Pada 21 Disember 2011, Berita Harian memaklumkan bahawa 5 pelajar Malaysia cemerlang di Perancis. Pelajar Malaysia telah mencatat sejarah dengan menduduki 10 tempat teratas daripada 96 pelajar dalam peperiksaan peringkat diploma lanjutan di Institut Universitaire de Technologie (IUT), Nice, Cote d’Azur, Perancis.
Jun Yen (kiri), Hakim, Marshella, Hannamalai dan Md Nazri berbincang di Institut Universitaire de Technologie (IUT), Nice, Cote d'Azur, Perancis.
Negara juga pernah digemparkan dengan kejayaan Amalina Che Bakri yang
merupakan pelajar cemerlang Malaysia apabila mendapat kelulusan SPM 17 A
1 pada tahun 2005.
Antara resepi kejayaan Nur Amalina ialah:
Antara resepi kejayaan Nur Amalina ialah:
- Cabar diri dan yakin untuk dapat 17 A1
- Gantung dan tampal gambar serta keratan akhbar tentang kejayaan seseorang
- Adakan kata-kata hikmah sebagai pegangan hidup
- Jaga pemakanan seperti tidak ambil minuman bergas, makanan segera dan organ dalaman binatang
- Punya matlamat dan cita-cita yang jelas iaitu hendak menjadi Doktor Pakar Sakit Puan
- Membuat jadual sendiri dan mematuhinya dengan berdisiplin.
- Menyiapkan kerja sekolah sebelum mengulangkaji
- Setiap pagi beliau menetapkan apa yang hendak dilakukan pada hari itu
- Aktif dalam ko-kurikulum antaranya beliau telah menjuarai pertandingan pidato
- Membaca lebih dripada 500 buku setahun dan pernah menjadi Tokoh Nilam
Sumber : maribelajar.forumotion.com (layari, terdapat banyak tips-tips untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.
Dr Fadzilah Kamsah juga telah menenaraikan beberapa petua dan ciri seseorang pelajar cemerlang, antaranya adalah untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, seseorang itu perlu;
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
- Pastikan cahaya adalah terang
- Kurangkan gangguan bunyi
- Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- Kerusi dan meja menghadap kiblat
- Jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
- Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- Mengingat kembali (recall)
- Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
- Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
- Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- Memberikan tumpuan sepanuhnya
- Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
23. Tahu kemahiran mengingat:
24. Cekap mengatur jadual belajar:
25. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
26. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
27. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Tampal nota-nota penting di dinding
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Gunakan kaedah akronim
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
24. Cekap mengatur jadual belajar:
- Mempunyai jadual belajar
- Patuh kepada jadual
- Buat jadual yang boleh diikuti
25. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
26. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
27. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
28. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
29. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
30. Pelbagaikan tempat belajar.
31. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham.
32. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
Apa pula Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran ? Nak tahu, layari iluvislam.com.
- Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT
- Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
- Prioriti. Mengutamakan apa yang utama
- Prihatin sesama kita
- Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
- Jujur, amanah
- Tepati waktu
Selamat Beramal....
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti