Jumaat, 12 Julai 2013

Faedah dan Tips Cara Melatih Anak Berpuasa

Didik anak berpuasa


KANAK-KANAK harus dididik supaya berpuasa agar ibadat puasa tidak berat untuk dilakukan apabila dewasa kelak. Walaupun para ulama belum mewajibkan anak-anak yang belum mukallaf (baligh) untuk menunaikan puasa, namun, hal ini tidaklah terlepas kewajipan para pendidik dan ibu bapa untuk melatih anak berpuasa. Hal ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membiasakan melatih anak-anak mereka berpuasa. Hal itu tergambar dari hadis Rubayyi’ bintu al-Mu’awwidz radhiyallahu ‘anha.

Perhatian Islam terhadap anak-anak, dalam hal berpuasa ini, ditunjukkan pula melalui pembahasan khusus dalam Kitab Shahih Al-Bukhari. Al-Bukhari menyebutkan secara khusus terkait puasa anak-anak dengan menyebutkan dalam salah satu bab dengan judul ‘Shiyamu Ash-Shibyan’ (Puasa Anak-anak). Kepedulian ini semestinya dapat memberi galakan tersendiri bagi para ibu bapa atau pendidik untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa.


Faedah Melatih Anak Berpuasa

Ada beberapa faedah yang boleh diperoleh melalui upaya melatih anak berpuasa. Antaranya :

  • Pertama, menanamkan pada anak keikhlasan dan merasa diawasi oleh Allah Ta’ala. Puasa akan melatih diri anak untuk jujur terhadap dirinya sendiri.


  • Kedua, menanamkan sikap sabar dengan keadaan yang menimpanya. Saat berpuasa, si anak tentu merasakan lapar dan dahaga. Saat seperti itulah dirinya dilatih untuk menahan diri (bersabar) agar tidak berbuka. Puasa menjadikan dirinya untuk bersikap sabar.


  • Ketiga, menanamkan nilai-nilai kebaikan. Seseorang yang sedang berpuasa dituntut untuk banyak beramal soleh. Mulai dari menjaga lisan untuk tidak berucap yang tidak baik hingga menyempurnakan ibadah lainnya, seperti solat, membaca al-Quran, sedekah dan sebagainya. Keadaan bulan Ramadhan membuka peluang bagi anak-anak untuk mengerjakan amal soleh.


  • Keempat, menumbuhkan jiwa kesetiakawanan dan kesetaraan. 


  • Kelima, menanamkan jiwa untuk bermurah hati, suka berderma. Sebagaimana dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika bulan Ramadhan, baginda begitu sangat pemurah. 


Tips Mendidik Anak Untuk Berpuasa

Persoalan iman memang tidak boleh disangkal malah tidak mampu berpuasa sebenarnya juga berpunca daripada ketidakbiasaan yang wujud di dalam diri. Sebagai ibu dan bapa, kita sewajarnya mendidik anak  berpuasa sejak kecil lagi. Walaupun berpuasa bagi kanak-kanak tidaklah wajib. Namun tidak ada salahnya jika kita mencorak anak-anak dengan melatihnya berpuasa. Kanak-kanak berusia 7 tahun, sudah boleh dididik untuk berpuasa kerana ketika itu ia sudah cukup paham apa makna puasa dan bagaimana cara menjalaninya.

Berikut beberapa tips untuk melatih anak berpuasa :


  • Jelaskan pada anak-anak mengenai bulan Ramadhan. Dengan memberikan penjelasan tersebut, mereka boleh merasakan semangat Ramadan


  • Ajaklah anak-anak kita sahur bersama, ini untuk membiasakan diri agar mereka dapat memahami waktu sahur. 


  • Wujudkan suasana sahur yang menyenangkan dan menyeronokkan.
  • Buatkan anak menu kesukaannya untuk makanan sahur dan buka puasa. Tanyakan padanya apa yang dia ingin makan saat sahur dan buka.


  • Untuk anak-anak yang baru menjalani puasa untuk pertama kalinya, anda boleh mengajarnya untuk berpuasa hingga pukul 10.00 atau 12.00. 


  • Berikan semangat agar terus berpuasa. Misalnya dengan mengatakan, "boleh! tinggal dua jam lagi." Mengajak anak menyiapkan makanan untuknya berbuka puasa juga boleh jadi salah satu untuk menyemangatinya.


  • Sangat penting untuk kita dan ahli keluarga yang lain tidak menunjukkan rasa lapar dan haus saat berpuasa di depan anak-anak. Tunjukkan pada anak bahawa puasa itu harus dijalani dengan kesabaran dan tidak banyak mengeluh.
  • Jauhkan makanan-makanan yang boleh menggodanya, seperti coklat atau ais krim. Sembunyikan dulu makanan tersebut darinya.


  • Wujudkan aktiviti untuk anak agar merekaa tidak terlalu ingat akan rasa lapar dan haus. Contohnya ajak anak anda untuk membaca buku bersama, bermain game atau menonton filem kegemarannya.
  • Janjikan ganjaran untuk anak yang baru belajar berpuasa dan di bawah umur baligh. Sebagai contoh, wang atau hidangan KFC. Apabila anak-anak telah baligh, barulah bertegas menyuruh si anak berpuasa bagi melaksanakan perintah Allah dan bukan demi ganjaran semata-mata.


  • Wujudkan persaingan sihat antara anak-anak, atau antara sepupunya, atau dikalangan rakan sebayanya. Selain itu, boleh juga wujudkan persaingan dengan diri kita sendiri. Contohnya, anda boleh ceritakan kepada anak anda mengenai kisah anda belajar berpuasa ketika kecil dahulu, tetapi pastikan si anak mendapat manfaat dan semangat, bukan menjadikan si anak tidak minat berpuasa.

  • Berikan pujian setiap kali mereka berjaya berpuasa sepanjang hari.


  • Jika anak berbohong atau berbuka puasa secara senyap, jangan sesekali memarahinya, kerana anak anda berbohong kerana dia tidak mahu mengecewakan ibu bapanya.


Sumber Artikel:
kosmo.com.my
salafy.or.id


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti