaran sejarah sekolah rendah 2014



"Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.
" – Utusan 24.10.2010.


Definisi Sejarah.

Kata Sejarah (History) yang kita gunakan pada sekarang bersumber daripada perkataan Arab yaitu Syajaratun yang berarti Pohon. Dari sisi lain, istilah history merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani yakni Histories yang memberikan arti atau bermakna suatu penyelidikan ataupun pengkajian.(Muhd. Yusof Ibrahim, 1986.)

Menurut “Bapak Sejarah” Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.(R. Suntralingam, 1985)

Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahwa Sejarah merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit.

Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga berpendapat bahwa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar berterjadi. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lalu manusia dan seputarnya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah.

Sejarah dalam artian lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih yang berguna bagi manusia dalam memperkaya pengetahuan agar kehidupan sekarang dan yang akan datang menjadi lebih cerah. Dengan demikian akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok masyarakat karena telah mempelajari Sejarah, hal ini dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah bisa dilihat dari tiga dimensi yaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan apakah ia benar atau tidak. (R. G. Collingwood,1966).


Konsep Sejarah.


Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta.  Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara.   Patriotisme ialah  "the more or less concious convictionof the person that his own welfare and of that signifikant group he belongs to are depended uponthe preservationn of the power and culture of his society." (Doob, 1964). Secara ringkasnya semangat patriotisme berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.yang dibina , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara. Setiap warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, seluruh rakyat dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara.
            Tidak dinafikan sistem pendidikan di negara kita mendukung semangat patriotisme. Buktinya Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah (Kementerian Pelajaran:1994) telah menetapkan garis panduan agar nilai-nilai patriotime perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu, subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan dan lain-lain subjek sekolah rendah perlu menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah penggabungjalinan. Begitu juga semasa aktiviti ko kurikulum. Di peringkat sekolah menengah pula, penerapan nilai-nilai patriotisme dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi ,Pendidikan Islam dan lain-lain. Walaupun demikian, didapati bahawa tahap penghayatan generasi muda akan semangat patriotisme agak rendah malah amat mendukacitakan.
            Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa sekaligus kecintaan yang mendalam kepada negara semakin dilupakan. Negara pernah menyaksikan detik pahit apabila golongan tertentu di negara kita yang pernah menjual maruah Malaysia di persada antarabangsa dengan insiden seperti membakar Jalur Gemilang dan pengubahsuaian lirik lagu ’Negaraku suatu ketika dahulu. Malahan pernah terpapar di dada- dada akhbar tentang perilaku anak-anak Malaysia yang berada di luar negara tergamak melempar kata-kata berupa nista yang memburukkan nama negara. Alpanya mereka bertutur sesuatu yang menjejaskan imej dan nama negara ibarat “mengumpat” ibunda mereka sendiri, tanah tumpah darah mereka yang banyak berjasa pada mereka. Generasi muda ini  tidak mengenang jasa ibu pertiwi, seumpama kacang lupakan kulit.  Ini membuktikan tipisnya semangat patriotisme di kalangan generasi muda kini. Generasi muda hari ini seolah telah lupa untuk memelihara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik dan kaum seperti yang diwarisi di Malaysia.
            Biasanya, golongan remaja yang tidak menyedari kepentingan sejarah silam tidak memiliki semangat patriotik. Maka kerajaan telah memutuskan untuk menekankan betapa pentingnya metodologi subjek sejarah melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekali gus berjaya mendorong pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam kehidupan manusia ini. Kita juga lupa tentang kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang tidak mengetahui  nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti Spiderman atau Superman yang lebih menyeronokkan dan mengkhayalkan.

Peranan Sejarah Dalam Pendidikan  
 
            Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cinta negara. Usaha sebegini dapat melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang sama sejarah memberi kita peluang menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.
            Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam. Matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
            Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, elemen sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat, terutama generasi muda.
             Ketiga-tiga unsur terbabit akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah yang menggunakan konsep ‘pendidikan itu menyeronokkan’ membabitkan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama bagi mengelakkan murid sekolah rendah bosan ketika menghadapi pelajaran serta dapat meningkatkan tahap pembelajaran di sekolah.
            Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah murid-murid sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat patriotisme. Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar. Ini sekaligus bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula dari peringkat umur rendah.
            Pelbagai unsur patriotisme beleh diselitkan dalam sukatan Sejarah agar melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar.
            Antara peranan yang dimainkan oleh subjek sejarah ialah sebagai pemangkin kepada perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum.  Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulan manusia kerana muafakat.  Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk terus memupuk semangat perpaduan. Negara pernah menyaksikan detik apabila perpaduan antara kaum telah dicemari oleh insiden 13 Mei 1969. Oleh yang demikian, sebagai generasi yang akan meneruskan legasi agenda perpaduan untuk generasi akan datang maka wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan teruskan mengekalkan bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama.
            Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Sukatan  Sejarah yang cukup komprehensif izharnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana “sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang menderhakai ibunya”. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
            Generasi muda hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.  Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.  Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.  Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama.  Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius.  Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.  Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.
            Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita membaca tentang masalah perkauman dan perebutan kuasa yang berlaku  antara pembesar-pembesar  pada zaman Kesultanan Melayu Melaka  telah membuka pintu kepada penjejahan imperialis-imperialis Barat selama 446 tahun. Nasib rakyat peribumi tidak terbela dan mereka hidup merana. Oleh itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini tidak menginginkan peristiwa pahit tersebut berulang . Mereka akan berdiri, berfikir dan bertindak sebagai  bangsa Malaysia dan bukannya mengikut etnik masing-masing.
            Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitu besar harapan bangsa pada generasi muda hari ini. Maka adalah penting bagi mereka mempelajari nilai-nilai patriotisme kerana mereka masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme  mengajar remaja mendisiplinkan diri. Generasi  berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi pembangunan kepimpinan negra pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam Saifuddin:2002).  Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia maka kita tidak mudah  dipengaruhi  oleh unsur-unsur asing yang mempamerkan budaya dan acuan  lain luar dari ciri-ciri Malaysia.
            Rata-rata generasi muda hari ini memiliki kehidupan yang serba senang dan mudah di kalangan generasi muda masa kini adalah satu faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme di kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan dan mengalpakan generasi muda daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Era globalisasi dan liberasi melihatkan ledakan maklumat melalui kemajuan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Apabila remaja selesa menikmati kehidupan sebegini semangat patriotisme jelas akan menipis.
            Seterusnya Sejarah juga mengajar kita agar mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.  Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri.  Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini.  Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif.  Remaja perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.  Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa depan negara kabur jika generasi pelapis luntur semangat patriotiknya.  Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.  Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.
            Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini.. Melalui subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan dan kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara. Contohnya, melalui sejarah, penentangan yang berlaku di Bukit Kepong. Para anggota polis telah bersusah payah untuk menentang pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para pelajar kepada tanah air sehingga menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi.
             Pembelajaran Sejarah bukan setakat kita memperoleh ilmu tentang sejarah negara kita, malah berupaya memberi ikhtibar dan pengajaran kepada kita agar menjadikan sejarah lampau yang melanda negara tidak berulang kembali. Saya masih ingat kata-kata dari guru Sejarah saya yang menyatakan ‘Sejarah ini ibarat roda’, ia sentiasa berputar. Peristiwa yang lampau boleh berulang kembali. Jika kita mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang ‘sejarah’ yang telah berlaku, setentunya kita berupaya mengubah ‘sejarah’ yang bakal berlaku. Pengertian ini  bertunjangkan hasrat  untuk mencapai status negara maju. Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Negara yang bersatu padu hanya dapat dicapai dengan mempunyai rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
            Mata pelajaran Sejarah juga membolehkan kita mengetahui kebudayaan dan falsafah hidup rakyat majmuk. Kita mengetahui asal usul pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga sedar bahawa pembangunan Malaysia hasil daripada pengorbanan tiga kaum utama. Dengan itu persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk. Sikap toleransi antara kaum dapat diwujudkan. Semangat kekitaan dapat dilahirkan. Prasangka antara kaum dapat dielakkan. Semua sikap positif ini haruslah dimiliki oleh setiap rakyat sekiranya gagasan Satu Malaysia mencapai matlamatnya.
            Umum mengetahui bahawa subjek sejarah  membolehkan kita  membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa, memahami sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan perasaan jati diri yang tinggi, membentuk keperibadian bangsa, menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.

            Namun tidak dinafikan juga subjek sejarah juga mengingatkan kita agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu, merangka wawasan masa depan dengan penuh keyakinan, berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam semua bidang malah menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa hadapan.

            Ini seterusnya mengundang pelbagai soalan tentang kerelevanan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah khususnya di peringkat sekolah terutama sekolah rendah.
            Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah adalah sebagai usaha menyemai kefahaman Sejarah di peringkat awal bertujuan melahirkan generasi baharu yang mampu menilai dan menghayati sejarah.  Kandungan kurikulum yang dirangka bagi sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas seharusnya memupuk perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Fokus juga diberikan kepada pemahaman menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Dasar mewajibkan pelajar sekolah memepelajari subjek sejarah  adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani  dan intelek pelajar secara seimbang.
            Walaupun demikian perlu diingat generasi muda bukan hanya mempelajari semangat nilai-nilai patriotisme daripada subjek sejarah yang di ajar secara fomal mengggunakan kurikulum sahaja. Kita tidak mahu mereka hanya membaca dan menghafal untuk lulus peperiksaan semata-mata yang akhirnya lupa dengan segera apa yang dihafal. Selain mewajibkan kelulusan subjek Sejarah di peringkat peperiksaan sekolah, ia juga perlu dipastikan agar dipelajari dan dihayati sepenuhnya oleh anak-anak kita. Pembacaan sahaja tidak membuktikan individu tersebut kenal sejarah. Pendidikan secara tidak formal perlu dijalankan sepanjang masa tanpa henti.
            Antaranya peranan ibu bapa .Ibu bapa boleh mengajak anak-anak ke tempat bersejarah.Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota 'A' Famosa di Melaka.Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kejatuhan kerajaan Melaka dan Portugis membina 'A' Famosa.Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah bagaimana tokoh zaman dahulu membangunkan negara.  Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku,DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Jelaslah ibu bapa merupakan orang yang kuat mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme.
            Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan kemerdekaan,guru boleh mengajak pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan.Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan sebagainya.Jelaslah,pihak sekolah turut sama berperanan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sepanjang tahun mereka berada di sekolah.
            Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.Dengan perkataan lain,televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.Selain itu,media elektronik itu juga hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.Jelaslah bahawa media massa juga seharusnya memainkan peranan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.  Stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
            Begitu juga menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang membolehkan remaja Malaysia berusia 18 tahun ditanam dengan semangat patriotik Sementara Biro Tata Negara yang ditubuhkan pada tahun 1974, dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan kenegaraan bagi memupuk semangat patriotisme secara berterusan  kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.

            Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah negara penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah semata –mata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati, mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku. Kita perlu melahirkan  generasi yang memahami sejarah tempatan berpaksikan inisiatif untuk meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme generasi muda akan datang. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak dapat menghayati apatah lagi mendukung semangat  gagasan 1Malaysia dan pentingnya perpaduan antara kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan jati diri yang dipelajari melalui ilmu sejarah. 

Rujukan:

Carr E.H., What Is History. Pelicon Book. London. 1965.
Collingwood R.G. The Ideo Of History. Oxford University Press. 1966.
Dr. Abdul Murat Mat Jan. Nota Kuliah. Pengantar Sejarah.
Dr. Tengku Iskandar. Kamus Dewan Edisi Kedua. 1984. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drs. Sidi Gazalba. 1966. Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta.
Dunia Sukan. Utusan Melayu (Malaysia). Sdn. Bhd. 1987.
Herbert Butter Field. 1981. The Rise of Classical Historiography.
Muhd. Yusof Ibrahim. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah.   Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997.
Muhd.Yusof Ibrahim. Pengertian Sejarah: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1986.
Shafer R.G Jones. A Guide To Historical Method. Illineis
R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. Merican  &Sons. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1985.

 

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut