10% dari apa yang kita BACA
20% dari apa yang kita DENGAR
30% dari apa yang kita LIHAT
50% dari apa yang kita DENGAR dan LIHAT
70% dari apabila kita CAKAP
90% dari apabila kita AMALKAN
Setiap aktiviti tersebut amat penting untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Antara aspek penting perlu diberi tumpuan selain dari pemakanan ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, perbincangan berkumpulan atau catatan fakta.
Berikut adalah beberapa cara memaksimakan penggunaan masa dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
- Record / rakam nota (Isi-isi penting, fakta atau formula matematik) dengan menggunakan mp3, mp4 atau smartphone. Rakaman-rakaman tersebut bolehlah anda dengar pada waktu yang anda fikirkan sesuai seperti sebelum tidur atau dalam bas.
- Tulis nota pada keratan-keratan kertas, atau pada buku nota ( Saiznya biarlah kecil agar ia mudah dibawa, atau di simpan didalam paket/kocet seluar atau baju.
- Tulis nota (dalam bentuk peta minta) atau formula pada kertas mahjong dan lekatkan di bilik anda, seperti di dinding atau tingkap. Dengan melekatkan nota-nota tersebut, anda dapat melihat dan membacanya semasa bersantai didalam bilik. Walaupun anda tidak membacanya, nota yang anda selalu lihat itu akan terakam didalam minda anda dan ini akan memudahkan anda untuk mengingat/recall isi-isi nota tersebut.
Bagaimana cara curi masa untuk belajar?
- Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
- Masa terbangun di tengah malam
- Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
- Masa ke tandas
- Masa bercermin (Lekatkan Nota penting di cermin)
- Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
- Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula, atau mendengar nota rakaman anda)
- Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan atau mendengar nota rakaman anda)
- Masa di dalam bas atau kereta (Hafal sifir atau mendengar nota rakaman anda)
- Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula atau mendengar nota rakaman anda)
- Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji , membaca nota, atau mendengar nota rakaman anda)
- Masa menunggu cikgu yang terlewat
- Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
- Masa berjalan pulang
- Masa rehat selepas makan
- Masa menonton tv (waktu iklan)
Semoga dengan cadangan ini akan melengkapkan anda dengan ciri seorang pelajar yang cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti