Isnin, 27 Mei 2013

Bahan yang merosakkan minda dan otak



Rata-rata rakyat Malaysia bagi golongan menengah dan rendah mempunyai amalan pemakanan yang masih banyak perlu diperbaiki. Kajian terkini membuktikan makanan ringan bukan saja merosakkan gigi, menghambat pertumbuhan semakin menambah berat badan, tetapi yang sangat menakutkan ia boleh merosakkan OTAK. Berikut adalah antara makanan yang boleh merosakkan minda dan otak.


1. Makanan Bergaram


Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam bukan sahaja menjadi pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga boleh merosakkan arteri. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan hilang memori dan otak terencat. Keperluan garam bagi tubuh ialah 7 gram untuk orang dewasa dan kurang daripada 4 gram sehari bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar kurangkan memberi anak makanan yang banyak garam seperti jeruk dan makanan ringan.


2. Makanan Yang Mengandungi MSG


Kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang selalu makan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate pada peringkat akhir kehamilan boleh menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang dikandunginya. Kekurangan zink boleh menyebabkan gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas. Tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Oleh yang demikian, World Health Organization menggalakkan agar wanita hamil dan kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi MSG.


3. Plumbum


Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum boleh mengganggu fungsi otak manusia. Kanak -kanak yang terlibat dengan masalah ini boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya, plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperoleh daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum, buah-buahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum dan pensel warna serta warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut).

Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.

Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama bagi yang gemar memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak juga berupaya menyerap 50 peratus plumbum lebih tinggi berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Kajian perubatan menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak.


4. Rokok



Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh sel-sel otak. Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Para saintis di United Kingdom melakukan kajian terhadap lebih dari 8.800 orang tentang kemampuan memori dan mental dari para perokok dan orang yang tidak merokok. Daripada kajian tersebut didapati para perokok mempunyai kemampuan otak yang rendah berbanding dengan bukan perokok.



Sumber:
pama.karangkraf.com
health.detik.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut