Sabtu, 10 Disember 2011

Elaun Dan Insentif SBPA

Di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam terdapat 37 elaun yang diperuntukan untuk kakitangan pelajaran.

Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan elaun bagi PPP hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran atau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa bagi PPPS dan PPPLD. Senarai elaun adalah seperti berikut;

BAYARAN INSENTIF

1. Bayaran Insentif Jurulatih Sukan
2. Bayaran Insentif Mengajar Kanak-Kanak Cacat
3. Bayaran Insentif Pedalaman
4. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
5. Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
6. Bayaran Insentif Wilayah

ELAUN

7. Elaun Bahasa Asing
8. Elaun Balik Kampung
9. Elaun Cuti (KUP Sarawak)
10. Elaun Gangguan
11. Elaun Guru Besar/ Pengetua
12. Elaun Guru Kelas Bahasa Ibunda
13. Elaun Kehadiran Latihan Tempatan Pasukan Sukarela
14. Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan
15. Elaun Pemangkuan
16. Elaun Penanggungan Kerja
17. Elaun Perumahan Wilayah
18. Elaun Tanggungjawab
19. Elaun Tugas Memandu Kenderaan
20. Elaun Untuk Isteri/ Suami Yang Dikehendaki Mengiring Pegawai Semasa Menghadiri Majlis Rasmi
21. Elaun Warden Asrama
22. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Semasa Berkursus
23. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Bertukar Atau Berpindah Rumah
24. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir Di Mahkamah
25. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menghadiri Istiadat Pengurniaan
26. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menjalankan Tugas Rasmi


BAYARAN LAIN

27. Bantuan Sara Hidup
28. Bayaran Balik Letak Kenderaan
29. Bayaran Balik Pasport/ Dokumen Perjalanan
30. Bayaran Bantuan Menyelenggara Rumah
31. Bayaran Bantuan Pembantu Rumah
32. Bayaran Bantuan Saraan Pemandu
33. Bayaran Perumahan Khas
34. Bayaran Tambang & Elaun Hidup Kepada Pegawai Yang Dipanggil Untuk Bertugas Semula Ketika Bercuti Di Malaysia
35. Bayaran Tambang Perjalanan Bagi Penempatan Selepas Lantikan Pertama
36. Bounti/ Saguhati Tahunan Pasukan Sukarelawan Pertahanan Awam
37. Pemanjangan Pemberian Pindahan Dan Elaun/ Bayaran Kepada Waris Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan

Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar

Kadar bagi empat (4) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok iaitu;

  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
  • Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
  • Bayaran Insentif Pedalaman
  • Bayaran Insentif Wilayah

Keempat-empat bayaran insentif tersebut adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.

Syarat Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 manakala Bayaran Insentif Subjek Pendidikan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2002.

*Sumber: http://www.moe.gov.my/sbpa/guru/index.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut