Isnin, 30 September 2013

Sejarah Permainan Sukan Ragbi


Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola sepak, tanpa diduga beliau telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakan-rakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari, lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu disertai pula rakan-rakannya. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru.

Rugby School di England

Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakanrakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.

Artikel tersebut telah menyebut, iaitu tindakan Ellis yang menimbulkan idea kepada permainan ragbi bukanlah ketika dia menangkap bola, tetapi adalah tindakannya berlari ke hadapan sambil bola berada di tangannya, sehingga tiba di gol lawan. Bagaimanapun tiada pula rekod yang menceritakan tindakan Ellis setelah tiba di garisan gol lawan itu. Menurut beberapa buku sejarah sukan ragbi, di sekolah Ellis telah dibina batu asas memperingati peristiwa ini. Pada batu tersebut dicatatkan catatan berikut: With fine disregard for the rules of football as played in his time, first took the ball in his arms and ran with it, this aroginating the distinctive features of the rugby game.


Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena nama pekan kecil di mana sekolah tempat William Web Ellis bersekolah. Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubah suai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasminya sendiri.

Pada tahun 1839 di Universiti Cambridge, sekumpulan siswanya telah membentuk kelab ragbi, yang merupakan kelab ragbi pertama di dunia.

Ragbi mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi pula ditubuhkan dan mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.

Perlawanan peringkat antarabangsa pertama telah dIadakan tahun 1871, iaitu di antara England dan Scotland. Perlawanan ini dimainkan oleh 20 orang sepasukan dalam dua tempoh selama 100 minit.

Pada tahun 1870, penggunaan wisel oleh pengadil telah diperkenalkan. Lima tahun kemudian, dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain juga telah ditetapkan kepada 15 orang. Badan yang bertanggungjawab ke atas permainan rugbi ialah Kesatuan Ragbi (Rugby Football Union) yang ditubuhkan pada tahun 1871.




Selasa, 24 September 2013

Sejarah Permainan Sukan Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Sukan badminton memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.


SEJARAH BADMINTON DUNIA.

Badminton telah direka sejak zaman dahulu lagi iaitu satu bentuk sukan permainan dalam Yunani purba dan Mesir. Daripada beberapa rekod sejarah terdapat sedikit keterangan tentang permainan ini. Lukisan-lukisan yang terdapat dibeberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad ke 17 dan ke 18. Badminton berasal dari sejenis permainan yang dimainkan di India, iaitu salah satu permainan kanak-kanak yang dimainkan dengan sebatang bet kecil dan pelancar berbulu.


Permainan asli India ini telah menarik minat dan perhatian tentera British di Poona. Permainan Poona yang dibawa balik ke England dan dipopularkan di Estet Badminton House telah mendapat nama baru iaitu ‘Badminton’. 

Dalam tempoh 20 tahun diperkenalkan di England banyak kelab badminton ditubuhkan di Wales, Scotland dan England. Pada tahun 1893 Persatuan Badminton England ditubuhkan. Pada tahun 1899 Pertandingan Kebangsaan Inggeris pertama telah diadakan. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama di dunia untuk  permainan badminton.

Selepas Perang Dunia Pertama tentera asing yang mendapat pendedahan dengan permainan  badminton semasa bertugas di England telah membawa permainan ini balik ke negeri mereka.  Beberapa buah negara telah menubuhkan Persatuan Badminton Kebangsaan seperti Kanada  (1921) dan Amerika (1936). 



Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk di situ. 

Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi India pada  ketika itu, telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton  Club’ dan undang-undang permainan tetapi masih belum sempurna. 

Seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa, untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan. Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Presiden pertama ialah Sir George Thomas. Beliau menjawat sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955. Pada tahun yang sama (1934) Persatuan Badminton Malaysia ditubuhkan. Sukan Badminton berkembang dan pada tahun 1992 Badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik.

Detik permulaan Piala Thomas ialah pada tahun 1939 dan orang yang bertanggungjawab ialah Sir George Thomas dan kemudiannya terpilih menjadi presiden IBF. Pada masa yang sama Malaya menjadi terkenal kerana A. Samuel berjaya memasuki separuh akhir dalam pertandingan All England. 1953 – 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuari Piala Thomas. Pada peringkat awalnya Piala Thomas diadakan tiga tahun sekali untuk pemain lelaki sahaja. Pertandingan mengandungi sembilan perlawanan iaitu lima acara perseorangan dan empat acara bergu. Mulai tahun 1982 pertandingan Piala Thomas diadakan dua tahun sekali. Pada dan dua acara bergu. 

Pertandingan Piala Uber dianjurkan oleh Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF) khas untuk wanita. Piala ini dihadiahkan oleh Puan Betty Uber seorang pemain Badminton terkenal di England. Kejohanan pertama diadakan pada tahun 1957. Mulai tahun 1984 Piala Uber juga mengikut format Piala Thomas.

Kejohanan Seluruh England ialah Kejohanan Terbuka (individu) yang paling berprestij di dunia. Kejohanan ini diadakan pada setiap tahun. Pada tahun 1925 Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan. Selepas itu diikuti dengan penubuhan Persatuan Badminton Perak. Pada tahun 1934, Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan dengan J.I Woods sebagai presiden yang pertama.

Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF). Pada tahun 1960 Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan dengan Tan Sri Mohd Khir Johari sebagai presiden yang pertama. Tugas utama BAM adalah memajukan permainan badminton negara melalui pelbagai program dan perancangan yang diwujudkan.



SEJARAH BADMINTON DI MALAYSIA

Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Di Muzium Pulau Pinang pula terdapat gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain permainan Poona atau badminton.

Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk disitu.

Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia.

Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak.

Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953 – 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas.

Sukan Badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu mendapat pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik tahun 1996.

Akademi Badminton Malaysia(ABM) ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorang pemain yang berjaya dihasilkan ialah Dato’ Lee Chong Wei. Pada tahun 2000 ABM ditutup. Semua pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil. Terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Pelajar untuk sukan badminton ditempatkan di SSBJ.


Selasa, 10 September 2013

PPPM melahirkan murid kritis



KEPERLUAN pembelajaran negara menjelang abad ke-21 menyasarkan agar murid di negara ini mempunyai minda yang kritis dan kreatif, tidak semata-mata lagi berlandaskan buku atau memenuhi kehendak peperiksaan awam untuk lulus cemerlang semata-mata.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Azian Tengku Syed Abdullah berkata, perubahan itu hanya mampu dicapai melalui pelaksanaan berkesan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Melalui peringkat itu, katanya, PPPM bermatlamat mahu melahirkan bukan sahaja murid-murid yang cemerlang tetapi yang mempunyai daya fikir yang tinggi.

"Untuk mencapai hasrat ini, kemahiran berfikir aras tinggi atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) di kalangan murid dan guru akan dimantapkan lagi dengan memberi pendedahan yang komprehensif untuk golongan sasaran tersebut.

''Hal ini agar HOTS dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan efektif, '' katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, sistem pendidikan negara perlu ditambah baik berdasarkan tanda aras sistem pendidikan negara lain mengikut standard antarabangsa antaranya termasuklah bidang matematik, sains dan bahasa Inggeris, serta kemahiran berfikir aras tinggi yang melibatkan aplikasi, penaakulan, dan penyelesaian masalah.

Jelas beliau, elemen itu bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat.

PPPM juga, ujarnya, mengkehendaki murid memiliki kemahiran berfikir dan mempunyai skil kepimpinan di samping mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, serta mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan.

Selain itu, menurutnya, PPPM menggariskan hala tuju dasar jangka panjang bagi menampung perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan antarabangsa sekali gus menuntut murid di Malaysia bersaing dengan murid terbaik di peringkat antarabangsa.

"Oleh itu, demi melahirkan bakat yang kompetitif di peringkat global, kita tiada pilihan lain selain bersedia menyahut cabaran tersebut dan pada masa sama menyediakan sistem pendidikan yang mampu berdaya saing.

"Usaha ini boleh dicapai melalui inisiatif mengikut bidang keutamaan ke arah memastikan pulangan atas pelaburan yang optimum dalam bentuk keberhasilan murid,'' kata beliau.

Pada masa yang sama, kata Azian, penyediaan PPPM bukan rancangan yang dirangka dengan mudah dan disiapkan dalam tempoh yang singkat, sebaliknya disiapkan selepas mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan dan kajian.

Beliau menambah, PPPM melibatkan cadangan panel pakar pendidikan negara dan antarabangsa terutama UNECSO, perbincangan berterusan di peringkat kementerian, guru, pemimpin sekolah dan ibu bapa.

"Laporan ini menegaskan semula matlamat Malaysia terhadap sistem pendidikan berfokuskan pendidikan murid secara holistik, dan menyediakan negara untuk masa depan.

''Perubahan yang dibuat dalam sistem pendidikan negara melalui PPPM ini berdasarkan kehendak dan perubahan ekonomi dunia yang dengan itu memerlukan murid kita mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif,'' katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, bagi memenuhi permintaan globalisasi yang sentiasa meningkat terutama aspek pendidikan, Malaysia juga perlu menganjak perubahan, sama seperti tindakan yang diambil oleh negara-negara lain yang maju bersaing di peringkat antarabangsa.

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130909/pe_01/PPPM-melahirkan-murid-kritis


Sabtu, 7 September 2013

Doa-doa Dalam Menghadapi Peperiksaan



Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar. Tiada suatu kuasa pun selain dia yang dapat mendatangkan kebaikan atau manfaat kepada manusia. Oleh itu, Islam mewajibkan umatnya menjuruskan permohonan, permintaan dan doa hanya kepada Allah S.W.T. Memohon sesuatu selain daripada Allah adalah perbuatan yang boleh merosakkan akidah. Tiada satu doa pun yang merupakan tunggak segala ibadah yang tidak didengar oleh Allah S.W.T.



Dan apabila hamba-hamba-ku bertanya kepadamu mengenai aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya aku (Allah) Sentiasa hampir kepada mereka; Aku perkenankan permohon orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah–Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.” (Surah Al-Baqarah: 186)


Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa. Sesuatu permohonan atau doa itu hanya akan dimakbulkan apabila seseorang itu mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan Allah S.W.T serta yakin diperkenankan semasa berdoa. Sebarang perlanggaran perintah Allah S.W.T akan mengakibatkan sesuatu doa itu menjadi sia-sia dan ditolak.

Doa- Doa Yang Berkaitan Dengan Menghadapi Peperiksaan



























Sumber:
http://www3.pmo.gov.my/
http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/doa-adalah-intipati-kepada-segala-ibadah
http://www.masjidnegara.gov.my



Jumaat, 6 September 2013

Impak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

6 September 2013
KUALA LUMPUR - Murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi serta berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain merupakan antara impak daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut pelan itu yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, impak yang didapati daripada murid ialah golongan ini akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar dan boleh berjaya selain mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman mereka.

"Murid juga akan mempunyai pembelajaran yang kaya dari segi akademik dan bukan akademik kerana lebih banyak projek dan tugasan berkumpulan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid serta keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan," menurut pelan berkenaan.

Menurut pelan itu dari sudut kesannya kepada guru, golongan ini akan menikmati laluan kerjaya yang lebih baik serta proses penilaian yang telus dan adil serta berkait dengan keupayaan dan prestasi yang relevan.

"Guru akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk berjaya dan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai, ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik serta didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional," jelas laporan itu.

Impak kepada pemimpin sekolah pula ialah golongan ini akan mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa serta amalan terbaik daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia.

"Mereka akan mendapat sokongan dan sumber yang mereka perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan selain menikmati persekitaran bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi serta diberi kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah yang lebih tinggi," jelas pelan itu.

Pegawai kementerian turut mendapat impak apabila mendapat manfaat daripada meritokrasi yang lebih besar dengan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi dan tidak akan terbatas dengan kawalan.

"Mereka akan menerima sokongan, latihan dan sumber yang bersasaran yang diperlukan bagi memenuhi peranan baharu mereka serta mempunyai keluwesan pengoperasian dan kebertanggungjawaban yang lebih besar selain bekerja dalam persekitaran yang telus dan saling bekerjasama," katanya.

Ibu bapa pula akan berperanan seperti rakan kongsi sebenar dengan sekolah dalam membantu pembelajaran anak mereka kerana mereka mempunyai akses penuh terhadap prestasi anak mereka dalam peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah.

"Ibu bapa akan mempunyai lebih peluang untuk memberikan input kepada strategi penambahbaikan sekolah anak mereka kerana mereka mempunyai hak untuk tahu sepenuhnya tentang misi sekolah, prestasi terkini serta program penambahbaikan tahunan," menurut pelan itu. - Bernama

Ahad, 1 September 2013

Vocabulary and Language Development: The Important Preschool Years


Young children learn to communicate through listening and speaking. In order to make the transition to communicating through reading and writing, they need a large meaning vocabulary and effective decoding skills.

Scarborough (2001) reviews very convincing evidence that children who enter kindergarten with weak language skills are likely to encounter difficulty in learning to read. Hart and Risley (1995) conducted a careful, intensive study of early language development and found huge differences that reflected parents’ socioeconomic status. Extraordinary variation was found in the amount of talk that took place between parents and children from family to family. At the extremes, the children from high socioeconomic status had 16 times more language stimulation than children from lower status families. These differences in language experiences directly influenced children’s language growth. Children from parents of professionals had a cumulative vocabulary of about 1,100 words, those from working class families had about 650 words, and those from welfare families had just over 400 words. These differences systematically widened between the onset of speech and three years of age when the vocabulary measures were taken.

More recently Farcus (2001) presented similar research data. He found that once children who were falling behind in language growth entered kindergarten, with its greater language stimulation, the language gap no longer widened. Nevertheless, although the gap didn’t widen, neither did it narrow.

Research reviews such as that by Barnett (2001) suggest that it is possiblefor children who are behind in early language development to overcome these limitations. However, reviews such as that by Beck et al. (2002) and Juel et al. (2003) clearly show that not enough is being done in our school programs to help children who enter school with weak language and vocabulary development to catch up. Juel et al. concluded that although these children were exposed to much oral language stimulation in school, it was too incidental and insufficiently direct and intense to have a major impact.

How we can improve our students’ vocabulary skills? visit here

References:

Barnett, W. S. (2001). Preschool education for economically disadvantaged children: Effects on reading achievement and related outcomes. In S. Neuman and D. Dickenson (Eds.), Handbook of early literacy research, 421–443. New York: Guilford Press.

Beck, I. L., McKeown, M. G., and Kucan, L. (2002). Bringing words to life: Robust vocabulary instruction. New York: Guilford.

Farcus, G. (2001). Family linguistic, cultural and social reproduction. ERIC ED 453 910.

Hart, B., and Risley, T.R. (1995). Meaningful differences in the everyday experience of young American
children. Baltimore, MD: Paul Brooks Publishing.

Juel, C. Biancarosa, G., Coker, D., and Deffes, R. (2003). Walking with Rosie: A cautionary tale of early reading instruction. Educational Leadership, April, 13–18.

Scarborough, H. (2001). Connecting early language to later reading (dis)abilities. In S. Neuman and D.Dickenson (Eds.), Handbook of early literacy research, 97–110. New York: Guilford Press.


Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut