Ahad, 24 Mac 2013

Tips Sebelum Mengulangkaji Pelajaran


Semasa mengulangkaji pelajaran, ada kalanya kita sukar memahami apa yang kita pelajari. Setelah 10 minit mengulangkaji kita sendiri tidak tahu apa yang telah kita baca dan apa yang kita telah perolehi. Jika anda melalui situasi-situasi berikut bermakna ulangkaji pelajaran anda pada waktu itu tidak akan berkesan. Anda perlu berhenti seketika, tarik nafas dan tengangkan fikiran sebelum meneruskan ulangkaji pelajaran.
 
Untuk mengulangkaji dengan cara yang berkesan berikut adalah beberapa tips yang perlu anda lakukan sebelum mengulangkaji pelajaran.

1. Ambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran

2. Solat sunat 2 rakaat sebelum mengulangkaji pelajaran

3. Doa untuk memulakan ulangkaji pelajaran

4. Niat kerana Allah untuk mengulangkaji pelajaran

5. Berselawat sebelum mengulangkaji pelajaran

Selamat mengulangkaji pelajaran...

Rabu, 20 Mac 2013

Kaedah Fakih membolehkan murid pekak baca al-Quran




SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh Jaya mencipta sejarah apabila gurunya berjaya membangunkan bahasa isyarat bagi membolehkan murid yang menghadapi masalah pendengaran atau pekak membaca al-Quran menerusi kaedah yang dikenali sebagai Fakih.

Guru berkenaan, Ustazah Nor'Aziah Mohd Daud mencipta kaedah itu setelah mendengar rintihan beberapa murid kelainan upaya di bawah bimbingannya meluahkan perasaan bahawa mereka hanya boleh memandang, memegang dan mendakap al-Quran tetapi tidak dapat membaca kitab suci tersebut.

''Mereka menghadapi masalah tersebut kerana tiada kaedah yang khusus bagi mengingati cara membatang perkataan yang mengandungi tanda pelbagai baris.

"Dengan terciptanya kaedah Fakih sembilan murid yang menghadapi masalah pendengaran mula belajar menerusi projek rintis," kata Nor'Aziah.

Beliau ditemui semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Akademik antara SMK Temerloh Jaya dan Pusat Penyelidikan Al-Quran (CQR) Universiti Malaya (UM) di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hadir menyaksikan MoU tersebut antara Pengetua SMK Temerloh Jaya, Khairul Arifin Mat Yit dengan Pengarah CQR yang juga Pengarah Akademi Islam UM, Prof. Datuk Dr. Mohd Yakob @ Zulkifli Mohd Yusoff.

Kejayaan pengajaran keadah Fakih ini telah membolehkan Nor'Aziah memenagi pelbagai anugerah inovasi, antaranya termasuklah anugerah Guru Inovasi Kebangsaan sempena Hari Guru Kebangsaan 2010, Johan Karnival Inovasi Zon Timur anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Anugerah Ibnu Sina dan pingat emas untuk projek i-Fakeh bersama Fakulti Sains Komputer UM dan CQR.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, kaedah i-Fakeh ini boleh diperluas ke negara-negara Islam di Asia Tenggara dan juga Timur Tengah bagi membantu murid yang menghadapi masalah pendengaran membaca Al-quran.

"Kejayaan Nor'Aziah bukan sahaja menjadi kebanggaan warga guru tetapi seluruh negara kerana pendekatannya telah menyelesaikan kaedah pembacaan al-Quran di kalangan orang bermasalah pendengaran," katanya.

Malah, tegasnya, melalui kaedah Fakih ini akan dapat memperluas kerja-kerja dakwah di kalangan golongan terbabit.

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130318/pe_02/Kaedah-Fakih-membolehkan-murid-pekak-baca-al-Quran

KAEDAH FAKIH: CELIK AL-QURAN BERPANDUKAN NOMBOR DAN WARNA: Ia dibangunkan bagi bertujuan memberi peluang kepada para pelajar serta golongan kurang upaya (OKU) untuk membaca Al-Quran mengikut kaedah yang betul (kaedah fakih). Nombor dan warna pada butang agnetik digunakan untuk membantu murid membaca Al-Quran. Butang magnetik bernombor dan berlainan warna dapat membantu golongan OKU pekak me mbaca dan dalam masa yang sama mengingat kaedah bacaan. Dengan ini, masyarakat OKU dapat membaca Al-Quran sama seperti orang biasa walaupun dalam cara yang berbeza.
Sumber: http://www.yim.my/databankbm/index.cfm?menuid=5&action=show&ib=145&


Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut