Sabtu, 19 Februari 2011

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat 9 strategi pengajaran dan pembelajaran bestari;

Direktif (Directive)

  • Berpusatkan guru.
  • Membantu pelajar memperoleh maklumat, menguasai pengetahuan dan kemahiran.
  • Melatih mengikut prosedur tertentu.
  • Pembelajaran masteri dan secara langsung.


Pemerhatian (Observational)

  • Guru sebagai mentor dan fasilitator.
  • Pembelajaran melalui memerhati orang lain melakukan tugas atau penerangan tentang sesuatu kemahiran.
  • Pemerhatian rapi diikuti dengan peniruan.
  • Kaedah/teknik eksperimen, simulasi, iaitu main peranan, model, lakonan.
  • Pelajar belajar melalui pemerhatian atau penelitian.


Mediatif (Meditative)

  • Pelajar membina idea dan konsep mengikut kefahaman sendiri berlandaskan pengetahuan lepas.
  • Pelajar diberi bimbingan untuk mempelajari bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
  • Kombinasi proses memberi sebab, bimbingan dan perbincangan terbuka.
  • Guru sebagai fasilitator atau pengantara.


Generatif (Generative)

  • Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif melalui aktiviti sumbang saran, pemetaan minda dan pemikiran literal.
  • Pelajar mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila situasi memerlukan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan dan penyelesaian secara unik.
  • Pendekatan konstruktivisme.
  • Guru sebagai fasilitator.


Koperatif dan Kolaboratif (Cooperative and Collaborative)

  • Pelajar menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial, nilai murni dan sikap saintifik. Membolehkan pelajar berinteraksi dan bekerjasama.
  • Satu proses menghasilkaan sesuatu tugasan besar secara kolektif dengan pihak yang berlainan. melakukan tugasan-tugasan kecil yang berlainan tetapi mempunyai hasrat dan matlamat yang sama.
  • Termasuk Pembelajaran Koperatif, permainan berpasukan, menyelesaikan masalah secara berpasangan dan projek.


Konteks Luar (Outside context)

  • Melibatkan interaksi pelbagai pihak. Memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan interaksi.
  • Seminar, bengkel,kajian luar, lawatan sambil belajar dan projek.
  • Program pembelajaran kendalian kendiri.
  • Pembelajaran berasaskan aktiviti. Sesi hands on secara intensif dan berfokus


Metakognitif (Metacognitive)

  • Kesedaran apa yang diketahui dan yang tidak diketahui. Cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir. Oleh itu dapat merancang, menilai apa yang dipelajari.
  • Murid belajar melalui berfikir tentang proses pembelajaran, bagaimana ia dilakukan dan bagaimana boleh dibaiki.
  • Teknik metakognitif penyoalan, refleksi dan penulisan reflektif.


Kontekstual (Contextual)

  • Melibatkan interaksi antara pelbagai pihak dengan unsur pengajaran.
  • Murid disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan maklumat.
  • Kaedah pembelajaran mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
  • Kaedah pembelajaran secara konkrit melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.


Kajian Masa Depan (Future studies)

  • Meningkatkan keupayaan murid menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.
  • Menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, bertanggungjawab dan berintegriti.
  • Membawa anjakan paradigma dengan membudayakan kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti