Direktif (Directive)
- Berpusatkan guru.
- Membantu pelajar memperoleh maklumat, menguasai pengetahuan dan kemahiran.
- Melatih mengikut prosedur tertentu.
- Pembelajaran masteri dan secara langsung.
Pemerhatian (Observational)
- Guru sebagai mentor dan fasilitator.
- Pembelajaran melalui memerhati orang lain melakukan tugas atau penerangan tentang sesuatu kemahiran.
- Pemerhatian rapi diikuti dengan peniruan.
- Kaedah/teknik eksperimen, simulasi, iaitu main peranan, model, lakonan.
- Pelajar belajar melalui pemerhatian atau penelitian.
Mediatif (Meditative)
- Pelajar membina idea dan konsep mengikut kefahaman sendiri berlandaskan pengetahuan lepas.
- Pelajar diberi bimbingan untuk mempelajari bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
- Kombinasi proses memberi sebab, bimbingan dan perbincangan terbuka.
- Guru sebagai fasilitator atau pengantara.
Generatif (Generative)
- Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif melalui aktiviti sumbang saran, pemetaan minda dan pemikiran literal.
- Pelajar mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila situasi memerlukan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan dan penyelesaian secara unik.
- Pendekatan konstruktivisme.
- Guru sebagai fasilitator.
Koperatif dan Kolaboratif (Cooperative and Collaborative)
- Pelajar menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial, nilai murni dan sikap saintifik. Membolehkan pelajar berinteraksi dan bekerjasama.
- Satu proses menghasilkaan sesuatu tugasan besar secara kolektif dengan pihak yang berlainan. melakukan tugasan-tugasan kecil yang berlainan tetapi mempunyai hasrat dan matlamat yang sama.
- Termasuk Pembelajaran Koperatif, permainan berpasukan, menyelesaikan masalah secara berpasangan dan projek.
Konteks Luar (Outside context)
- Melibatkan interaksi pelbagai pihak. Memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan interaksi.
- Seminar, bengkel,kajian luar, lawatan sambil belajar dan projek.
- Program pembelajaran kendalian kendiri.
- Pembelajaran berasaskan aktiviti. Sesi hands on secara intensif dan berfokus
Metakognitif (Metacognitive)
- Kesedaran apa yang diketahui dan yang tidak diketahui. Cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir. Oleh itu dapat merancang, menilai apa yang dipelajari.
- Murid belajar melalui berfikir tentang proses pembelajaran, bagaimana ia dilakukan dan bagaimana boleh dibaiki.
- Teknik metakognitif penyoalan, refleksi dan penulisan reflektif.
Kontekstual (Contextual)
- Melibatkan interaksi antara pelbagai pihak dengan unsur pengajaran.
- Murid disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan maklumat.
- Kaedah pembelajaran mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
- Kaedah pembelajaran secara konkrit melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Kajian Masa Depan (Future studies)
- Meningkatkan keupayaan murid menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.
- Menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, bertanggungjawab dan berintegriti.
- Membawa anjakan paradigma dengan membudayakan kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti