1. Karangan autobiografi menceritakan dan mengisahkan riwayat hidup penulis
2. Biasanya apa yang dikisahkan adalah peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan dalam riwayat hidup penulis.
3. Soalan meminta penulis sebagai sesuatu benda atau haiwan.
4. Karangan bografi menceritakan riwayat hidup seseorang seperti tokoh, guru dan sebagainya.
5. Murid perlu mempunyai pengetahuan luas agar kisah yang dikisahkan itu logik
6. Murid digalakkan menggunakan ungkapan atau peribahasa yang sesuai supaya Karangan lebih menarik.
CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI
Menjelang tengah malam,aku dan rakan-rakanku telah dibawa menaiki sebuah lori.Destinasi yang dituju ialah Bandar Raya Kuala Lumpur,sebuah bandar yang kira-kira 52 kilometer daripada tempat lahirku. Perjalanan yang tidak memakan masa yang lama,hanya dua jam lagi dari ibu negara membuatkan kami tidak sabar untuk turun ke tempat baru.Akhirnya,sebaik sahaja sampai kami telah diturunkandari lori untuk diagih-agihkan kepada para penjual akhbar yang telah bersedia dengan kenderaan masing-masing.
Aku telah dibawa oleh seorang penjual menaiki kenderaannya dan tidak lama kemudian,aku sampai di sebuah stesen minyak.Aku telah ditempatkan bersama-sama dengan kawan-kawanku di rak akhbar.Kami diletakkan di situ agar mudah dilihat oleh pembeli dan seterusnya dicapai mereka.Pada jam 7.00 pagi,aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang mengisi minyak keretanya di stesen minyak tersebut.Kemudian,aku dibawanya ke pejabat lalu ditatapnya dengan penuh minat.Menjelang petang,aku telah dikeleknya untuk dibawa pulang ke rumah lalu dibaca oleh ahli keluarganya.
Menjelang malam,seluruh badanku telah menjadi lembik kerana bertukar dari satu tangan ke tangan yang lain.Aku tidak lagi bertenaga seperti keadaanku pada waktu pagi tadi.Akhirnya,setelah seluruh isi badanku habis dibaca,aku pun diletakkan di atas meja.Tidak lama kemudian,ibu pemuda itu telah mengambilku lantas menempatkanku di dalam setor bersama barang-barang lain yang tidak digunakan lagi.Aku berasa diriku tidak berguna lagi,ibarat kata pepatah,"Habis madu sepah dibuang".
Selepas beberapa minggu aku menghuni setor yang gelap dan berhabuk itu,aku pun dikeluarkan.Rupa-rupanya,seorang pembeli akhbar lama datang untuk membeli akhbar sepertiku.Aku telah dilonggokkan bersama akhbar yang lain dan ditimbang untuk dijual.Akhirnya,aku telah dilemparkan bersama-sama dengan kertas terpakai ke dalam lori untuk dihantar ke pusat kitar semula.begitulah riwayat hidupku sebagai senaskhah akhbar.
Selepas diuji, aku dibawa ke ibu kota. Aku dipamerkan di sebuah kedai jam tangan termuka. Ramai orang yang tertarik akan kecantikanku. Ciri yang ada padaku ialah aku boleh menunjukkan arah kutub. Aku juga mempunyai radio, pita rakamandan lampu suluh.
Pada suatu hari, seorang hartawan telah membeliku dengan harga RM1000. tuanku terus memakaiku dan aku dipuji. Tuanku bangga memilikiku kerana aku canggih dan istimewa.
Aku dipakai kemana-mana termasuklah tempat kerja. Aku juga cekap mengatur masa.
Pada suatu petang, tuanku kemalangan lalu pengsan kerana kemalangan itu. Aku dicuri oleh seorang mekanik.
Aku telah dipakai oleh mekanik tersebut. Badanku kotor dan berbau minyak. Aku sudah tidak berseri lagi. Aku rindu kepada tuan aku.
Aku adalah sepasang kasut. Aku dinamakan Pallas. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Malaysia. Aku merupakan sepasang kasut sekolah yang berjenama. Jenisku paling digemari oleh murid-murid seperti pemain dan sebagainya. Aku dan kawan-kawanku dihantarkan ke Negara Brunei Darussalam selepas siap dipakej.
Apabila sampai di Negara Brunei Darussalam, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah kedai menjual kasut yang terkenal di Gadong. Di sini aku berkenalan dengan kawan-kawan baru seperti Puma, Bata dan lain-lain. Aku dijual dengan harga $20, duit Brunei.
Pada suatu hari,ada seorang gadis mendekati aku. Selepas berbual-bual dan tawar- menawar dengan tuan punya kedai itu, akhirnya aku dibeli oleh gadis itu. Aku berasa gembira kerana mendapatkan seorang tuan yang baru. Nampaknya tuan baruku ini seoarang cermat dan penyayang. Pada sebelah pagi aku terus dipakai untuk pergi ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.
Pada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia menyimpan aku di luar. Semasa aku pergi ke sekolah tuanku memakai aku untuk perlawanan berlari, tiba-tiba badanku koyak. Tuan aku terpaksa meminjam kasut kawannya. Aku dibiarkan di atas padang selepas mereka berlari. Setiap kali aku berhujan berpanas sehingga tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur. Tuan aku tidak ingat kepada diriku lagi.
Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai sepasang kasut. Pada waktu baru aku diperlukan, sayangnya tuan aku tidak menjaga diriku dengan cermat seperti dulu. Sesudah rosak, aku dibiarkan sehingga hidupku seperti sekarang ini.
"2B", begitulah gelaran yang telah diberi kepadaku,aku ialah sebatang pensel.Aku melalui pelbagai proses untuk melengkapkan diriku sebagai sebatang pensel.Setelah melalui pelbagai proses,akhirnya aku menjadi sebatang pensel.Keesokannya,aku dan kawanku diisi ke dalam kotak lalu dibawa ke pelabuhan untuk dieksport.
Setelah beberapa jam melalui perjalanan,akhirnya aku dan kawan-kawanku tiba di Malaysia.Aku dan kawan-kawanku diangkat dan dimasukkan ke dalam lori.Aku telah dihantar ke sebuah kedai di Selangor.Di sana aku dan kawan-kawanku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca.
Selang beberapa hari,saya ternampak seorang budak datang ke kedai di tempat aku dan kawan-kawanku dipamerkan.Tiba-tiba dia ternampakku,lalu diambilku dan aku dibelek-belek oleh budak itu.Setelah membayar hargaku sebanyak RM0,50 sen,aku dibawa pulang ke rumah budak itu.
Setiap hari aku digunakan oleh budak yang bernama Afiq itu.Aku digunakan untuk menulis sesuatu.Leih-lebih lagi ketika menulis karangan ,dia amat memerlukan aku.Hal ini kerana pada tahun ini, Afiq akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.Aku berasa amat gembira.Tetapi sebenarnya kegembiraanku tidak lama.
Setelah aku sering digunakan,badanku menjadi semakin pendek.Badanku selalu diasah dan ini menyebabkan aku menjadi pendek.Aku menangis kesakitan apabila aku aku diperlakukan sebegitu.Setelah aku tidak boleh digunakan lagi,aku dibuang ke tempat pembuangan sampah.
Selang beberapa hari,aku ternampak Afiq membeli sebatang pensel yang baru.Aku memandangnya dengan linangan air mata.Aku tetap bersyukur kerana pernah berkhidmat kepada Afiq walaupun hanya sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti