Categories
Halaman
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Jumaat, 19 Mei 2017
Tanda-Tanda Anak Autisme
Ramai kanak-kanak autisme tidak didiagnosis dengan masalah perkembangan kompleks ini sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya empat tahun atau lebih menyebabkan tanda autisme gagal dikenal pasti di peringkat awal.
Mengesan autisme seawal mungkin adalah penting kerana kajian menunjukkan intervensi dilakukan terhadap kanak-kanak autisme selepas pemeriksaan awal menghasilkan keputusan lebih baik dari segi pembelajaran, komunikasi dan kemahiran sosial berbanding mereka yang dikesan lewat.
Malah, menyediakan terapi dan pendidikan untuk kanak-kanak autisme pada usia masih muda iaitu dalam tempoh perkembangan otak kanak-kanak paling mudah menyerap ilmu juga diharap dapat mengubah perjalanan autisme.
Pada masa kini tiada pemeriksaan perubatan untuk mendiagnosis autisme, sebaliknya autisme didiagnosis dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak dan mencari tanda-tanda tertentu yang juga ciri-ciri autisme.
Menerusi kajian dilakukan penyelidik mengenai tanda awal autisme membolehkan doktor tahu apa yang perlu dicari dan seterusnya penghidap autisme mendapat bantuan diperlukan secepat mungkin. Namun, mengesan ciri-ciri autisme boleh jadi sukar berikutan kebanyakan kanak-kanak bukan autisme kadangkala menunjukkan tingkah laku yang sama.
Tanda-tanda awal autisme pada setiap penghidapnya juga berbeza. Ada yang menunjukkan kelainan pada usia beberapa bulan selepas lahir, manakala yang lain menunjukkan ciri-ciri yang jelas pada usia antara 18 hingga 24 bulan.
Pengarah Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, ibu bapa perlu menghantar anak yang menghidap autisme ke sekolah khas supaya kanak-kanak istimewa berkenaan mendapat pendidikan dengan lebih berkesan.
Menurutnya, pelan pendidikan untuk kanak-kanak autisme biasanya menekankan pelbagai kemahiran pembangunan, akademik, komunikasi dan bahasa, kemahiran sosial, kemahiran berdikari, isu tingkah laku dan kemahiran lain yang berkaitan.
Oleh itu, guru kanak-perlu mempunyai latihan khusus dalam masalah perkembangan kompleks bagi membantu anak-anak istimewa itu mendapat manfaat daripada program pendidikan yang diikuti.
“Di Singapura dan Amerika Syarikat, kanak-kanak autisme didiagnosis dengan masalah terbabit ketika berusia tiga hingga empat tahun dan pada usia seawal itu mereka dihantar ke pusat atau sekolah khas bagi mendapat pendidikan dan terapi sekali gus.
“Perkara sedemikian wajar dicontohi kerana berbeza di negara ini yang tiada pusat sehenti untuk melatih dan mendidik kanak-kanak autisme apabila ada pusat hanya menyediakan terapi tetapi tiada pendidikan khusus,” katanya.
Katanya, ibu bapa perlu sedar mengenai keperluan latihan dan pendidikan khas kanak-kanak autisme dan dapatkan maklumat sebanyak mungkin untuk membantu meningkatkan pembelajaran serta perkembangan anak istimewa mereka.
“Autisme bukanlah penyakit sebaliknya gangguan perkembangan otak yang menjejaskan kemahiran sosial dan komunikasi. Latihan dan pendidikan khas mampu merangsang sel-sel otak di bahagian yang terjejas.
“Namun, sepanjang pengalaman saya menguruskan pusat pendidikan khas ini lebih setahun lalu, segelintir ibu bapa sukar menerima hakikat anak mereka autisme menyebabkan hak kanak-kanak berkenaan mendapat pendidikan dinafikan,” katanya.
Beliau berkata, maklumat mengenai autisme terutama bagaimana mengenal tanda-tandanya kini banyak didedahkan dan dengan teknologi terkini ia boleh diperoleh semudah di hujung jari, malah dunia juga memperuntukkan April sebagai bulan kesedaran autisme untuk mendidik masyarakat dan menyebarkan kesedaran.
Tanda-Tanda Autisme
Tanda-tanda berikut boleh dijadikan petunjuk anak mungkin berisiko hidap austisme
• Tidak mengukir senyum, tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi berusia enam bulan.
• Tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad ketika bayi berusia enam bulan.
• Tidak membuat bunyi, senyum atau ekspresi wajah ketika bayi berusia sembilan bulan.
• Tidak mengagah ketika bayi berusia 12 bulan.
• Tidak membuat gerak isyarat untuk berkomunikasi seperti melambai, mencapai ketika bayi berusia 12 bulan.
• Tidak memberi tindak balas ketika namanya dipanggil ketika bayi berusia 12 bulan.
• Tidak berceloteh ketika bayi berusia 16 bulan.
• Tidak mengeluarkan perkataan ketika kanak-kanak berusia dua tahun.
• Langsung tidak bercakap atau menunjukkan kemahiran sosial pada semua peringkat umur.
Tanda-tanda lain yang boleh diperhatikan
• Mengelak hubungan mata dan lebih suka bersendirian.
• Sukar memahami perasaan orang lain.
• Perkembangan pertuturan yang lambat.
• Mengulang perkataan atau frasa berulang-kali (echolalia).
• Cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitaran.
• Mempunyai minat yang sangat terhad.
• Menunjukkan tingkah laku berulang-ulang seperti berpusing atau goyang badan.
• Mempunyai tindak balas luar biasa atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, bau, rasa, tekstur, cahaya atau warna
Sumber: http://lynk.my/TIdCPn
Jumaat, 11 November 2016
5 Cara Galak Anak Ambil Sarapan
Sarapan sangat penting bagi para pelajar kerana otak kita memerlukan glukosa dari sumber (makanan) karbohidrat. Tanpa sarapan pagi bermakna tenaga otak akan berkurangan. Penyelidikan dari Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga (dalam bentuk glukosa dan glikogen) telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup anda akan merasa lemah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Oleh itu sarapan pagi adalah penting untuk memastikan anak-anak anda kekal bertenaga tidak kira pada musim sekolah atau musim cuti.
Persoalan sekarang, bagaimana cara kita menggalakkan anak-anak untuk mengamalkan tabiat bersarapan? Berikut adalah beberapa tip untuk menggalakkan anak anda menikmati sarapan pagi.
1. Makan bersama mereka
Jika suasana pagi anda sentiasa dalam keaadaan riuh rendah, cuba ambil seketika untuk duduk dan bersarapan bersama anak–anak anda. Elakkan daripada terlalu paksa dan jadikan waktu sarapan waktu penting bersama keluarga. Cubalah membuat perbualan anda untuk lebih mengenali mereka dengan lebih dalam. Malah, ibu bapa merupakan contoh yang terbaik untuk mendorong anak–anak muda untuk mengamalkan tabiat bersarapan pagi. Ia juga sangat penting untuk anda memberi penjelasan tentang kepentingan sarapan supaya mereka memahami kebaikan tabiat tersebut.
Berdasarkan MyBreakfast Study, kajian pertama di Malaysia yang mengkaji info tabiat sarapan terkini di Malaysia, mencadangkan bahawa ibu bapa perlu lebih aktif dalam usaha menggalakkan makan secara sihat dan menjalani gaya hidup yang sihat bersama anak-anak. Sarapan menyediakan rutin dan struktur yang memberikan anak-anak kestabilan dan keselamatan yang tentunya penting untuk perkembangan mereka.
Pagi anda pasti akan lebih positif!
2. Mempelbagaikan menu
Kanak-kanak sukakan kepelbagaian! Jika anda kerap memberikan mereka makanan yang sama, mereka akan mula merasa muak. Duduk bersama mereka ketika cuti sekolah dan cuba mencari menu sarapan dar pelbagai negara atau budaya dan biarkan mereka menentukan pilihan sarapan yang ingin mereka cuba. Anda perlu sentiasa ingat bahawa anak-anak akan kehilangan 80% tenaga simpanan mereka ketika mereka tidur* jadi mereka perlu mengembalikan tenaga itu dengan betul supaya mereka boleh bertenaga sepanjang hari. Walau apapun yang anda pilih untuk sarapan mereka, pastikan ianya sentiasa seimbang dan sihat.
3. Membuat sarapan bersama
Jadikan sarapan pagi sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan. Berikan mata kepada siapa yang pertama menghabiskan makanan mereka terutamanya makanan yang mereka tidak suka makan dan biarkan mereka mengumpul mata untuk menebus hadiah utama. Contohnya ‘pancake’ buatan sendiri ataupun cip coklat di dalam muffin strawberi? Jika MILO® adalah minuman kegemaran mereka, apa kata anda sembunyikannya dan berikan mereka petunjuk ibarat permainan mencari harta karun? Pastikan hadiah ditumpukan kepada sarapan untuk mengingatkan kepentingan sarapan itu sendiri. Tiada masa yang lebih sesuai untuk lakukan sedemikian dengan anak-anak anda melainkan waktu cuti sekolah ini. Jadikan sarapan pagi itu adalah waktu bersama keluarga yang menyeronokkan!
4. Nikmatinya!
Tidak salah kalau sehari dalam seminggu itu anda menyediakan sarapan yang berlainan. Sekali-sekala gorengan kepingan ayam, telur dan roti untuk dijadikan sarapan itu adalah lebih enak! Tetapi ingat untuk memberikan sekali secawan MILO atau susu supaya mereka mendapatkan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian mereka.
5. Perubahan adalah baik. Jangan takut untuk mencuba!
Tiap-tiap hari kami kebanyakanya rutin yang sama; bangun pagi, gosok gigi, mengemas beg, bersarapan dan bergegas keluar. Namun, kadang kala, adalah bagus untuk kita ubah rutin tersebut. Kita semua tahu bahawa makan di hadapan TV atau di dalam kereta adalah tidak elok. Tetapi kadang kala, pengorbanan perlu dilakukan. Apa yang lebih baik? Sentiasa bekalkan mereka dengan sedikit sarapan yang dapat mengurangkan kepenatan untuk mengelakkan kemerosotan tenaga sebelum tiba tengah hari. Jadi cubalah pelbagai aktiviti-aktiviti kerana ia akan membantu untuk menggalakkan anak-anak muda untuk bersarapan pagi.
Sarapan adalah penting tidak kisah ketika cuti sekolah ataupun tidak. Jadi, anda perlu sentiasa terus mengamalkan tabiat merancang sarapan setiap hari. Jadikan sarapan amalan keluarga yang menyeronokkan terutamanya ketika cuti sekolah!
Khamis, 20 Oktober 2016
Terapi Teater Bantu Murid Disleksia
DI sebalik fizikal kelihatan insan normal, mereka berdepan masalah. Namun dek kebanyakan orang luar hanya melihat rupa luaran, ramai salah sangka dan menggelar golongan ini malas, bodoh atau 'lembap'. Penghidap disleksia sebenarnya berdepan masalah kecerdasan otak tidak selaras dengan usia biologikal.
Tahukah anda, disleksia menyebabkan terutama kanak-kanak di alam persekolahan lambat bertutur, alami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, payah mengenal bentuk atau warna atau sukar memberitahu cerita didengarinya?
Memetik artikel Disleksia daripada portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan, di alam persekolahan, kanak-kanak disleksia mungkin gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira serta tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas.
Mereka juga selalunya akan membuat kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik) dan selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
Jadi, jika berdepan anak-anak mempunyai ciri-ciri seumpamanya, jangan mudah menggelar mereka yang tidak-tidak. Mereka insan istimewa.
Apalagi dianggarkan 4 hingga 8 peratus pelajar sekolah dikatakan bermasalah disleksia. Angka agak besar itu sudah seharusnya diberikan perhatian.
Malahan disleksia diletakkan di bawah komponen Masalah Pembelajaran merupakan satu daripada tujuh jenis golongan dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pelbagai langkah diambil bagi membantu anak-anak bermasalah disleksia melalui pemulihan latihan dan terapi. Langkah jarang diketengahkan, antaranya melalui terapi teater.
Seni sebagai terapi kepada beberapa permasalahan telah lama dijalankan, malahan sebelum trend pengubatan moden. Seni seperti muzik, lukisan, puisi, mantera dan sebagainya dijadikan agen penyembuhan atau meredakan tekanan.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran yang didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas seperti disleksia, autisme dan sebagainya.
Dengan itu, kaedah terapi sebenarnya membantu perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
Perkara baharu
GPS Bestari bertemu 'orang kuat' penggiat terapi teater ini yang juga Penolong Pengarah, Sektor Teknikal Penerbitan, Kementerian Pendidikan, Norzuraina Mohd Nor @ Ayudez Fia.
Berkongsi pengalamannya, menurutnya, beliau menjadi seorang yang memandang murid istimewa ini dengan hati bermula dengan kajiannya dalam sarjana yang melibatkan golongan ini.
Tambahan pula, sebagai seorang pegawai terlibat dalam penghasilan buku murid berkeperluan khas, ia menguatkan lagi keinginan itu.
"Minat dan pendedahan dalam teater ditambah tanggungjawab sebagai warga pendidik membuatkan saya menjadi seorang yang sangat berminat dengan golongan murid ini. Idea itu telah lama saya bincangkan bersama penggiat teater yang juga guru, Mohd Fairul Rashid atau lebih dikenali sebagai Fairul Pujangga, namun tiada peluang merealisasikannya.
"Apabila diberi peluang oleh Persatuan Disleksia Malaysia (PDM), kami seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Fairul ada bertanya, berani ke? Berdasarkan penglibatan dan kajian sebelum ini, saya rasa, saya bersedia," katanya semasa Pertandingan Seni Visual & Rekacipta, PDM, anjuran PDM Cawangan Shah Alam berlangsung di Galeri Shah Alam, baru-baru ini.
Hadir merasmikan program, Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas (Unit Pendidikan Khas), Jabatan Pendidikan Selangor, Azhar Minai.
Norzuraina berkata, di luar negara, teater untuk terapi telah lama dijalankan dan membandingkan mengapa tidak beliau dan rakan seangkatan turut melakukannya.
Menurutnya, apalagi mereka mempunyai kepakaran sebagai guru dan kemahiran di dalam teater.
"Apa salahnya kami cuba membuat perkara baharu untuk membantu murid-murid ini," katanya.
Bantu murid keperluan khas
Perubahan anak selepas terlibat terapi melalui seni teater bukanlah dapat dilihat dalam jangka masa pendek kerana keperluan murid ini adalah berbeza.
Norzuraina berkata, untuk peringkat pertama pihaknya lebih menekankan kepada menarik fokus murid, sosialis (komunikasi) dan motorskill dan menyifatkan ia berjaya.
"Disleksia juga mempunyai tahap tertentu. Untuk peringkat awal, kami mengesan murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti dijalankan.
"Objektif kami kali ini lebih kepada penglibatan murid dalam aktiviti asas lakon teater seperti latihan vokal, artikulasi, ekspresi dan pergerakan besar," katanya.
Menurutnya, terapi tidak mengikut peringkat umur namun untuk terlibat secara aktif dan mudah dikawal, disarankan bermula dengan murid berusia 4 tahun dan ke atas.
Katanya lagi, ia juga sesuai untuk semua terutama murid berkeperluan khas atau murid mempunyai masalah tingkah laku.
"Orang berkeperluan khas ini perlu mendapat pendidikan dan layanan setara tanpa prejudis. Itulah sedang kami lakukan di Kelab Deklamator Malaysia. Kami bukan mengejar nama semata, kami lebih suka hadir dalam industri sebagai pendidik yang beri sedikit sumbangan pada anak bangsa.
"Harapan saya dan Fairul Pujangga amat besar, agar kami diberi peluang sama-sama menggembleng tenaga ke arah usaha ini. Insya-ALLAH tahun 2O17 kami akan keluar dengan pementasan libatkan murid berkeperluan khas ini," katanya.
Menurutnya, berikutan kekangan kewangan, beliau mengalu-alukan pihak sanggup menyuntik dana dalam usaha memartabatkan seni teater khusus untuk anak-anak murid ini.
Norzuraina berkata, pihaknya bakal menemui peminat teater untuk pementasan Syahid Dukapura pada 28, 29 dan 30 Oktober ini di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) jam 8 malam.
Pada 29 Oktober juga, akan dilancarkan Kumpulan Drama Pentas Konklusi hasil tulisannya, Ayudez Fia dan Fairul Pujangga.
Fahami karakter
Sementara itu, menurut Fairul, ada sekolah mengajarkan teater kanak-kanak sebagai elemen pengajaran bagi kes murid khas (OKU) .
Menurutnya, kebiasaannya anak-anak ini diajar membuat boneka (puppet), berlakon menggunakan boneka dan membuat persembahan sketsa pendek.
"Namun, aktiviti seumpama ni tidak dilakukan menyeluruh di semua sekolah menawarkan pendidikan khas. Mungkin kepakaran guru dalam bidang teater untuk pendidikan khas tidak banyak. Bagi kes disleksia pula, saya masih belum dengar ada pihak menawarkan kursus teater untuk mereka.
"Aktiviti baharu kita buat bersama murid disleksia di Galeri Shah Alam ini mungkin pertama barangkali. Namun, untuk sesi pertama ini, kami lebih menekankan sesi mengenali dan fahami watak murid disleksia. Hal ini kerana, kebanyakan aktivis teater tak banyak terlibat dengan murid disleksia," katanya.
Menurutnya, pengalaman pertama itu akan digunakan pihaknya untuk memahami karakter mereka di samping memperkenalkan permainan teater. Sekiranya ada ruang, pihaknya akan rangka proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih sistematik.
Mengulas bentuk sketsa sesuai kepada murid ini, katanya, pembimbing mesti menjadi watak fantasi seperti binatang, robot, peralatan sekeliling, pokok dan sebagainya.
"Pembimbing perlu pakai kostum lengkap dengan tatarias watak. Ia penting menarik perhatian maksimum. Jika tidak, murid akan hilang fokus.
"Pengisian mestilah ada unsur tarian, nyanyian, dan kerja-kerja kraf untuk meningkatkan kemampuan psikomotor murid mereka," katanya.
Menurutnya, sasaran usia untuk mengikuti sesi perbengkelan ini antara 7 hingga 14 tahun.
Fairul berkata, terapi teater masih baharu di Malaysia. Justeru memerlukan kajian serius jika benar mahu menjadikannya sebagai terapi murid berkeperluan khas.
"Bagaimana teater jadi terapi, jawapannya mudah, untuk merangsang hormon serotonin kanak-kanak. Melalui permainan dalam teater, hormon ini akan meningkat sekali gus mengubah emosi mereka menjadi gembira dan fokus dengan aktiviti pembelajaran secara tidak langsung.
"Sokongan dana dan keterlibatan banyak pihak amat diperlukan kerana ia memerlukan kos kostum, peralatan dan kos tenaga pengajar. Dari segi kepakaran, kita ada banyak tenaga pengajar teater yang mahir. Mereka hanya perlukan ruang dan peluang saja untuk berkongsi ilmu secara lebih meluas," tegasnya.
Ahad, 16 Oktober 2016
Rahsia Kantin Tersihat Negara
Menerima pengiktirafan sebagai kafeteria sekolah tersihat dalam negara ini nyata sesuatu yang mengagumkan bagi warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pasir Kechil, dekat sini.
Barang kali juga ramai yang tertanya-tanya bagaimana pengiktirafan itu boleh diberikan, namun segala persoalan terjawab sekiranya anda berkunjung sendiri ke kantin sekolah tersebut.
Tidak hanya menyajikan makanan sihat dan bersih, keadaan kantin yang ceria, berinformasi, kemas dan tersusun sememangnya melayakkan pengiktirafan itu diberi oleh Kementerian Kesihatan.
Kantin sekolah tersebut yang dikendalikan syarikat Eimpian Enterprise diangkat sebagai satu-satunya kantin sekolah di negara ini yang menerima pengiktirafan sebagai kafeteria sihat.
Kantin yang ingin mendapatkan pengiktirafan tersebut perlu mematuhi beberapa syarat ditetapkan dengan tidak menjual makanan tidak berkhasiat termasuk makanan ringan.
Bukan itu sahaja, pengusaha kafeteria juga perlu mempromosi makanan sihat di premis, mematuhi prinsip amalan pengilangan baik (GMP), tidak menjual rokok atau menyediakan kemudahan merokok serta digalakkan mendapat pensijilan halal.
Bercakap tentang rahsia kejayaan sekolah berkenaan, pemilik Eimpian Enterprise, Mat Zain Itam, 64, mengakui gembira dengan apa yang dilakukannya kerana berjaya memberi perkhidmatan terbaik kepada 'cucu-cucunya' di sekolah tersebut.
“Ibarat memberi makan kepada ahli keluarga, sudah tentu kita mahu memberi yang terbaik. Sama juga di sini di mana makanan dan minuman untuk pelajar dipastikan agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka.
“Di sini kami tidak menyediakan nasi lemak sebaliknya hanya nasi putih dan sambal ikan bilis. Para pelajar juga boleh memilih untuk menikmati ikan kembung bakar dan nasi yang dijual pada harga RM1.50,” katanya yang lebih mesra dipanggil Tok Wan oleh murid-murid di situ.
Bagi minuman pula katanya, pihaknya hanya menjual air mineral, air bertapis, milo serta air soya sekali gus menepati piawaian ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan untuk melayakannya menerima pengiktirafan tersebut.
Sementara itu, guru besar sekolah tersebut, Mohd. Bakri Md. Taib berkata, usaha untuk melakukan perubahan di kantin sekolah tersebut bermula kira-kira tiga tahun lalu setelah ada dalam kalangan ibu bapa pelajar yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan, menyuarakan keprihatinannya mengenai perkara itu.
“Usaha tersebut dirancakkan lagi setelah sekolah kami terpilih untuk program 'saya nak sihat' anjuran Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda yang menyasarkan penurunan indeks jisim badan (BMI) untuk para pelajar obes pada tahun lalu.
“Hasilnya, 13 daripada 31 murid sekolah ini menepati sasaran setelah BMI mereka berjaya diturunkan. Apa yang kami lakukan adalah bersandarkan rasa tanggungjawab dan pengiktirafan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka,” katanya.
Melalui aktiviti berkenaan katanya, semua murid dapat mempelajari dan mengamalkan budaya pemakanan sihat termasuk dalam kalangan ibu bapa dan waris mereka.
“Selain murid ibu bapa turut diberikan kursus amalan pemakanan sihat.
“Alhamdulillah usaha sekolah ini mendapat kerjasama baik dalam kalangan pengusaha kantin, ibu bapa, murid serta guru sekolah,” katanya.
Isnin, 16 Mac 2015
Amalan Menguatkan Daya Ingatan
OTAK amat penting kerana semua aktiviti dalam badan dikawal oleh organ itu. Otak yang sihat penentu kepada kesempurnaan fungsi organ dan anggota badan lain.
Akan tetapi, ramai antara kita tidak menyedari terdapat amalan seharian yang kurang bermanfaat kepada tubuh turut memberi kesan sampingan terhadap tumbesaran dan fungsi otak.
Amalan- amalan tersebut melibatkan aspek pemakanan, kecergasan badan, pemikiran dan pembentukan hormon dalam badan. Jika amalan kehidupan seharian kita lemah, maka otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik.
Baca Lagi Tentang: Amalan yang melemahkan minda
Baca Lagi Tentang: Bahan yang merosakkan minda
Lebih mengejutkan, ada antara golongan muda pada masa kini menjadi pelupa dan mudah mengalami masalah lemah berfikir.
Namun, masalah-masalah ini bukanlah penyakit yang tidak dapat diubati. Dengan panduan cara hidup yang sihat di samping pemakanan bermanfaat, otak kita bukan sahaja boleh kembali berfungsi dengan baik malah kekuatannya dapat dilipat gandakan.
Baca Lagi Tentang Tinjauan Kajian : Pemakanan Pelajar Dalam Pencapaian Akademik
Berikut adalah beberapa amalan gaya hidup dan pemakanan sihat yang membantu menguatkan memori serta daya berfikir seseorang.
Sarapan
Sarapan penting bagi memastikan otak mampu berfungsi dengan baik. Individu yang tidak bersarapan akan mengakibatkan kurang kandungan gula dalam darah yang mana penting untuk membekalkan nutrien ke otak.
Jangan merokok
Asap rokok mengandungi bahan beracun yang merosakkan sel-sel otak. Selain melemahkan pengaliran darah ke otak, asap rokok juga membawa kepada penyakit berbahaya seperti kanser.
Tidur mencukupi
Otak yang sihat dan cergas terhasil daripada rehat serta tidur yang mencukupi. Namun, elakkan daripada tidur berlebihan kerana amalan itu boleh mengakibatkan otak seseorang menjadi lemah dan kurang aktif.
Vitamin E dan B12
Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan B12 seperti badam, sayur bayam, susu, telur dan banyak lagi. Vitamin-vitamin tersebut amat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa sama menguatkan daya ingatan.
Amalan membaca
Amalan membaca sememangnya terbukti dalam meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran. Ini kerana apabila kita membaca, pelbagai informasi akan diserap dan membuatkan otak lebih berfikir serta berimaginasi.
Hidu udara bersih
Oksigen merupakan sumber penting untuk memastikan otak dapat berfungsi dengan baik. Udara segar membantu meningkatkan kecerdasan otak dan memperbaiki sel-sel otak yang rosak.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/6-amalan-cergaskan-otak-1.69271
Isnin, 7 Julai 2014
Kesan buruk medium sosial
Media sosial antara medium komunikasi paling hangat pada abad ini sehingga sudah menjadi sebahagian keutamaan hidup.
Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 dikeluarkan Kementerian Kewangan.
Menurut laporan itu, kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.
Kehadiran media sosial membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara dalam talian.
Penggunaan media sosial yang mudah diakses antara kelebihannya. Hal ini disebabkan aplikasi terdapat di media sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat hingga terlupa pada masa sama mampu memberi kesan negatif terhadap gaya hidup.
Kesan penggunaan media sosial yang meluas menyebabkan fitnah mudah berlaku.
Mengikut laporan sebuah portal berita tempatan pada 18 Mac 2014, pelbagai cerita dan spekulasi berterusan ditulis di media sosial.
Masing-masing mengeluarkan teori rekaan sendiri untuk menunjuk pandai dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai tulisan mereka itu.
Kemudahan media sosial sering disalah guna untuk kepentingan peribadi.
Menurut Sengupta dan Chaudhuri (2008), penyalahgunaan maklumat yang tidak benar serta menghantar ugutan dan mesej agresif dikira sebagai ‘Internet abuse’ sekali gus mampu mencemarkan maruah, kedudukan dan tekanan kepada individu.
Kesan penggunaan media sosial juga tidak boleh menafikan mampu mewujudkan individu bersifat anti sosial terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut Cris Rowan (2010), pendedahan pada pelbagai jenis penggunaan teknologi selama lapan jam sehari akan menyebabkan kanak-kanak menjadi tidak aktif secara fizikal dan merugikan golongan itu keseluruhannya jika tidak ditadbir dengan sistematik.
Media sosial juga mengakibatkan tekanan hidup dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja.
Arnett (1999) menggambarkan kehidupan remaja sebagai kehidupan yang sentiasa bergelora. Sikap mengejar kemewahan penggunaan media sosial menjadi satu budaya dalam kehidupan masa kini.
Keterlaluan penggunaan media sosial menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain.
Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Cara menangani kesan media sosial adalah melalui pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Masalah atau tekanan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan. Manusia tidak dapat mengelak daripada mengalami tekanan, namun mempunyai kekuatan dan upaya untuk mengurus tekanan dan menyelesaikan masalah.
Malah, tekanan juga memberi dorongan untuk seseorang melonjakkan diri mereka ke arah hidup yang lebih cemerlang sekiranya mereka dapat menguruskan tekanan dengan baik.
Kerajaan juga hendaklah memainkan peranan untuk mengurangkan kejadian media sosial yang mendatangkan tekanan kepada masyarakat.
Pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang dan peraturan terhadap segala kegiatan penyalahgunaan media sosial.
Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertanggungjawab memantau dan menangani isu sensitif yang mengancam keselamatan negara seperti isu perkauman dan
agama.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pula bertanggungjawab mengendalikan semua urusan berkaitan dengan Internet serta mengambil alih kuasa pelesenan terhadap spektrum penyiaran dan komunikasi.
Sebagai pengguna media sosial, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan tekanan hidup.
Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan pertelingkahan.
Individu perlu berhati-hati dan bijak dalam perkongsian pendapat dan komen serta perbincangan di media sosial.
‘Mencegah itu lebih baik daripada mengubati’. Dengan ini, kita dapat mengurangkan risiko berlakunya penyalahgunaan media sosial, sekali gus mengurangkan masalah sosial dan jenayah daripada berlaku.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kesanburukmediumsosial/MA/Article/index_html
FACEBOOK MENGANCAM UMAT ISLAM HARI INI
-Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman
Rabu, 30 April 2014
Vitamin D mempengaruhi IQ kanak-kanak
Pertumbuhan tulang yang agresif berlaku pada waktu kritikal tumbesaran ketika usia bayi sehingga remaja. Ketika itulah ia memerlukan vitamin D secukupnya supaya proses berkenaan berlaku secara normal.
Pengambilan vitamin D yang mencukupi juga dapat mengelak masalah pertumbuhan terbantut yang bukan saja boleh menjejaskan penampilan seseorang, tetapi juga memberi impak kepada tahap kecerdasan (IQ) kanak-kanak.
Kajian mendapati apabila seseorang kanak-kanak tidak mendapat vitamin D mencukupi, pertumbuhan tulangnya akan terbantut. Keadaan itu bukan saja menyebabkan kanak-kanak memiliki fizikal yang lebih pendek, tetapi mereka memiliki IQ jauh lebih rendah berbanding rakan sebaya yang mendapat nutrien vitamin D secukupnya dalam diet harian masing-masing.
Malangnya, berdasarkan Kajian Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS), biarpun dalam keadaan negara yang sedang membangun, masih ramai kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.
Keadaan ini berpunca daripada pelbagai faktor antaranya diet tidak seimbang, kurang aktiviti luar dan pendedahan terhadap matahari yang akan membantu memproses vitamin D sebaik cahaya lembayung (UV) terkena pada kulit dalam tempoh secukupnya setiap hari.
SEANUTS adalah kajian menyeluruh mengenai nutrisi membabitkan seramai 3,542 kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga 12 tahun dari kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara.
Ia dijalankan dengan kerjasama antara FrieslandCampina bersama empat pusat kajian dan universiti antarabangsa, kajian selama empat tahun itu membabitkan 16,744 kanak-kanak di empat negara rantau Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.
Kadar pengambilan nutrien kanak-kanak itu diuji melalui ujian darah, kiraan lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan diet, temu ramah dengan ibu bapa dan mengambil kira aktiviti fizikal yang dilakukan dalam sehari.
Ketua Program Sains Nutrisi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Poh Bee Koon berkata, kajian berkenaan yang pertama seumpamanya pernah dijalankan di negara ini.
Selain kadar vitamin D, kajian itu juga meliputi kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh termasuk kesihatan kanak-kanak meliputi pengambilan nutrisi dalam diet seharian dan berat badan mereka.
Menerusi kajian berkenaan, seramai 20 peratus kanak-kanak didapati mengalami masalah kegemukan melampau di negara ini manakala hampir 50 peratus kanak-kanak tidak mendapat vitamin D mencukupi.
“Selain diet, paling penting kanak-kanak perlu mendapat pendedahan secukupnya kepada pancaran matahari tanpa sebarang perlindungan daripada krim pelindung UV supaya vitamin D dapat dihasilkan untuk menguatkan tulang dan membantu tumbesaran sihat.
“Ramai orang ambil mudah kerana mereka ingat berada di negara yang panas seperti Malaysia, mereka tentu akan dapat vitamin D tetapi mereka silap. Kebanyakan masa mereka hanya mendapat cahaya dan haba bukannya UV disebabkan sering melindungi diri daripada matahari.
“Memang pelik kerana kita berada di negara yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun tetapi kanak-kanak di sini masih mengalami masalah kekurangan vitamin D.
“Keadaan ini berlaku kerana persepsi orang Asia bahawa kulit yang putih menjadi lambang kepada rupa paras yang menawan. Kita sentiasa menghalang cahaya matahari terkena pada kulit sedangkan tubuh memerlukan cahaya matahari untuk ditukarkan kepada vitamin D,” katanya pada pembentangan mengenai hasil kajian itu pada majlis anjuran Dutch Lady Malaysia yang turut dihadiri Pengarah Urusannya Rahul Colaco.
Kata Dr Poh, ibu bapa perlu membenarkan anak mereka bermain di luar supaya mereka terdedah kepada cahaya matahari. Jika tidak pertumbuhan mungkin terbantut menyebabkan anak mereka mempunyai ketinggian serta IQ yang rendah.
Apa yang penting katanya, kanak-kanak perlu membesar secara konsisten dan mereka perlu dirujuk kepada doktor pediatrik dari semasa ke semasa biarpun dalam keadaan sihat bagi memastikan pertumbuhan yang sihat.
“Ibu bapa juga perlu berhenti menyuruh anak duduk diam sebaliknya menggalakkan aktiviti kecergasan dan bermain di luar kerana ia penting untuk pertumbuhan fizikal dan IQ yang sihat.
“Tidak banyak makanan yang mengandungi vitamin D secara semula jadi antaranya ikan berlemak dan organ dalaman. Satu-satunya sumber makanan terbaik yang menyalurkan vitamin D kepada tubuh adalah susu, tidak kira apa jenis susu sama ada penuh lemak atau tepung,” katanya.
Menurutnya, kajian mendapati kanak-kanak yang aktif dan sihat mempunyai IQ lebih baik sementara kanak-kanak kurang nutrisi mempunyai IQ tiga kali lebih rendah manakala kanak-kanak yang memiliki berat badan berlebihan pula mempunyai IQ dua kali rendah.
Aktif satu jam sehari
Pakar perunding pediatrik Dr Yong Junina Fadzil berkata, dalam kalangan kanak-kanak, pengambilan pemakanan seimbang boleh menentukan sama ada mereka mendapat nutrien dan vitamin D secukupnya daripada diet mereka.
Namun katanya, kajian yang dijalankan itu mendapati terdapat dua kategori kanak-kanak yang dikenal pasti mengamalkan pemakanan tidak sihat seterusnya menjejaskan nutrien atau kandungan vitamin D iaitu kurang berat badan atau terlebih berat badan.
“Aktiviti luar juga membantu memberikan tulang yang sihat dan pemakanan seimbang membantu vitamin D diproses dalam badan. Keadaan ekonomi yang semakin baik membuatkan semakin ramai kanak-kanak menjadi gemuk kerana makan dengan banyak selain tidak keluar rumah untuk melakukan aktiviti beriadah atau bermain.
“Sikap ibu bapa yang terlalu risau dengan keselamatan anak juga menyebabkan mereka terkurung di rumah dan hanya bermain permainan video atau menonton televisyen.
“Keadaan itu menjejaskan kesihatan anak. Kanak-kanak yang memiliki berat badan berlebihan selalunya akan membesar sebagai individu yang gemuk dan ini boleh menjejaskan potensi diri mereka,” katanya.
Menurutnya, kanak-kanak di Malaysia bukan saja kekurangan vitamin D kerana kurang pendedahan kepada matahari kerana tidak keluar bermain, ia juga boleh disebabkan faktor jerebu yang memaksa mereka duduk di dalam bangunan.
Mengikut teori, seseorang perlu terdedah kepada pancaran matahari sekurang-kurangnya selama 20 minit sehari untuk mendapat vitamin D mencukupi, namun ia sebenarnya bergantung kepada warna kulit seseorang iaitu mereka yang lebih gelap perlukan masa pendedahan lebih panjang.
“Kanak-kanak perlu membesar pada kadar normal dan mengikut berat badan ketika lahir. Kalau berat badan naik dengan terlalu pantas, ia juga tidak bagus untuk mereka. Apa yang penting mereka harus aktif, berat badan meningkat, tinggi meningkat dan sihat.
“Kadangkala ibu bapa perlu diberi nasihat supaya tidak terlalu risau mengenai anak mereka kerana ada yang datang berjumpa doktor dan mengatakan anak mereka tidak mahu makan apa-apa sedangkan anak mereka mungkin tidak mahu makan nasi tetapi mengambil roti. Ia sepatutnya tidak memberi sebarang masalah kerana kedua-duanya adalah karbohidrat,” katanya.
Dr Yong berkata, kanak-kanak disaran aktif di luar rumah sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk memastikan pertumbuhan yang sihat. Ini bagi memastikan badan mendapat vitamin D yang cukup serta berat badan yang ideal.
Jika badan tidak mendapat vitamin D mencukupi, kalsium kurang diserap sehingga badan akan menyerap kalsium yang ada pada tulang. Kesan jangka panjang adalah penyakit riket dalam kalangan kanak-kanak dan osteoporosis ketika usia lanjut terutama dalam kalangan wanita.
“Kanak-kanak adalah masa depan negara. Membantu pertumbuhan normal mereka bermakna kita membantu IQ mereka dan masa depan yang lebih cerah untuk mereka,” katanya.
Sementara itu, tenaga pengajar fizikal dan sukan daripada Kementerian Pelajaran, Dr Mehander Sing berkata, ibu bapa mempercayai mitos bahawa kanak-kanak sememangnya aktif dan tidak perlu keluar rumah dan menyertai aktiviti riadah sedangkan ia sebaliknya.
Kanak-kanak zaman moden amat berbeza dengan kanak-kanak zaman dulu yang lebih banyak bergerak termasuk berjalan kaki ke sekolah atau bermain permainan kampung yang lasak sehingga tidak perlu menyertai sebarang kelab sukan.
“Ketika ini, satu-satunya aktiviti luar mereka disediakan pihak sekolah. Ibu bapa perlu menyokong aktiviti fizikal kerana ia dapat meningkatkan pengajaran di dalam kelas.
“Kanak-kanak bermain mengikut rentak mereka dan tidak boleh dipaksa mengikuti aktiviti secara berterusan. Biarkan mereka bermain di luar sehingga puas. Biar mereka aktif dan berlari ke sana-sini kerana ia memang ada dalam naluri mereka.
“Jika ibu bapa sentiasa suruh anak-anak duduk diam, mereka akan secara perlahan-lahan menjadi pasif. Mereka sepatutnya dibiarkan bermain apa saja asalkan mereka bergerak aktif dan sihat,” katanya.
Menurutnya, kajian membuktikan kanak-kanak yang pasif akan membesar menjadi orang dewasa yang pasif seterusnya merencatkan potensi mereka untuk muncul sebagai individu berjaya.
Pada masa sama, harus diberi perhatian usia kritikal dalam memastikan perkembangan yang sihat fizikal dan mental adalah antara empat tahun hingga akhir remaja.
Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/KurangnutrisirendahIQ/Article
http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin_D
http://kamuskesehatan.com/arti/vitamin-d/
Isnin, 7 April 2014
Hari Cuci Tangan Sedunia
Pada 15 Oktober setiap tahun, beratus-ratus juta orang di seluruh dunia akan menyambut Hari Cuci Tangan
Sedunia. Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan
membasuh tangan dengan sabun sebagai cara yang berkesan dan mampu untuk mencegah penyakit.
Kempen ini telah dijalankan semenjak tahun 2008.
Membasuh tangan dengan sabun merupakan amalan yang penting bagi kanak-kanak. Ia merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mengurangkan hampir 50 peratus kejadian cirit-birit dalam kalangan kanakkanak di bawah umur lima tahun, dan mengurangkan jangkitan pernafasan sebanyak hampir 25 peratus.
Hari Cuci Tangan Sedunia
Kempen Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:
• Memupuk dan menyokong budaya membasuh tangan dengan sabun di seluruh dunia.
• Meningkatkan kesedaran tentang manfaat membasuh tangan dengan sabun.
Hari Cuci Tangan Sedunia pada asalnya disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah,
namun ia boleh disambut oleh sesiapa sahaja bagi menggalakkan membasuh tangan dengan sabun.
Setiap tahun, lebih 200 juta orang terlibat dalam sambutan di lebih 100 negara di seluruh dunia. Hari
Cuci Tangan Sedunia disahkan oleh pelbagai kerajaan, institusi antarabangsa, organisasi-organisasi masyarakat sivil, NGO, syarikat swasta, dan individu.
Mengapa Membasuh Tangan Pakai Sabun?
Membasuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan murah untuk mencegah penyakit cirit-birit dan jangkitan pernafasan akut, yang telah meragut nyawa berjuta-juta orang kanak-kanak di negara-negara membangun pada setiap tahun. Penyakit ini adalah penyebab utama kematian kanak-kanak.
Walaupun terdapat potensi untuk menyelamatkan nyawa dengan membasuh tangan dengan sabun, namun ia
jarang diamalkan dan sukar untuk dijadikan sebagai satu kebiasaan.
Hari Cuci Tangan Sedunia memberi tumpuan kepada kanak-kanak kerana mereka mudah terdedah kepada
penyakit cirit-birit dan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan, dan seterusnya mengakibatkan kematian.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih terbuka kepada idea-idea baru dan lebih mudah
untuk menyesuaikan diri dan tingkah laku seperti membasuh tangan dengan sabun.
Panduan untuk mencuci tangan
Anda mungkin tahu yang anda perlu selalu mencuci tangan semenjak anda kecil lagi. Tetapi, adakah anda selalu mencuci tangan? Adakah cara anda mencuci tangan dibuat dengan betul?
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ia mungkin dipenuhi dengan pelbagai jenis bakteria semasa anda menyentuh, atau melakukan aktiviti harian seperti berkebun, cuci pinggan di dapur, selepas pergi ke tandas dan semasa bermain dengan haiwan peliharaan anda.
Tangan merupakan bahagian badan yang paling mudah terdedah kepada mikroorganisma kerana ia bersentuh dengan banyak benda setiap hari. Mikroorganisma tersebut mungkin terdiri daripada bakteria yang bahaya dan akan menyebabkan anda sakit perut atau cirit-birit. Ia juga akan menyebabkan jangkitan bakteria, terutamanya di bahagian yang terdapat luka pada tangan anda. Sesetengah penyakit ini merebak melalui makanan apabila tangan seseorang yang mempunyai mikroorganisma pembawa penyakit bersentuhan makanan tersebut. Apabila makanan tersebut dimakan, mikroorganisma tersebut akan memasuki badan dan akan menyebabkan keracunan makanan.
Bila anda perlu mencuci tangan?
• bila tangan anda kelihatan kotor atau berpasir,
• selepas menggunakan bilik air (termasuk selepas menukar lampin anak anda),
• selepas bersin pada tangan anda,
• sebelum atau selepas makan, mengendalikan makanan atau minum,
• selepas menyentuh makanan mentah, seperti daging mentah atau ikan mentah,
• selepas membuang sampah,
• melawat hospital atau menziarahi orang yang sakit di hospital,
• bermain dengan haiwan peliharaan, binatang atau menyentuh najis binatang.
TIP:
1. Cuci tangan ialah cara yang paling berkesan untuk membebaskan tangan anda daripada bakteria,
namun tidak semesti akan membunuhnya.
2. Sabun antibakteria tidak dapat disahkan lagi bahawa ia lebih berkesan daripada sabun yang biasa. Oleh
itu, pilihlah mengikut kegemaran anda.
3. Tangan yang kering merupakan langkah yang penting dalam proses mencuci tangan. Tangan yang
basah lebih mudah membawa bakteria daripada tangan kotor.
4. Apabila tiada air semasa anda berada di luar, anda boleh menggunakan napkin basah pakai buang
atau pencuci tangan yang berbentuk gel. Alkohol di dalam gel itu akan membunuh bakteria di tangan
anda.
LANGKAH UNTUK MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL
1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
2. Gosok kedua-dua belah tapak tangan anda
3. Gosok setiap jari dan celah jari anda
4. Gosok kuku di tapak tangan anda
5. Gosok belakang tangan dan celah jari anda
6. Basuh tangan anda dengan aliran air yang bersih
7. Keringkan tangan anda dengan tisu atau kain yang bersih
Mencuci tangan dengan sabun dan air dapat menghalang bakteria daripada memasuki makanan melalui tangan. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit. Amalkan membasuh tangan dengan cara yang betul.
JOM..! Tonton Video
7 Langkah Mencuci Tangan Dengan Betul
Amalkan mencuci tangan
7 Langkah Mencuci Tangan Dengan Betul
Amalkan mencuci tangan
Isnin, 31 Mac 2014
Mengenali Ubat Asli atau Palsu
Apa itu ubat?
Ubat ialah bahan-bahan yang ;
• mengubati penyakit
• melegakan tanda-tanda sakit
• mencegah penyakit
• meningkatkan tahap kesihatan dan keseluruhan kesejahteraan
Adakah ubat saya itu asli atau tiruan?
Semua ubat yang dijual di Malaysia perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan melalui Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Semua ubat berdaftar akan mempunyai:-
• Nombor pendaftaran MAL xxxxxxxxx dengan huruf terakhir yang menandakan kumpulan kepunyaan tertentu
• Hologram yang disertakan untuk setiap produk:
Nombor pendaftaran MAL
Hologram Meditag
Ubat ialah bahan-bahan yang ;
• mengubati penyakit
• melegakan tanda-tanda sakit
• mencegah penyakit
• meningkatkan tahap kesihatan dan keseluruhan kesejahteraan
Adakah ubat saya itu asli atau tiruan?
Semua ubat yang dijual di Malaysia perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan melalui Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Semua ubat berdaftar akan mempunyai:-
• Nombor pendaftaran MAL xxxxxxxxx dengan huruf terakhir yang menandakan kumpulan kepunyaan tertentu
• Hologram yang disertakan untuk setiap produk:
Nombor pendaftaran MAL
Hologram Meditag
Kod MAL
Maklumat tentang ubat-ubatan boleh diperolehi dengan merujuk kepada kod pendaftaran pada bungkusan atau botol ubat. Semua ubat yang dijual di Malaysia mesti mempunyai huruf MAL, 8 nombor dan diikuti dengan satu abjad yang menjelaskan kategori ubat.
Klasifikasi ubat:
A: Ubat Racun Berjadual
X: Ubat Bukan Racun berjadual (produk kaunter)
T: Ubat-ubatan Tradisional
K/NOT (nombor notifikasi): Kosmetik
C: Pengilangan Berkontrak
E: Untuk Export Sahaja
R: Ubat Dibungkus Semula
S: Ubat dari Sumber Kedua
Ubat Asli atau Ubat Palsu?
Vicks Vaporub
Panadol
Panadol Actifast
Periksa pada Hologram untuk mengenal ubat palsu atau tulen.
Sabtu, 29 Mac 2014
Kesan Kafien Pada Kanak-Kanak
Kafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yang ditambah pada jenis makanan tertentu. Kafein juga boleh didapati dalam pemakanan kita setiap hari terutama kopi, teh dan minuman berkarbonat.
Kebanyakan ibu bapa tidak menggalakkan anak kecil minum kopi namun tanpa disedari, mereka mungkin . memberikan minuman yang mengandungi kafein. Pengambilan kafein untuk kanak-kanak seeloknya pada tahap minimum.
Garis panduan dikeluarkan Kanada menyarankan kanak-kanak prasekolah mengambil kafein kurang daripada 45 miligram sehari. Ini setara dengan jumlah purata kafein yang didapati dalam 355 mililiter tin minuman bergas atau empat kepingan (seberat 43 gram) coklat bersusu.
Dalam suatu kajian yang dijalankan penyelidik Pusat Perubatan Universiti Nebraska di Amerika Syarikat ke atas 200 kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun mendapati kira-kira 75 peratus kanak-kanak mengambil kafein setiap hari dan kebanyakannya melalui minuman berkarbonat.
Kajian berkenaan dilakukan di klinik paediatrik dengan cara bertanya soalan kepada ibu bapa yang membawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan iaitu jenis dan jumlah snek yang diambil oleh anak mereka setiap hari.
Daripada soal selidik itu didapati kanak-kanak berumur lapan hingga 12 tahun mengambil kira-kira 109 miligram kafein sehari; bersamaan dengan tiga tin minuman berkarbonat (350 mililiter setiap tin). Kanak-kanak yang lebih kecil mengambil kurang kafein iaitu kira-kira 36 miligram (satu tin minuman berkarbonat).
Dalam kenyataan bertulis yang ketua penyelidikan itu, Dr William Warzak berkata, lebih banyak kafein diambil, seseorang kanak-kanak itu akan lebih susah hendak tidur. Apabila kurang tidur, daya tumpuan kanak-kanak di dalam bilik darjah akan terjejas.
Sebaliknya kajian lain menunjukkan kanak-kanak yang kurang tidur mengambil lebih banyak kafein dan menghabiskan banyak masa di depan televisyen atau komputer. Tidak cukup tidur dan kurang melakukan aktiviti fizikal (kerana terlalu asyik di depan komputer dan televisyen) mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan berat badan.
Memang ada banyak sebab pertambahan berat badan di kalangan kanak-kanak dan kurang tidur adalah salah satu daripadanya yang boleh membuatkan masalah obesiti menjadi semakin meluas. Apa yang lebih membimbangkan ialah kekurangan tidur ini juga akan menyebabkan kanak-kanak cenderung untuk mendapat tabiat lebih buruk iaitu merokok.
Kesan Kafien Pada Kanak-Kanak
Kafein yang bertindak serupa pada kanak-kanak mahupun orang dewasa, merangsang sistem saraf utama. Pada tahap lebih rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka dan cergas.
Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.
Untuk kanak-kanak pula, pengambilan yang sedikit boleh menimbulkan kesan berkenaan;
- Pengambilan kafein di kalangan kanak-kanak juga harus dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko kegemukan melampau sebanyak 60 peratus misalnya dengan mengambil 355 mililiter minuman ringan manis sehari.
- Kanak-kanak yang terlalu banyak mengambil minuman ringan mungkin kurang mendapat khasiat seperti kalsium yang diperlukan daripada susu untuk membina tulang dan gigi kuat.
- Kafein bersifat diuretik yang menyebabkan tubuh menyingkirkan air (menerusi pembuangan air kencing). Sungguhpun jumlah pengambilan kafein yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam tubuh masih belum dapat dipastikan, untuk langkah berjaga-jaga, elak pengambilan kafein berlebihan dalam cuaca panas.
Antara makanan mengandungi kafein termasuk kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan melegakan sakit.
Teh ais pula bukan saja mengandungi banyak gula malah kafein, sama seperti minuman ringan. Pilihan minuman yang lebih baik untuk kanak-kanak termasuk air kosong, susu atau 100 peratus jus buah-buahan.
Pengurangan Kafein
Adakah anda boleh memastikan bahawa anak-anak anda bebas daripada minuman berkafein? Sudah tentu
boleh! Cara terbaik untuk mengurangkan kafein (dan gula tambahan) adalah menggantikan dengan air kosong, susu atau minuman yang mengandungi 100% peratus jus buah-buahan. Sekali sekala anda boleh menyediakan teh. Namun begitu, pastikan anda membaca label dan ramuan untuk memastikan ia “noncaffeinated” atau kurang mengandungi kafien.
Sekiranya anak atau remaja telah biasa mengambil kopi, terutama bertujuan untuk kekal cergas sehingga
lewat malam bagi mengulang kaji pelajaran, ia boleh menyebabkan anak remaja ini akan cepat ketagih kepada kafien. Langkah terbaik bagi menghindari masalah ini ialah, dengan mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Ini kerana akibat daripada pengambilan minuman berkafien ini, kanak-kanak dan remaja mudah mendapat sakit kepala dan merasa tertekan. Oleh itu, cuba kenal pasti berapa banyak minuman berkafien yang anak anda perlukan dan gantikan kepada minuman alternatif yang bebas kafein di bawah paras 100 mg.
Pada peringkat permulaan, individu yang cuba mengurangkan pengambilan kafein mungkin akan berasa letih. Jangan bimbang kerana tahap tenaga akan kembali normal dalam masa beberapa hari.
Sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak dan remaja, anda bertanggungjawab untuk memastikan tahap kesihatan dan keselamatan makanan di rumah. Sentiasa pastikan anda dan anak-anak anak mengambil minuman berkafien secara terkawal.
Sumber:
www.hmetro.com.my
www.1pengguna.com
Sabtu, 11 Januari 2014
Makanan Untuk Elak Penyakit Alzheimer
Penyakit Alzheimer.
Alzheimer adalah penyakit degeneratif progresif otak yang menyebabkan gangguan berfikir dan mengingati sesuatu. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan setiap tujuh saat, satu kes baharu penyakit nyanyuk dilaporkan dan menjelang 2050, dianggarkan 100 juta pesakit akan mengidap penyakit yang juga dikenali sebagai dementia ini.
Alzheimer penyakit berkaitan nyanyuk yang biasa dilaporkan, dihidapi kira-kira 18 juta orang di seluruh dunia terutama warga emas berusia lebih 65 tahun.
Antara tanda awal masalah ini adalah kesukaran atau hilang ingatan untuk jangka masa singkat. Mereka boleh mengingati peristiwa lama di sekolah tetapi lupa mengenai sarapan diambil pagi itu, mudah lupa ke tempat biasa dan tersalah letak barang yang biasa baginya.
Penyelidikan di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati, pengambilan makanan kaya Vitamin E mampu melambatkan proses pendedahan awal kepada penyakit Alzheimer.
Vitamin E adalah bahan antioksidan boleh dijumpai secara semula jadi dalam minyak sayur-sayuran, kacang, bayam dan brokoli. Pengambilan makanan kaya vitamin E membantu mengurangkan penyakit nyanyuk juga boleh diambil bagi meningkatkan kuasa minda.
Antara makanan yang baik untuk meningkatkan minda dan otak adalah seperti berikut;
Kari
Kari mengandungi kunyit, rempah yang kaya curcumin, antioksidan dan anti radang. Curcumin mampu melancarkan darah dalam otak, pada masa sama menjadi ejen pelindung saraf daripada gangguan neurologi. Kajian menunjukkan curcumin membantu menghalang pengumpulan ‘amyloids beta’ iaitu bahan yang merosakkan otak pesakit Alzheimer. Curcumin juga berfungsi meningkatkan memori dan merangsang pengeluaran sel otak yang baharu, proses dikenali sebagai neurogenesis .
Saderi
Ia kaya dengan luteolin iaitu sebatian tumbuhan yang boleh menenangkan atau mengelak berlaku radang pada otak. Selain saderi, lada benggala dan lobak merah juga kaya luteolin .
Brokoli dan kobis bunga
Brokoli dan kobis bunga kaya sumber kolina dan vitamin B yang baik untuk perkembangan otak. Pengambilan kolina ketika hamil dapat meningkatkan fungsi kognitif otak bayi. Kolina juga mengurangkan masalah penurunan memori dan kelemahan otak.
Walnut
Walnut adalah sumber berasaskan tumbuhan yang kaya Omega-3, lemak, phytosterols semula jadi dan antioksidan. Kajian mendapati pengambilan walnut melambatkan proses penuaan otak. DHA , sejenis omega -3 yang ada dalam walnut dapat meningkatkan fungsi otak dan juga menggalakkan penyembuhan otak.
Ketam
Setiap satu hidangan ketam mengandungi lebih daripada keperluan harian phenylalanine iaitu asid amino yang membantu meningkatkan ingatan, selain merangsang adrenalin dan noradrenalin dalam badan. Rangsangan itu membantu melawan penyakit Parkinson. Ketam juga sumber kaya vitamin B12 yang baik untuk kesihatan otak.
Khamis, 19 Disember 2013
Rangsang Otak dengan Permainan Catur
Penyakit Alzheimer dan Demensia (nyanyuk) ialah penyakit berkaitan daya ingatan disebabkan kematian sel otak secara tidak normal dan aktiviti yang merangsang minda seperti catur dapat mengelak dari diserang Alzheimer atau Demensia.
Permainan catur memerlukan fokus dan strategi yang teliti bagi menumpaskan pihak lawan. Pelajar yang hebat bermain catur juga dikatakan mampu menjadi ia bijak dalam pelajaran.
Fungsi Otak Kanan dan Otak Kiri
Secara ringkasnya fungsi otak kanan berkaitan dengan ;
- Imaginasi
- Berfikir secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi (gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
- Menyimpan data dan fakta
- Menganalisis
- Memahami logik, bahasa dan matematik
Permainan catur dapat mengaktifkan otak kanan melalui beberapa aktiviti semasa bermain seperti berimaginasi kedudukan atau pergerakan buah catur, berfikir terhadap kesan pergerakan buah catur, pengawalan emosi, dan gerak hati.
Bahagian Otak kiri pula akan teraktif dengan aktiviti semasa permainan catur seperti menganalisis pergerakan buah catur pihak lawan, mengingati pergerakan dan strategi dalam pengalaman-pengalaman permainan yang lalu.
Selain itu, antara manfaat bermain catur adalah seperti meningkatkan kecerdasaan , meningkatkan keyakinan diri dan melatih disiplin. Permainan catur dianggap sebagai perangsang untuk otak berfikir dan mematangkan fungsi kognitif seseorang.
Ketika bermain catur seseorang akan menganalisis , memecahkan masalah dan belajar mengambil keputusan. Oleh itu permainan catur juga dapat mendidik kita melakukan perancangan dah strategi untuk mencapai sesuatu tujuan atau kemenangan.
Selasa, 5 November 2013
Menangani stres cara Islam
Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.
Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.
Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.
Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya.
Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.
Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.
Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.
Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.
Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.
Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya:
"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'
Kaedah Menangani stres cara Islam
Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan.
1. Solat
Menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.
Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya:
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'
2. Zikir
Dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'
3. Ayat Al-Quran
Mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).
Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.
4.Ujian Dari Allah
Meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.
5. Berdoa
Dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."
Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.
Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.
Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud:
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku."
Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.
- utusan.com.my
Selasa, 8 Oktober 2013
Pemakanan sukan
Pemakanan sukan ialah suatu bidang pangajian tentang amalan pemakanan serta hubungannya dengan prestasi atlet dalam sukan. Ia adalah panduan pemakanan tentang pengambilan bahan makanan dan kandungan nutrien secara seimbang. Pemakanan sukan adalah bertujuan untuk membantu atlet memantap dan mengekalkan keupayaan fizikal untuk berlatih dan bersukan. Atlet yang tidak mengambil makanan dengan cukup berisiko mengalami kekurangan nutrien dalam badan, kehilangan ketumpatan otot, mengalami kecederaan dan gangguan kesihatan.
Pada dasarnya, atlet tidak memerlukan pemakanan yang berbeza daripada orang awam. Perkara yang penting dalam pemakanan mereka ialah pengambilan makanan yang mengandungi kesemua nutrien dan air yang cukup pada ketika yang diperlukan. Faktor-faktor seperti umur, jantina, komposisi badan, kekerapan dan intensiti latihan adalah faktor penting yang perlu diberi perhatian apabila merancang pemakanan sukan untuk atlet.
Nutrien adalah bahan- bahan yang terkandung dalam makanan. Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk memenuhi keperluan hidup. Amnya nutrien diklasifikasi kepada dua iaitu
i) sebagai sumber tenaga (karbohidrat, lemak dan protein) dan ii) sebagai penyokong kepada metabolisme badan (vitamin, garam mineral dan air).
Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia adalah:
- Karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama bagi manusia.
- Protein yang diperlukan untuk pertumbuhan dan baik pulih tisu-tisu dalam tubuh.
- Lemak yang dikehendaki sebagai salah satu sumber tenaga dan medium pelarut bagi vitamin larut lemak.
- Garam mineral yang berfungsi sebagai elemen organik yang diperlukan oleh tubuh dan untuk fungsi normalnya..
- Vitamin yang terdiri daripada vitamin larut air dan larut lemak dan berperanan dalam kebanyakan proses kimia dalam tubuh.
- Air sebagai medium pengangkut nutrien-nutrien dan penting kepada fungsi normal tubuh.
Pengambilan bahan-bahan makanan yang membekalkan nutrien mestilah seimbang. Hal ini bermaksud pengambilannya perlulah mengikut kadar keperluan diri individu berdasarkan umur, jantina, saiz badan dan aktiviti-aktiviti rutin dan khusus. Pakar-pakar pemakanan sukan telah menggariskan panduan pemakanan yang dipanggil sebagai piramid pemakanan .
Piramid Pemakanan
Jumaat, 4 Oktober 2013
Is coconut water really the most amazing drink ever?
Did you know that coconut water can be used to treat disease 'gout'.
While some experts say coconut water does a better job at keeping you hydrated than plain water, most people aren’t working out long or hard enough to seriously need it.
ONCE requiring a trek to the health food store to find, coconut water has now gone global, and you’ll find it stocked on grocery store shelves, sold in gyms and yoga studios, passed along to runners during races, all in nifty box containers or cans and touted as nature’s perfect sports drink.
But is it just a clever marketing scheme or does it really work miracles?
A taste for coconut water originated in the tropics, places like Brazil and India, where palm trees thrive and locals have been drinking the fresh clear water from young coconuts for ages, dubbing it “miracle water”.
Scientists say the benefit is all about potassium (it contains more than a banana) and its naturally occurring electrolytes, along with the added benefits of having no fat or cholesterol and not many calories.
Coconut water, primarily from brands Vita Coco and Zico, has been hot in the US for years, with Rihanna as the face of Vita Coco and splashed on billboards all over the US.
The Independent in the UK reports coconut water is the fastest growing category in non-alcoholic beverages in the UK. Vita Coco is already in more than 10,000 outlets in the UK, and in around 16,000 across Europe, adds The Independent.
Meanwhile, the search for all those fresh, young coconuts is on. O.N.E. coconut water brand ran out of Brazilian coconuts in 2011 and has had to turn to the Philippines and Indonesia for supplies, while other brands are reaching out to Thailand, according to The Independent.
But do people really need all that coconut water? While some experts say it does a better job at keeping you hydrated than plain water, most people aren’t working out long enough or hard enough to seriously need it, nutritionist Monica Reinagel told National Public Radio in the US.
“They really don’t need an electrolyte replacement drink,” she says, “all they need to rehydrate is water.”
For hardcore fitness enthusiasts, she adds that the mineral they need most is sodium. Coconut water doesn’t have much of that.
Men’s Fitness magazine spells it out: “If your taste buds just can’t take another sip of tap water, choose coconut water. If you’re heading to the gym for a light training session or going for a leisurely bike ride, grab coconut water. If you’ve just wrapped up an intense workout or logged more than an hour of exercise, a traditional sports drink will help replace the sodium you lose through sweat.”
Low in calories, naturally fat- and cholesterol free, more potassium than four bananas, and super hydrating - these are just a few of the many benefits ascribed to America’s latest health craze: coconut water.
Dubbed "Mother Nature’s sports drink" by marketers, the demand is skyrocketing, propelled by celebrity and athlete endorsements and promises to hydrate the body and help with a whole host of conditions, from hangovers to cancer and kidney stones.
It has fewer calories, less sodium, and more potassium than a sports drink. Ounce per ounce, most unflavored coconut water contains 5.45 calories, 1.3 grams sugar, 61 milligrams (mg) of potassium, and 5.45 mg of sodium compared to Gatorade, which has 6.25 calories, 1.75 grams of sugar, 3.75 mg of potassium, and 13.75 mg of sodium.
Langgan:
Catatan (Atom)
Mengenai Saya
- Titian Ilmu
- Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).