Thursday, 24 March 2011

Surat Kiriman Rasmi


Karangan Jenis Surat Rasmi


Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a. memohon pekerjaan

b. membuat aduan / bantahan / cadangan

c. membuat rayuan

d. membuat jemputan rasmi

e. menempah barangan

f. meminta kebenaran

g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )

2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

3. Gunakanlah bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca.

4. Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan karangan jenis ini.

5. Perhatikan format di bawah.



Contoh Surat Rasmi:


Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
_________________________________________

Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
24 APRIL 1998.

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Widyawati

…………………

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )

Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.


Contoh Ke-2


Sekolah Kebangsaan Merapoh,
28000 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang.
_____________________________________________

Ibu bapa dan Penjaga Murid,
Sekolah Kebangsaan Merapoh,
28000 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang.
1 OKTOBER 2010

Tuan,


Kempen Kebersihan dan Keceriaan Sekolah


Merujuki perkara di atas, pihak sekolah ini akan menganjurkan Kempen kebersihan dan Keceriaan Sekolah sepanjang bulan ini.

2. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menyemai kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu, pihak sekolah berharap agar kempen ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa atau penjaga melalui pelbagai kegiatan sepanjang kempen ini dijalankan.

3. Antara kegiatan yang akan dijalankan bersempena dengan kempen ini termasuklah aktiviti gotong-royong, pertandingan mewarna, pertandingan kelas terbersih, ceramah kesihatan, pertandingan mengarang dan program kitar semula.

4. Kegiatan gotong-royong dan kitar semula akan turut disertai oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Kegiatan ini diharapkan dapat memastikan kawasan sekolah tidak dicemari oleh sampah dan kawasan pembiakan nyamukdapat dihapuskan.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

............................................
(ABDUL MALEK BIN IBRAHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Merapoh,
27210 Merapoh,
Kuala Lipis, Pahang.

Wednesday, 23 March 2011

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.

Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1. Surat ucap tahniah

2. Surat ucap takziah

3. bertanya khabar berita

4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat

5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru

6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga

7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain

8. dan sebagainya

Tahukah kamu ? (http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/ksuratbiasa.htm)

Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A : 8 Februari 1998.

Cara B : 8 hb. Februari, 1998.

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.

Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :

nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.

Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi:



Contoh :

No. 8, Taman Setia Budi,
67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.
5 April 2009.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Mia yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudara,

Surat saudara telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari.

Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan.Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur.Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR.

Kami banyak mendapat pendedahan tenteang cara-cara belajar yang betul.Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.

Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga.

Sahabatmu,

Ifah
(Norafifah bt. Khairul Salleh)

.............................................................................................................................


Saturday, 19 March 2011

Penyamun Yang Insaf

Kisah ini menceritakan tentang tiga orang penyamun dari bangsa Kurdis yang sentiasa merompak dan mencuri harta benda orang awam tanpa memilih mangsa. Pada suatu hari mereka sedang merancang untuk menyamun satu kabilah pedagang yang akan melalui kawasan itu. Mereka pergi ke satu kawasan untuk menunggu kabilah yang akan melalui kawasan tersebut. Apabila tiba di suatu kawasan, mereka berehat di bawah pokok kurma. Di situ hanya tiga pokok kurma yang hidup dengan subur. Semasa mereka sedang berehat di bawah pokok kurma sementara menunggu masa yang sesuai untuk melakukan rompakan, salah seorang dari mereka yang mengetuai kumpulan itu sedang memerhati pokok-pokok kurma tersebut dan mendapati dua daripadanya berbuah dengan lebat dan sedang masak ranum. Semasa memerhati pokok-pokok tersebut dia terpandang kepada seekor burung sedang mengambil buah-buah kurma yang masak daripada salah satu pokok dan membawanya dan mengugurkan buah-buah itu ke atas pokok kurma yang tidak berbuah.

Pada mulanya dia tidak memperdulikan apa yang berlaku, tetapi setelah lama memerhati, burung itu asik berulang alik dari pokok yang berbuah dan memjatuhkan buah yang dibawanya keatas pokok yang tidak mempunyai buah. Ia merasa curiga dan berfikir kenapa burung itu asyik membawa buah kurma kepada pokok yang tidak berbuah itu. Ia bangkit dari tempat istirahat dan berjalan menuju kepada pokok itu untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Ia mengambil keputusan untuk memanjat pokok kurma itu. Setelah sampai ke puncak kurma tersebut alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada seekor ular besar yang sedang berlekar di salah satu pelepah kurma itu nasib baik ia tidak terjatuh disebabkan terkejut kepada ular itu.

Dengan perlahan lahan ia bergerak untuk mencari posisi yang sesuai supaya ular tersebut tidak melihatnya. Ia mendapati ular itu akan membuka mulutnya dengan luas apabila mendengar atau mengesan sesuatu yang menghampirinya. Setelah mengamati ia mendapati bahawa ular itu sebenarnya buta tidak dapat melihat. sebab itu ia membuka mulut apabila mengesan sesuatu. Ketua penyamun tersebut berada di atas pokok kurma itu agak lama juga sehingga dia sempat mengira burung itu terbang ulang alik berbelas kali dan menjatuhkan buah kurma ke mulut ular itu. Ia mula berfikir alangkah mulianya seekor burung sanggup menolong seekor ular walaupun burung itu mengetahui bahawa ular itu sentiasa mengganas kepada burung-burung. Dengan tidak disedari air matanya telah menitis melihat peristiwa itu.

Ketua penyamun mulai sedar di atas sikapnya yang suka menyamun dan merompak harta orang lain yang tidak berdosa. Dia berfikir serta berkata didalam hantinya "Kenapakah aku tidak berbuat baik kepada orang yang susah seperti yang dilakukan oleh burung itu". Ketua penyamun itu mulai menyesali di atas perbuatan nya, lalu berkata "Ya Allah, Ya Tuhanku, Aku kini telah bertaubat kepada mu dan aku tidak akan mengulangi lagi perbuatan ku, aku berjanji akan ku kembali kepada Mu".

Ketua penyamun itu mematah-matahkan pedangnya dan menaburkan tanah ke atas kepalanya sambit menjerit dengan kuat "Ya Allah hapuskan lah dosaku dan padamkanlah kesalahanku" Pada saat itu juga kedengaran suara menyatakan "Hai hamba yang memohon kehapusan dosa, aku telah hapuskan dosamu". Mendengar jawapan suara tersebut ketua penyamun itu merasa lega dan gembira sekali dan berlari-lari kepada kawannya.

Apabila kawan-kawannya melihat ketuanya yang membawa serpihan pedang ditangannya, bertanya salah seorang kawannya "Apakah yang telah terjadi dan kenapakah aku lihat kamu mengangis, selama ini aku tidak pernah melihat kamu menangis malah sentiasa gembira" Ketua penyamun itu menceritakan kepada kawan-kawannya akan peristiwa yang dilihatnya. dan berkata kepada kawan-kawannya "Bertaubatlah kamu dan kembalilah kepada Allah" Kawan-kawannya pun merasa insaf di atas perbuatan.mereka, lalu mematah-matahkan pedang mereka

Mulai dari saat itu mereka bersepakat untuk menuju ke kota Mekkah untuk mempelajari ilmu agama dan mereka bertekad untuk tinggal di sana sehingga akhir hayat mereka. Di dalam perjalanan mereka berhenti rehat seketika di bawah pohon yang rendang untuk menghilangkan penat. Tidak lama kemudian datang seorang wanita tua yang buta lalu berkata "Adakah diantara kamu bernama Fulan bin Fulan dari bangsa kurdis" kata ketua mereka "Ada dan sayalah orangnya". Wanita itu berkata "Anakku baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lalu dan meninggalkan pakaian ini" wanita itu menghulurkan pakaian itu kepadanya sambil berkata "Aku bermimpi bahawa Rasulullah s.a.w telah datang kepada ku dan menyuruhku memberikan pakaian ini kepada mu". Ketua kumpulan tadi mengambil pakaian itu dengan perasaan gembira sekali dan mereka beredar dari situ untuk menuju ke Kota Mekkah dan menetap disana untuk mengerjakan amal ibadah sehinngalah mereka menemui ajal mereka di sana.

Sang Kancil Dengan Buaya


Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.



Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".






Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".



Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

PUTERI SAADONG BERAKHIR DI BUKIT MARAK




Pemerintahan Puteri Saadong dikatakan berakhir pada kira-kira menjelang kurun ke-18, di akhir-akhir pemerintahan baginda tidak langsung disebut baik mana-mana juga buku sejarah, bahkan cerita-cerita lisan dari penduduk-penduduk negeri Kelantan pun tidak didapati, puas juga saya menjelajah keseluruh negeri Kelantan, ke Kampung-kampung yang jauh di pendalaman dan pernah juga saya menajalankan kajian di bukit Marak yang dikatakan tempat akhir sekali Puteri Saadong bersemayam tidak saya temui bahan-bahan yang boleh menolong mengesan lingkaran sejarahnya yang berikut.

Dengan berakhirnya pemerintahan Raja Abdul Rahim yang menggantikan pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai dan juga pemerintahan Puteri Saadong di Bukit Marak maka muncul semula pemerintahan di Jembal, iaitu pemerintahan Sultan umar (Raja Umar), baginda ini ialah adik kepada Raja Loyor, dan pangkat bapa saudara pula kepada Puteri Saadong.

Pemerintahan baginda ini dikatakan bermula pada tahun 1675, baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri, putera sulung baginda bernama Raja kecil Solong yang dirajakan di Kota Teras (di Kampung Teras dekat Kampung Mentuan), seorang lagi putera baginda bernama Raja Ngah atau dipanggil juga Raja Hudang memerintah di Tebing Tinggi Pusaran Buah (Kampung Tanjung Chat), seorang puteri Sultan Umar bernama Raja Pah telah berkahwin pula dengan Tuan Besar Long Bahar seorang putera raja yang datang dari Patani (dalam negeri Thai).

Mengenai Tuan Besar Long Bahar pula menurut Ringkasan Cetera Kelantan yang ditulis oleh Datuk Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud bin Ismail adalah putera Wan Daim ataudisebut juga Datuk Pangkalan Tua, raja dari negeri Petani yang zuriatnya berasal dari keturunan anak-anak Raja Bugis bernama Paqih Ali.

Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan, Tuan Senik Genting dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Baru sekarang).

Dalam tahun 1721 Sultan Umar telah mangkat dan baginda inilah juga yang disebut atau digelar raja Udang yang mana makamnya terdapat masa ini didalam kawasan sawah padi kira&127;&127;&127;&127;-kira dua rantai jauhnya dari sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat, begitu juga dengan Raja Bahar kekanda baginda yang memerintah Jembal yang mangkat pada tahun 1675 yang digelar raja ekor yang makamnya terdapat sekarang ini dikampung Tok kambing, Mukim Sering dekat Kota Bharu.

Dengan kemangkatan Sultan umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani.

Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini.

Dalam tahun 1977 dan seterusnya hingga tahun-tahun yang kemudian saya telah menjalankan kajian dibeberapa tempat disekitar Kedai Lalat yang letaknya kira-kira 7 batu dari bandar Kota Bharu, di kampung tersebut terletaknyamakam-makam Raja Loyor , iaitu ayahnda Puteri Saadong, menurut cerita dari penduduk-penduduk kampung sekitar yang saya dapati bahawa pada suatu ketika dulu terdapat beberapa orang siam yang datang untuk mengorek makam tersebut, kononya orang siam tersebut bermimpi bahawa didalam makam tersebut terdapat sebilah keris yang dianggap keramat atau mempunyai kuasa ghaib, begitu juga saya diberitahu pernah disuatu ketika ada orang-orang mencuri serpihan batu nisannya yang dibuat dari batu marmar, beberapa hari kemudian serpihan itu dipulangkan semula, menurut orang yang mengambil serpihan tersebut bahawa ia sering diganggu mimpi yang menakutkan.

Makam Raja Udang atau Sultan Umar mempunyai beberapa kepercayaan pula, makam ini terletak tidak jauh dari Masjid Kedai Lalat, waktu saya melawat ke makam tersebut saya dapati ada sebuah batu besar yang disebut batu hampar terletak berdekatan dengan makam tersebut, orang kampung disekitar ada yang percaya batu tersebut mempunyai kuasa-kuasa ghaib, batu tersebut sepanjang tiga kaki dan lebarnya lebih kurang dua kaki, tebalnya kira-kira enam inci (6 inci), tidak sesiapa yang berani mengambil batu tersebut walaupun pada hemah saya batu tersebut sangat baik dibuat tempat membasuh kain baju, saya percaya batu tersebut digunakan untuk membuat binaan makam, boleh jadi kerana besarnya tidak mencukupi maka lalu ditinggal begitu saja.

Saya juga telah melawat sebuah makam lagi di Kampung Tok Kambing iaitu kira-kira sebatu jauhnya dari Kedai Lalat, makam tersebut ialah dikenali sebagai makam Raja Ekor atau Raja Bahar, makam ini terdapat binaan yang dibuat dari batu pejal, sungguh menarik kerana terdapat ukiran yang terpahat, ukiran tersebut menggambarkan seekor burung (boleh jadi Burung Bangau) sangat menghairankan saya kerana biasanya perkuburan islam tidak menggambarkan benda-benda hidup saperti haiwan-haiwan.

Pahat yang berbentuk burung biasanya mempunyai pengaruh-pengaruh dari utara terutama dari Negeri China (meliputi negeri-negeri di Indo-China), adakah Raja Ekor ini seorang raja yang berasal dari Indo-China ataupun boleh jadi batu makam tersebut sengaja ditempa di Chempa (Republik Khamer) yang waktu di zaman dulu adalah pernah menjadi sebuah kerajaan yang umat islam dan pengaruh islam. Inilah satu perkara yng ahli-ahli penyelidik harus menjalankan pula satu kajian yang lebih mendalam, seelok-eloknya meninjau pula kenegri-negeri di Indo-China untuk melihat makam-makam Islam di zaman dulu yang banyak terdapat di negara tersebut, dapatlah dibuat perbandingan dengan makam-makam raja-raja Jembal yang terdapat di Kelantan terutama makam Raja Ekor yang masih menjadi mesteri.

PUTERI SAADONG BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU.



Catitan Ibnu Batutah tentang negeri yang disebut Kilu-Kerai itu kurang jelas, baik tentang letak negeri tersebut dan juga gaya pemerintahan Raja Perempuan yang disebut Urd-uja itu, ialah satu perkara yang sangat rumit dapat dikesan oleh pakar-pakar sejarah.

Dengan keterangan yang sebegitu sedikit maka kita tidaklah boleh memberi kata putus bahawa Kilu-Kerai itulah yang sebenarnya Kuala Kerai yang terdapat di Negeri Kelantan sekarang ini, walau bagaimanapun perkara ini boleh diselesaikan jika sekiranya ada pakar-pakar sejarah yang betul-betul menjalankan penyelidikan khas mengenai perkara tersebut.

Dari beberapa keterangan yang diperolehi yakni berdasarkan dari hikayat-hikayat lama dan juga lain-lain catitan sejarah, adalah Negeri Kelantan telah wujud pemerintahan beraja yang berteraskan agama Islam pada kira-kira awal kurun ke 15, dikatakan raja yang mula-mula memerintah Kelantan yang dapat dikesan ialah Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar, pemerintahan baginda adalah sekitar tahun masehi 1411, tidak diketahui dimana letaknya pusat pemerintahan baginda, sesetengah ahli sejarah tempatan percaya pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam.



Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, pemerintahan baginda berakhir pada tahun 1465 masehi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), kononnya baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa kenegeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut adakah baginda mangkat di Siam atau juga dihantar pulang ke Kelantan.

Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka.

Sultan mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masehi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain.

Sultan Husain yang memerintah kelantan itu dikatakan mangkat pada tahun 1610, dengan itu lalu dilantik Cik wan Kembang menjadi pemerintah Kelantan. Raja perempuan Kelantan ini dikatakan berpindah dari Pulau Sabar ke sebuah tempat yang sangat jauh di pendalaman iaitu Gunung Cinta Wangsa (terletak kira-kira 27 batu ke tenggara Kuala Kerai).

GANJIL

Mengapa baginda berpindah begitu jauh dari tebing sungai Kelantan adalah satu perkara yang sungguh ganjil, biasanya pemerintahan raja-raja di zaman dahulu adalah memilih tempat-tempat yang berhampiran dengan sungai, kerana sungailah yang menjadi jalan dan perhubungan yang penting ketika itu.

Harus jugalah pada fikiran raja perempuan itu bahawa tempat tersebut lebih selamat dan tenteram dari apa juga gangguan luar, terutama sekali gangguan dari pemerintahan Siam yang dianggap kuasa yang teragung ketika itu.

Dalam jangka yang sama di zaman pemerintahan Cik Wan Kembang, atau pada pedagang-pedagang bangsa Arab disebut Cik Siti (Cik Siti wan Kembang), maka di Negeri Kelantan telah wujud sebuah lagi pemerintahan beraja yang berpusat di Jembal (Kedai lalat sekarang iaitu kira-kira 6 batu dari bandar Kota Bharu). raja yang memerintah disitu bernama Raja Loyor putera Raja Sakti yang berasal dari Kedah.

Ada sesetengah ahli sejarah tempatan berpendapat yang Raja Loyor berkahwin dengan Namng Cayang yang dikatakan seoarang raja perempuan Pattani yang melarikan diri ke Kelantan, dari perkahwinan itu mereka beroleh seorang puteri yang diberi&127; nama Puteri Saadong, Puteri Saadong inilah yang kemudiannya diambil oleh Cik Siti Wan Kembang menjadi anak angkatnya, kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Puteri Saadong pula berkahwin denban sepupunya yang bernama Raja Abdullah, kemudian Raja Abdullah telah dilantik menjadi raja di tempat yang bernama Cetak (dalam Jajahan Pasir Mas). Tidak lama di situ Raja Abdullah berpindah pula bersemayam di Kota Mahligai (dalam Daerah Melor sekarang).

Setelah Raja Abdullah dan Puteri Saadong berkerajaan di Kota Mahligai, maka Cik Siti Wan Kembang pun balik semula bersemayam di Gunung Ayam, setelah itu tidak lagi didapati cerita tentang Cik Siti Wan Kembang adakah baginda berpindah ke tempat lain atau mangkat di tempat tersebut.

Memanglah satu perkara yang sukar untuk mengesantentang kedudukan tempat semayam Cik Siti Wan Kembang yang sebenarnya, kerana di negeri Kelantan terdapatdua buah gunung yang bernama Gunung Ayam, sebuah terletak kira-kira 17 batu ke barat Gua Musang, gunung tersebut setinggi 2,945 kaki, terletak pula terlalu jauh dirimba yang sangat sukar dijalankan penyelidikan, sebuah lagi Gunung Ayam terletak dekat dengan sempadan negeri Terengganu iaitu kira-kira 15 batu ke timur laut Kuala Kerai, gunung tersebut setinggi 2,674 kaki, terletaknya pula jauh jauh ke dalam rimba. Gunung Ayam yang mana satu menjadi tempat dan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.

Waktu saya melawat makam Tuan Tabal atau nama batang tubuhnya Tuan haji Abdul samad bin Muhammad, seorang tokoh pengembang agama Islam yang terkenal di negeri Kelantan, yang meninggal dunia pada tahun 1891 dan dan dimakamkan di perkuburan Banggul, jalan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi), saya juga telah diberitahu oleh Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Dir yang memandu saya ke makam tersebut bahawa tidak berapa jauh dari makam Tuan Tabal itu terdapat sebuah makam lama yang sangat cantik dibina dari batu pejal serta berukir pula, makam tersebut orang-orang Banggul menyebut Makam Cik Siti, saya juga telah makam tersebut, kesimpulannya dari kajian saya tidak syak lagi makam tersebut adalah sebuah makam lama dari seorang perempuan yang dari keturunan raja-raja atau orang-orang besar juga, dan seni ukir pada binaan makamnya menggambarkan seni ukir yang hampir persamaannya dengan makam-makam di jembal dan juga makam-makam di permakaman DiRaja Langgar, adakah ini yang sebenarnya makam Cik Siti Wan Kembang adalah satu perkara yang sangat menarik dan perlu dibuat kajian yang lebih teliti.

NISAN

Berdasarkan tanah perkuburan Banggul saya yakin adalah satu tanah perkuburan yang sangat lama, mungkin tanah perkuburan tersebut telah digunakan beratus-ratus tahun lampau, di perkuburan Banggul itu juga akan memperlihatkan kepada kita berbagai-bagai jenis bentuk batu nisan yang ganjil-ganjil serta ada pula yang berukir dan bertulis ayat-ayat Quiran yang sangat cantik dan menarik.

Dengan berakhirnya pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang tidak dapat dikesan di akhir pemerintahannya, maka muncullah pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai.

Pemerintahan Raja Abdullah berakhir pada tahun 1671 iaitu apabila baginda mangkat dibunuh oleh isterinya Puteri Saadong, lalu Puteri Saadong melantik pula Raja Rahim anak Raja Abdullah merajai Kota Mahligai. Tidak lama setelah Raja Rahim memerintah baginda kemudian dibunuh pula oleh rakyatnya di tepi tasik Lelayang Mandi. Dengan kemangkatan Raja Rahim maka berakhirlah pemerintahan beraja di Kota Mahligai.

Konon menurut cerita Puteri Saadong telah lama ditawan dan di bawa ke Siam (Thailand) iaitu ketika tentera-tentera Siam datang melanggar Kelantan waktu mereka mula-mula berkahwin dan bersemayam di Kota Mahligai, selepas beberapa tahun Puteri Saadong di Siam, baginda di hantar balik ke Kelantan. Alangkah terkejutnya Puteri Saadong bila mendapati yang suaminya Raja Abdullah telah berkahwin lain, maka dari punca itulh berlakunya pertengkaran dan berakhir kemangkatan Raja Abdullah dengan tikaman pacak sanggul isterinya.



Sumber:
Oleh : N A Halim (Muzium Negara) Petikan : Mingguan Malaysia 28hb.Okt.1979

Seruling Sakti




Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.



Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.



Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Monday, 14 March 2011

Karangan Fakta, Perbincangan, Rencana & Penerangan

Dalam Penulisan UPSR, jenis karangan fakta, rencana, penerangan dan karangan perbincangan adalah karangan yang tidak digemari oleh pelajar. Ada juga dikalangan guru tidak menggalakkan pelajarnya menjawab jenis karangan ini. Tetapi tahukah anda bahawa karangan jenis inilah yang mudah bagi anda mendapat 'A' dalam UPSR sekiranya anda mempunyai fakta-fakta dan hujah yang pelbagai serta tepat. Kedua-dua karangan ini memerlukan pengetahuan yang luas tentang topik yang diutarakan. Isi dan fakta yang diberikan perlulah lengkap,tersusun, dan sesuai dengan tajuk. Hujah-hujah yang dikemukakan haruslah betul, tepat dan logik.

Tanpa banyak bacaan dan catatan nota pengetahuan tentang sesuatu topik tidak akan datang dengan sendirinya. Disini saya lampirkan isi-isi penting dalam sesuatu topik. Diharap para pelajar membaca bagi memperolehi pengetahuan pada diri anda.










Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita berjaya di dalam pelajaran ?

setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang
berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan
setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi
bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor

i. tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan
ii. menyediakan jadual waktu peribadi yang teratur - patuh kepada jadual waktu tersebut
iii. rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dengan rakan-rakan
iv. sediakan buku-buku rujukan secukupnya
v. ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain
vi. banyakkan latihan tambahan
vii. tidak ponteng kelas / sekolah
viii. tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa
ix. banyak membaca bahan-bahan tambahan
x. sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu

mencerminkan diri sendiri - berazam - mencapai kejayaan
kesedaran perlu untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran


Masalah disiplin murid-murid sekolah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti
contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.

Isi-isi
Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid
i. memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu
ii. ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka
iii. pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.
iv. piak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid
v. pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.

Penutup
masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.
Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.



Ikan air tawar banyak khasiatnya. Tuliskan cara-cara untuk menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar.

i. Ikan air tawar sedap dan banyak khasiatnya
ii. ikan air tawar terdapat di sungai, tasik, sawah dan dipelihara di kolam
iii. contoh ikan air tawar - lampan Jawa, keli, sepat, haruan, tilapia, patin dan lain-lain

cara-cara menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar :
i. kempen memakan ikan air tawar dijalankan dari masa ke semasa
ii. cara-cara memasak ikan air tawar hendaklah diberitahu kepada orang ramai supaya mereka benar-benar dapat merasai kelazatannya
iii. harga ikan air tawar hendaklah dikawal supaya ianya tidaklah terlalu mahal agar orang ramai dapat membelinya
iv. galakkan orang ramai menternak ikan air tawar supaya ikan air tawar mudah diperolehi
v. gerai-gerai makan hendaklah menyediakan menu masakan ikan air tawar sebagai salah satu daripada lauk pilihan
vi. pihak kesihatan / perikanan hendaklah selalu memberi penerangan tentang khasiat memakan ikan air tawar kepada orang ramai.

Semua pihak harus mengambil bahagian bagi menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.



Pendidikan tadika yang ada pada masa ini amat memberi faedah kepada anak-anak kita apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Bincangkan.

1. PENDAHULUAN :
Pendahuluan : Apakah ia pendidikan tadika
- memberi manfaat kepada kanak-kanak
Isi- isi penting : a] berumur antara 4 hingga 6 tahun
b] mendedahkan kanak-kanak ke alam persekolahan
c] dapat bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka
- mengelakkan kanak-kanak daripada bosan duduk di rumah
d] kanak-kanak sudah biasa dengan alam persekolahan dan
tidak kekok
Penutup : Lebih banyak penubuhan kelas tadika lebih baik



Buah-buahan tempatan memang berkhasiat dan lazat untuk dimakan. Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai memakan buah-buahan tempatan.

Pendahuluan : Jenis buah-buahan tempatan ada dua jenis - jenis bermusim
- tidak bermusim - contoh buah bermusim - contoh buah tidak bermusim

isi
kempen memakan buah-buahan oleh kerajaan
adakan promosi jualan murah
peranan media massa - sebarkan tentang kelebihan memakan buah tempatan
kurangkan import buah-buahan dari luar

tegaskan peranan dan kelebihan buah-buahan tempatan - kepada kesihatan



Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke negara kita.

Pendahuluan : banyak tempat menarik di Malaysia - contoh tempat

isi
penerangan meluas mengenai tempat - pemandu pelancong yang cekap
kemudahan pengangkutan - contoh
peranan kerajaan di luar negara - membuat promosi mengenai Malaysia.
membina kemudahan seperti hotel dan sebagainya.
memulihara kawasan yang menjadi tumpuan dan mencari serta memperkenalkan kawasan berpotensi.

pelancongan membawa keuntungan kepada negara. Langkah-langkah yang perlu mesti diambil bagi menggalakkan lebih rami pelancong datang ke Malaysia.



Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Nyatakan cara-cara untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah.

Pendahuluan : Membaca secara berterusan - memperolehi ilmu pengetahuan.

isi
kempen membaca - peringkat sekolah , negeri dan kebangsaan - adakan pertandingan
bahan yang bermutu tinggi disediakan serta menarik.
galakan daripada ibu bapa - kemudahan tempat membaca dan bahan.

membaca jambatan ilmu.



Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Pentingnya Air Kepada Kita "

Pendahuluan : Sumber-sumber air - contoh

sumber terpenting - keperluan untuk hidup - minuman
untuk penjanaan kuasa elektrik
membersih pakaian - diri - elak penyakit
untuk pertanian - tiada air tanaman dan haiwan ternakan akan mati.

Jimat pengunaan air - jangan membazir



Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor. Namun begitu kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Nyatakan cadangan-cadangan anda , langkah-langkah untuk menggelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Pendahuluan : Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku. Dalam setiap kemalangan ada saja tercedera dan ada juga melibatkan kematian. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dengan berbagai cara.

a. Pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu - memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan.
b. Pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu - lampu , brek berfungsi dengan baik.
c. Kenakan hukuman berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaan merbahaya - melanggar undang-undang - denda dan penjara.
d. adakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan

Kemalangan berlaku akibat sikap cuai pengguna jalan raya.



Kerajaan menggalakkan rakyat negara kita memakan buah-buah tempatan. Apakah faedah yang akan kita perolehi apabila memakan buah-buahan tempatan.

Pendahuluan :
Buah-buahan tempatan ada dua jenis - bermusim - contoh - buah-buahan tidak bermusim - contoh

isi
a. rasanya amat lazat - tambahan pula - berkhasiat
b. lebih segar mutu lebih baik untuk kesihatan
c. tidak diletakkan bahan pengawet - baik untuk kesihatan

mesti digalakkan memakan buah-buahan tempatan



Pentingnya semangat kejiranan di kalangan kita. Tulis sebuah karangan mengapa pentingnya semangat kejiranan.

Pendahuluan : Jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
kita sama ada yang tinggal di sebelah - menyebelah di hadapan atau di belakang.

a. sekiranya ditimpa kesusahan - jiran akan menolong .
ini bukti jiran adalah penting kepada kita - mesti saling bantu membantu - berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
b. diamal tanpa mengira kaum, agama dan bangsa
-masyarakat akan hidup dengan aman.
perpaduan akan menjadi kukuh.
c. mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.
kunjung mengunjungi semasa perayaan - memupuk semangat muhibah di antara pelbagai kaum.

kita perlu memupuk semangat kejiranan antara kita - perselisihan kaum akan dapat dielakkan. negara akan menjadi lebih kuat dan disegani oleh musuh.



Kepentingan Perpustakaan dan faedah-faedahnya.

Pendahuluan :
Tempat letak perpustakaan / Jenis perpustakaan / Huraian perpustakaan
Perpustakaan adalah gedung ilmu. banyak bahan bacaan yang dikumpulkan dan disimpan. Diantaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita , buku panduan. Ini semua adalah untuk kemudahan pelajar.

i. tempat membaca dan menelaah yang selesa - terdapat kemudahan disediakan
ii. terdapat berbagai sumber rujukan - buku - majalah - akhbar dan lain-lain
iii. tempat belajar yang sesuai - buat kerja yang diberi oleh guru
iv. perpustakaan sebagai pusat ilmu pengetahuan - penting untuk pelajar - membaca jambatan ilmu - dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan lagi.
v. pinjam buku untuk membuat rujukan dan mengulang kaji - tidak perlu membeli buku yang dikehendaki - jimat perbelanjaan
vi. boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah - tidak terlibat dengan unsur negatif
vii. melatih diri menggunakan bahan dengan baik - persediaan untuk masa hadapan
viii. tidak boleh bergantung kepada guru-guru semata-mata - meningkatkan tahap pencapaian dalam semua hal.

pelajar sepatutnya selalu mengunjungi perpustakaan pada setiap masa demi untuk kejayaan masa depan / mengemukakan cadangan membaiki perkhidmatan perpustakaan / menyatakan penghargaan kepada sesiapa yang berkenaan . Membaca jambatan ilmu.



Rakan sebaya adalah orang yang penting dalam kehidupan kita. Apakah peranan yang dapat diberikan oleh rakan sebaya dalam kehidupan kita.

Pendahuluan :
Rakan sebaya ialah rakan yang seusia dengan kita dan mempunyai kegemaran yang hampir sama.

mempengaruhi perwatakan seseorang
- baik - mempengaruhi untuk menjadi baik
- jahat - akan mempengaruhi menjadi jahat
Rakan adalah tempat kita mencurah segala masalah yang kita hadapi - orang yang boleh dipercayai.
sentiasa saling bantu-membantu , bekerjasama antara satu sama lain.
membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran.
rakan sebaya - berperanan penting - bijak memilih kawan.



Tulis sebuah karangan yang bertajuk " Kepentingan Kenderaan Kepada Kita".

Pendahuluan : Ada berbagai jenis kenderaan - darat - contoh - air - contoh -
udara - contoh

a penting - dapat ke sesuatu tempat dengan cepat selamat
b. membawa penumpang yang ramai dan juga boleh memuatkan barang dengan banyak
penting dalam pembangunan ekonomi
- buat kenderaan dan dijual - dapat keuntungan
- wujud bandar dan kota besar
C. peluang pekerjaan di kilang membuat kenderaan.



Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Kepentingan Pelajar menyertai aktiviti ko kurikulum ".

Pendahuluan : Ko kurikulum ialah aktiviti selepas sekolah iaitu aktiviti persatuan
unit beruniform dan sukan.

A. melatih murid menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.
B. melatih murid untuk berdikari sendiri - contoh dalam perkhemahan tahunan - masak sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan.
C. melatih murid mematuhi disiplin dan arahan ketua.
- penting untuk keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama - berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
D. Menambah ilmu pengetahuan tambahan - cara membuat pertolongan cemas.
E. untuk kesihatan diri - aktiviti sukan dan permainan
- badan sihat - otak cergas

Murid patut menyertai aktiviti ko kurikulum untuk memperolehi berbagai faedah untuk diri.



Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru. Berikan sebab-sebabnya.

Pengertian kokurikulum - kegiatan luar bilik darjah - untuk bantu pembelajaran di bilik darjah
contoh ; sukan dan permainan , unit beruniform, kelab dan persatuan
boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru

i. dalam aktiviti sukan dan permainan - murid-murid akan bekerjasama dan bantu-membantu bagi mencapai kemenangan - tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan sesama mereka.
ii. dalam aktiviti unit beruniform - dapat berbincang . ikut arahan ketua, disiplin / riadah - dapat merapatkan hubungan sesama murid
iii. dalam aktiviti kelab dan persatuan - berbalas pantun , kuiz, syarahan dan lain-lain memerlukan kerjasama dan muafakat - dapat eratkan hubungan
iv. pertandingan / perlawanan sukan dan aktiviti kokurikulum dengan sekolah lain pula dapat rapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan

hubungan yang rapat dan baik penting bagi menjamin keharmonian sesebuah sekolah dan masyarakat
kejayaan dalam pendidikan / pelajaran.



soalan : Kerja rumah sangat baik untuk murid-murid sekolah. Tuliskan sebuah karangan berkenaan dengannya.

Pendahuluan : Kerja rumah ialah kerja sekolah yang diberi oleh guru
untuk disiapkan di rumah.

A. melahirkan murid dengan kemahiran yang telah diajar
- sebagai latihan tambahan
- murid menjadi lebih mahir lagi.
B. sebagai latihan mengulang kaji pelajaran di rumah
- berusaha dengan membuat rujukan
- berbincang dengan rakan-rakan
C. mengelakkan murid daripada membuang masa dengan sia-sia di rumah - mengisi masa lapang dengan betul.
Siapkan tugasan yang diberi meningkatkan prestasi pelajar - keputusan yang baik dalam peperiksaan.



Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Faedah membaca buku "

Pendahuluan : Membaca sebagai hobi yang baik. Berbagai bahan yang
boleh dibaca seperti akhbar, majalah, buku dan sebagainya.

a. mendapat pengetahuan tambahan
b. dapat membaiki penguasaan bahasa
- membantu dalam membina karangan - menambah perbendaharaan kata - memperolehi ejaan betul
c. mengisi masa lapang dengan berfaedah - menggelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
d. boleh dijadikan panduan hidup dalam penyelesaian masalah.

membaca jambatan ilmu.



Kemajuan sains banyak membantu manusia dalam semua hal. Bina sebuah karangan mengenai baik dan buruk kemajuan sains.

Pendahuluan: Sains amat penting kepada manusia. Kemajuan sains membawa perubahan kepada kehidupan manusia. Berbagai faedah diperolehi daripada kemajuan sains sekarang.

Kebaikan
a) Dalam bidang komunikasi-telefon-televisyen dan radio.
b) Dalam bidang perhubungan-pembinaan jalan raya bertar
-pembinaan kenderaan darat,air dan udara.
-manusia dapat bergerak pantas dari satu tempat ke
satu tempat - penerokaan angkasa lepas.
C) Untuk pertahanan negara-membina alatan perang
-senjata - kereta kebal dan sebagainya
-negara menjadi lebih selamat.
Keburukan
a) Mengancam keselamatan manusia dan dunia
-Bom atom-Jepun-ramai terbunuh
-Gas sarin
-Bom nuklear
b) Robot dicipta - kereta di kilang
-peluang kerja manusia terbatas.
Penutup :
Sains membawa kebaikan dan juga keburukan kepada
kehidupan manusia. Oleh itu kita seharusnya berhati-hati
menggunakan kemajuan sains hanya untuk kebaikan.



Bina sebuah karangan tentang baik dan buruknya menonton televisyen .Bincangkan

Pendahuluan: - Televisyen merupakan satu media elektrik yang paling
popular di negara kita. Boleh dikatakan setiap rumah di negara kita mempunyai sebuah peti televisyen.

Isi :
Kebaikan
a) Mengetahui perkembangan semasa - berita
b) Mendapat pengetahuan tambahan - Majalah 3,Info Sains
c) Mendapat pengetahuan agama - Ehwal Islam
d) Mengeratkan hubungan kekeluargaan
e) Isi masa lapang dengan baik.
Keburukan bagi pelajar
a) Menonton terlalu lama-membazir masa
b) Ada rancangan-rancangan yang tidak sesuai ditonton.

Penutup : Menonton televisyen memberi faedah kepada pelajar. Namun pelajar seharusnya pandai memilih rancangan yang sesuai dan tidak mengabaikan pelajaran.



Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah .Bincangkan.

Pendahuluan: Asrama adalah tempat penempatan untuk pelajar-pelajar
di sekolah. Kerajaan menyediakan asrama-asrama ini untuk kemudahan pelajar-pelajar belajar dengan lebih sistematik.

Isi
a) Pelajar berpeluang untuk belajar dengan lebih baik
-mempunyai jadual - patuh pada jadual - bermain dan sebagainya diatur dengan baik.
b) Dapat dilatih untuk hidup bekerjasama-bagai "Aur dengan Tebing", - saling bantu membantu.
c) Dapat dilatih untuk hidup berdikari -di sini pelajar tidak bergantung kepada lbu bapa semata-mata.
d) Dapat belajar secara berkumpulan. banyak faedah yang di perolehi.

Keburukan
a) bebanan yuran bulanan kepada keluarga miskin
b)Jumlah murid adalah ramai-pengawasan tidak dapat diberikan oleh pihak asrama secara berkesan.
Penutup :
Tinggal di asrama ada kebaikan dan ada juga keburukan.


Permainan video dan komputer adalah amat menyeronokkan. Namun permainan ini ada keburukannya. Bincangkan.

Rangka
Pendahuluan : Pada zaman sains dan teknologi-permainan tradisional
seperti gasing,wau,congkak tidak diminati oleh kanak-kanak lagi. mereka lebih gemar bermain video dan komputer.

Isi
Keburukannya
a) Kanak-kanak berasa asyik dan leka-tiga atau empat Jam bermain membazirkan masa-tenaga elektrik.
b) Berlaku ponteng sekolah-video tiada di rumah kunjungi pusat video masa sekolah. wang saku.
c) Jenis-Jenis permainan seperti pergaduhan peperangan.-dedahkan unsur-unsur yang tidak sihat kepada pelajar.

Penutup : Ibu bapa mesti mengawal -hadkan masa bermain-
-membaca buku-buat jadual.



Tidur lewat adalah amalan yang tidak baik.Bina sebuah karangan untuk menyatakan kenapa pelajar mesti tidur awal.

Pendahuluan : Setiap orang memerlukan rehat. Tidur juga sebahagian
daripada cara berehat. Tidur lewat bagi seorang murid adalah satu amalan yang tidak baik.

a) murid tidur awal-dapat bangun awal dapat ke sekolah awal - dapat rehat yang secukupnya -badan terasa segar.
b) Tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah-tidak ketinggalan bas.
c) rehat yang secukupnya - tidak berasa mengantuk semasa guru mengajar.-dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar - beroleh kejayaan.

Penutup:
Tidur awal patut diamalkan - badan akan terasa sihat dan segar - kesihatan akan terjaga.



Belajar secara berkumpulan lebih, baik daripada belajar secara bersendirian, Bincangkan.

Rangka
Pendahuluan : Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji
pelajaran mereka . Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada yang suka belajar secara bersendirian serta berkumpulan.

Isi
a) Dapat bertanya sesuatu yang tidak difahami.
b) Dapat bertukar-tukar nota dan pendapat.
c) Tidak berasa jemu atau mengantuk.
d) Melatih diri kita mengeluarkan pendapat.

Penutup :
Kita hendaklah belajar secara berkumpulan kerana ianya
mempunyai banyak kelebihannya. Namun begitu rakan
dalam kumpulan hendaklah rakan yang sesuai untuk kita,


Kanak-kanak, amat suka memakan makanan ringan. Sedangkan masyarakat tahu bahawa, makanan ringan tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Bincangkan.

Pendahuluan : Setelah diketahui bahawa makanan ringan tidak baik untuk
kesihatan badan kanak-kanak. Ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak mereka tidak membeli dan memakan makanan ringan yang, dijual di pasaran.

Makanan ringan-
a) tidak berkhasiat - tiada zat dan vitamin.
b) mengandungi banyak bahan pengawet dan perasa, yang, berlebihan - tidak diperlukan oleh badan. -tidak baik untuk kesihatan badan.
c) tidak mengenyangkan - pembaziran wang.



Bandar merupakan tempat tumpuan orang ramai. Bincangkan kebaikan dan keburukan tinggal di bandar.

Rangka
Pendahuluan:

Isi
Tempat tinggal merupakan satu perkara orang suka tinggal di bandar tinggal di kampung. Tinggal di bandar kelebihan daripada tinggal di kampung.

Kebaikan
a) Terdapat banyak kemudahan yang amat pentinq. ada juga suka tinggal mempunyai beberapa
-sistem pengangkutan seperti,bas,keretapi,kapal terbang.-Mudah untuk ke mana saja.
-kemudahan rawatan-hospital yang lengkap.
b) Bidang pendidikan
-Pusat pengajian tinggi
-pusat rujukan-perpustakaannya lengkap.
c) Banyak peluang pekerjaan
-kilang,berniaga
d) Kemudahan sosial -tempat hiburan

Penutup:
Keburukan -perbelanjaan yang tinggi -terdedah kepada pengaruh budaya tidak sihat



Kita sentiasa melihat iklan di mana saja. Melalui akhbar,radio dan juga televisyen iklan disiarkan untuk mempengaruhi masyarakat. Bincangkan pengaruh iklan kepada masyarakat.

Pendahuluan : Iklan diadakan oleh sesebuah syarikat atau peniaga untuk
memperkenalkan barangan mereka. Iklan memberi kesan yang kurang baik kepada masyarakat.

a)Pelanggan tertipu ;
-barangan yang ditawarkan tidak mempunyai mutu yang tinggi -cara pengiklanan yang menarik-pelanggan tertarik untuk membeli.
b)Pelanggan akan keliru
-berbagai barangan sama yang berlainan jenama diiklan.
-Pelanggan sukar untuk membuat penilaian.
c)Pembaziran wang - apabila sudah terpengaruh-pelanggan
membeli tanpa mengira kesan.-barang yang tidak perlu.
Kebaikan
a) Dapat mengetahui sesuatu keluaran baru di pasaran.
-maklumat lebih terperinci daripada iklan.
b) Dapat merancang pembelian-membuat pilihan terhadap
barangan yang hendak dibeli.


Pendidikan tadika yang ada pada masa kini amat memberi faedah kepada anak-anak kita apabila menjejakkan aki ke alam persekolahan. Bincangkan.

Apakah dia pendidikan tadika
n memberi manfaat kepada kanak-kanak

a) berumur antara 4 hingga 6 tahun
b) mendedahkan kanak-kanak alam persekolahan
c) dapat bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka
n dapat mengelakkan kanak-kanak daripada bosan duduk di rumah
d) kanak-kanak sudah biasa dengan alam persekolahan dan tidak kekok

lebih banyak penubuhan kelas tadika lebih baik


"Semangat muhibah dan sikap tolong-menolong".

Semangat yang perlu dipupuk

a) bantu-membantu, tolong-menolong - ketika susah
b) kenduri-kendara
c) keramaian dan perayaan
d) gotong-royong - mewujudkan sikap sayang dan muhibah
e) tidak mementingkan diri dan hormat-menghormati
f) bertegur-sapa , ziarah-menziarahi

rakyat aman damai dan maju
perpaduan masyarakat


Disiplin sekolah semakin merosot. Bincangkan sebab-sebab kemerosotan disiplin.

a) ibu bapa sentiasa sibuk
b) pihak sekolah tidak mengambil berat
c) pengaruh rakan sebaya
d) pengaruh dari luar seperti media massa

"Air dan kegunaannya".

Pendahuluan
n Air meliputi tujuh puluh satu peratus permukaan bumi
n sumber air - laut,hujan dan sebagainya
n sangat penting kepada manusia binatang dan tumbuhan

Isi
i. makhluk hidup memerlukan air - terus hidup - sangat penting - membasuh, minum dan memasak
ii. berdekatan dengan laut dan sungai - sumber rezeki
iii. mengairi sawah dan kebun - menternak ikan/udang - aktiviti perlombongan
iv. membina empangan - sumber tenaga elektrik - untuk kemudahan dan kegiatan ekonomi

Penutup
Pencemaran air berlaku - pembuangan sampah sarap, sisa perindustrian - hukuman lebih berat - menguatkuasakan undang-undang


Kebahagiaan dan kegembiraan ibu bapa amat besar maknanya kepada kita. Apakah cara yang patut kita lakukan untuk memastikan orang tua kita sentiasa bahagia dan gembira ?

ibu bapa cuma mengharapkan kebahagiaan dan kegembiraan

a) menghargai mereka sebagai orang tua
b) menolong kerja-kerja rumah
c) menyumbang wang ringgit, walaupun mereka tidak minta
d) tugas murid ialah belajar hingga berjaya

kebahagiaan akan terpancar di wajah mereka


"Perlunya kita menjaga alam sekitar"

persekitaran yang bersih - rakyat sihat
pencemaran berlaku - kegiatan ekonomi

i. meningkatkan kesedaran rakyat - kempen "Hijaukan Bumi Kita" - menanam pokok-pokok
ii. cintakan keindahan alam sekitar - hidupan flora dan fauna
iii. menjaga hutan - udara bersih dan tempat takungan air - sumber air. Tempat haiwan lair tinggal
iv. Negara indah - menarik pelancongan berkunjung

Tanggungjawab semua rakyat - aman damai , memanjangkan jangka hayat


Tuliskan cara-cara menjaga persekitaran kawasan kamu.

Rumah tempat tinggal / kediaman yang paling selesa
rumahku syurgaku

i. kita perlu bekerjasama untuk menjaga persekitaran kawasan sekolah
ii. sampah sarap perlu dibersihkan / dibakar dalam lubang sampah
n menggelakkan pembiakan lalat yang membawa penyakit

iii. mengumpul tin-tin kosong / tayar buruk / botol-botol dan timbus dalam lubang
n menggelakkan pembiakan nyamuk aedes

iv. menanam pokok-pokok bunga / buah-buahan dipersekitaran untuk kesegaran pemandangan dan kecantikan.
v. mengamalkan budaya bersih semasa keluar dan masuk ke rumah supaya tidak ada jangkitan kuman

persekitaran yang bersih, penghuni sihat dan ceria


"Faedah mempelajari seni mempertahankan diri"

kemahiran atau kepandaian di dalam hal mempertahankan diri - menjaga diri daripada serangan musuh

i. menyihatkan badan - meningkatkan kecergasan - satu senaman yang baik
ii. membentuk disiplin - patuh kepada arahan - mewujudkan pemikiran positif
iii. dijadikan kegiatan masa lapang - mengelakkan daripada gejala negatif
iv. mempertahankan diri daripada serangan musuh - membantu orang yang dianiaya - melainkan persahabatan

kepelbagaian seni mempertahankan diri - daya tarikan pelancong

"Faedah bergotong royong"

melakukan kerja secara beramai-ramai

i. dapat menjimatkan masa dan tenaga
ii. sesuatu kerja besar dan sukar - menjadi ringan
iii. mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat
iv. mewujudkan suasana harmoni dan saling hormat-menghormati

amalan yang perlu diteruskan - di kampung atau di bandar

"Perlunya kita mempunyai hobi"

Aktiviti masa lapang - mendatangkan kebaikan - bersukan , kerja tangan, hiburan, kegiatan lasak , berbentuk pengetahuan

i. memanfaatkan masa lapang - menenangkan fikiran
ii. mendapatkan keuntungan - pengetahuan, pengalaman, sumber kewangan
iii. mengeratkan perhubungan - mesra dengan orang lain - mewujudkan suasana harmonis
iv. menggerakkan otot-otot - senaman ringan

perlu diadakan tempat beriadah dan menubuhkan kelab-kelab - berkumpul dan bertukar-tukar fikiran


"Faedah menyertai pasukan pakaian seragam di sekolah-sekolah"

pasukan pakaian seragam ialah aktiviti kokurikulum - aktiviti luar bilik darjah - pengakap, tunas puteri dan sebagainya

i. melatih murid-murid berdikari , bekerjasama - akitiviti berkawad , perkhemahan, sikap sentiasa menolong orang
ii. membimbing dan membina sifat kepimpinan - mengurus aktiviti - percayakan ketahanan diri sendiri - Ketua Pasukan, Ketua Unit - melaksanakan tugas.
iii. menyesuai dan memupuk disiplin - peraturan persatuan - peraturan persatuan - mengikut arahan
iv. menambahkan ilmu pengetahuan - dapat digunakan di dalam kemahiran berkaitan pertolongan cemas

menyertai pasukan pakaian seragam - banyak faedah - menggunakan masa dengan berfaedah


"Permainan Tradisional"

permainan yang diwarisi sejak berzaman. Sepak raga bulatan, gasing - di kalangan kanak-kanak - ting-ting, konda-konda, congkak. Ada permainan - secara individu dan ada berpasukan

i. untuk memenuhi masa terluang - waktu petang
ii. mengerat perhubungan - di kalangan anggota masyarakat
iii. sebagai hiburan - penat lelah bekerja
iv. dapat memupuk nilai tradisi - warisan budaya

permainan perlu diajar di sekolah - kegiatan kokurikulum supaya tidak pupus


Kita digalakkan mempelajari penggunaan komputer. Apakah faedah yang kita perolehi jika mempelajarinya ?

kemajuan teknologi moden berkait rapat dengan komputer - dipandang tinggi - jika tahu menggunakan komputer

i. dapat mencari maklumat dengan tepat - diprogramkan di dalam cakera liut
ii. memudahkan murid belajar dan mengulang kaji pelajaran - disimpan di dalam cakera liut
iii. lebih mudah mencari pekerjaan
iv. terkedepan di dalam pelbagai bidang

banyak faedah yang diperolehi - penggunaan komputer


Setiap tahun pada 31 Ogos , kita akan merayakan Hari Kebangsaan. Mengapakah kita perlu merayakan hari tersebut ?

Hari kebangsaan - cuti umum . sambutan bukan sekadar bercuti tetapi

i. melahirkan sifat kecintaan terhadap negara
ii. mengingati tokoh-tokoh negara
iii. mendedahkan perjuangan dan kesusahan orang-orang terdahulu
iv. bertanyakan diri sendiri - sumbangan terhadap nagara

bersama mengekalkan keamanan dan kemajuan negara


"Bersukan Penting Kepada Murid-murid sekolah"

jenis-jenis sukan yang digemari oleh kanak-kanak

i. menyehatkan badan
ii. tidak membuang masa
iii. dapat berkenalan dengan lebih ramai kawan-kawan
iv. menambahkan pelbagai jenis pengetahuan mengenai sukan

semua murid perlu mengambil bahagian dalam sukan

Kepentingan Televisyen Kepada Kita

televisyen merupakan alat media massa yang sangat berpengaruh kepada kita

i. memperolehi pengetahuan
n rencana, berita, forum dan lain-lain

ii. sebagai alat hiburan
iii. berguna untuk mendidik pelajar
n televisyen pendidikan

iv. untuk mendapatkan kamlumat
n dalam dan luar negeri

perlu menonton rancangan berfaedah

"Belajar Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Sendiri"

belajar berkumpulan secara beramai-ramai

i. dapat bertanya tentang perkara yang tidak difahami
ii. dapat bertukar-tukar fikiran, nota dan pendapat
iii. tidak berasa jemu dan mengantuk
iv. melatih kita mengeluarkan pendapat
v. mudah memahami sesuatu perkara

penegasan tajuk


"Perlunya Peraturan Sekolah"

semua murid perlu mematuhi peraturan sekolah

i. mendisiplinkan murid-murid
ii. memudahkan guru mengawal murid
iii. keadaan / suasana sekolah yang selesa untuk belajar
iv. mencantikkan kawasan sekolah

murid-murid perlu mengikut peraturan sekolah untuk kebaikan semua pihak


"Murid-murid Perlu Tidur Awal"

setiap orang perlukan rehat

i. dapat bangun awal untuk sekolah - tidak lewat
ii. badan cergas
n tidak mengantuk
n pening kepala

iii. tidak tergopoh-gapah untuk ke sekolah
iv. mudah menerima pelajaran dari guru

tidur awal patut diamalkan


"Kebaikan Kerja Sekolah"

latihan atau kerja yang diberikan oleh guru untuk dibuat di rumah

i. tidak membuang masa
ii. menggalakkan murid-murid mengulang kaji pelajaran di rumah
iii. mudah ingat pelajaran yang dipelajari
iv. membiasakan hidup berdisiplin
n mengikut arahan guru

penegasan tajuk


"Menelaah Pelajaran Menjamin Kejayaan Dalam Peperiksaan"

belajar bersungguh-sungguh akan menjamin kejayaan dalam pelajaran

i. menelaah sesudah tajuk diajar
ii. perlu menelaah seberapa kerap yang boleh
iii. menguji setakat mana kita faham
iv. perlu membaca dalam keadaan tenang

menelaah boleh menjamin kejayaan pelaran


"Kokurikulum Adalah Kegiatan Yang Berfaedah"

kegiatan yang dilakukan di luar bilik darjah selepas waktu sekolah

i. tidak membazir masa
ii. menambah pengetahuan dan pengalaman
iii. menjalin hubungan persahabatan
iv. semangat bekerjasama

semua murid patut melibatkan diri di dalam kegiatan kokurikulum


"Kanak-kanak Tidak Digalakkan Memakan Makanan Ringan"

makanan ringan - makanan yang tidak berkhasiat

i. membahayakan kesihatan
n mengandungi bahan kimia yang membahayakan

ii. membazirkan duit
n tidak mengenyangkan
n menjadi ketagih

iii. tidak ada selera makan
iv. keracunan makanan

penegasan kepada tajuk


"Tabiat Membaca"

n sebagai seorang murid
n satu kegiatan yang amat baik dan berfaedah

i. memudahkan untuk mengulangkaji / membuat kerja rumah
ii. menambahkan pengetahuan dan pengalaman
n berkongsi pengalaman dan penulis
n menyelami perasaan pengarang

iii. menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
iv. hobi yang baik

tabiat membaca perlu diamalkan oleh setiap murid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts