Ahad, 25 November 2012

News: 2,313 murid miskin ditawar ke SBP

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan dengan diberi bantuan oleh Kementerian Pelajaran.

Menurut Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, mereka merupakan antara 7,710 murid yang dipilih bagi ditempatkan di tingkatan satu SBP.

Murid dari keluarga miskin tegar yang akan dipilih perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, menurut kenyataan bahagian tersebut hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak kementerian telah menerima 105,357 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu SBP dengan seramai 62,338 pemohon terdiri daripada murid perempuan dan 43,019 murid lelaki.

Tempat yang diperuntukkan ialah untuk seramai 7,710 murid iaitu 3,645 untuk murid perempuan dan 4,065 murid lelaki, menurut kenyataan tersebut.

"Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru, Kementerian Pelajaran akan menawarkan sekurang-kurangnya 5,397 atau 70 peratus tempat kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, keputusan pemilihan dan penempatan murid ke tingkatan satu SBP akan diumumkan selewatnya 16 Disember depan.

Keterangan lanjut boleh diperoleh di laman web www.moe.gov.my dan murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121124/pe_01/2313-murid-miskin-ditawar-ke-SBP#ixzz2DEdsnxXS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut