Rabu, 23 Februari 2011

Catatan

Lawatan sambil belajar ke tempat yang menarik

8 Ogos 2010

8.00 pagi

Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur.Lawatan ini disertai 30 orang murid dan 3 orang guru iaitu cikgu Munira, cikgu Aminah dan Cikgu Ikhmal Hafizi. Kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

9.00 pagi

Kami telah sampai ke destinasi pertama iaitu Kula Lumpur City Center (KLCC).Kami telah pergi ke Petrosains.Ketika kami di petrosains,kami telah melihat benda benda yang menarik dan unik seperti keindahan angkasa lepas dan mengenali jenis jenis dinosour. Kami juga berpeluang untuk melihat fosil fosil dinosour yang pupus.Selepas kami pergi ke Petrosains,kaqmi pergi ke Aquaria.Kmi boleh melihat pelbagai jenis ikan seperti ikan jerung, ikan badut,ikan tenggiling dan pelbagai jenis ikan.

12.00 tengah hari.

Pada pukul 12.00 tengah hari, kami pergi ke destinasi yang kedua iaitu muzium. kami berpeluang untuk melihat pelbagai jenis barang barang yang lama seperti kenderaan lama, senjata senjata lama dan yang paling menarik ialah replika batu bersurat.

1.00 petang.

Pada pukul 1.00 petang, kami makan tengah hari di Zoo Negara. Kami makan tengah hari ditepi tasik yang cukup indah dan cantik. Selepas kami makan tengah hari,kami meronda Zoo Negara dengan menaiki tren.

3.00 petang

Pada pukul 3.00 petang,kami berpeluang untuk melihat haiwan haiwan membuat pertunjukkan seperti anjing laut yang lucu,burung kakak tua yang pintar berkata kata dan pertunjukkan ular sawa yang menggerunkan.

6.00 petang

Pada pukul 6.00 petang,kami pulang kesekolah dengan menaiki bas. Kami berasa sungguh gembira dan seronok. Banyak pengalaman yang kami perolehi dari lawatan tersebut.

Daripada adik Siti Zulaikha Aziz, 2010, Selangor




Bercuti Di Pulau Langkawi

Ahad, 25 Februari 2010

8.00 malam

kami semua bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah kereta Avanza.Semua ahli keluarga turut serta.

4.00 pagi

kami tiba di Kuala Perlis dengan selamat.Kemudian ayah telah menyewa sebuah hotel untuk kami bermalam.Selepas mengemas barang kami pun tidur kerana keletihan.

Isnin, 26 Februari 2010

6.00 pagi

Kami pun bersiap untuk pergi ke Langkawi.Selepas bersedia,kami bersarapan dengan menikmati makanan yang disediakan oleh hotel tersebut.

7.00 pagi

kami menaiki sebuah feri yang menuju ke Pulau Langkawi.Adikku begitu teruja kerana kali pertama dia menaiki feri.Abangku pula sedang mengambil gambar kami ketika berada di dalam feri.Aku melihat air laut kebiru-biruan.

8.00 pagi

kami pun tiba di Jeti Kuah.Ayah telah menyewa untuk memudahkan kami melancong di Pulau Langkawi.Ayah juga telah menyewa Chalet Beach Resort Pantai Pasir Hitam untuk kami bermalam di sana.Aku maninjau sekitar chalet itu.

5.00 petang

Kami sekeluarga bersiar-siar di tepi pantai.Kakakku mengutip cengkerang manakala adikku bermandi-manda bersama ibuku.Akudan abangku pula menaiki jetski yang disewa oleh ayah.Aku berasa seronok kerana inilah pengalaman pertamaku.Ayahku pula membaca surat khabar di bawah sepohan pokok yang rendang.

6.30 petang

Selepas bermandi-manda, kami pun pulang ke chalet yang terletak berdekatan dengan pantai.Selepas itu, kami makan malam yang disediakanoleh hotel tersebut. Kami makan di tepi pantai.Apabila selesai makan, kami tidur awal.

Selasa, 27 Februari 2010

9.00 pagi

Selepas selesai sarapan ,kami melawat sekitar pulau.Ayahku menyewa sebuah bot untuk ke Pulau Tengkorak.Apabila di sana, aku dan adik membina istana pasir.Seterusnya, kami pergi ke Pulau Bunting.Kami menyelam di dasar laut.Aku berasa teruja kerana inilah pengalaman pertamaku.Seterusnya,kami pun pulang ke chalet.

11.00 pagi

Kami mengunjungi Makam Mahsuri.Jurugambar bebas mengambil gambar kami sekeluarga.Ibuku membeli gambar tersebut dengan harga RM10 yang diletakkan di dalam piring sebagai cenderama.Kami juga melawat Telaga Tujuh.Kami mengambil peluang untuk bermandi-manda di sana.Kami pulang ke chalet.

1.00 petang

Kami mencari kedai makan untuk makan tengah hari.Akhirnya,kami makan di Restoran Seafod Harfan di Pekan Kuah.Makanan di situ semuanya enak.

2.00 petang

Kami menaiki kereta kabel di kaki Gunung Machinchang.Apabila tiba di kaki Gunung Machinchang, aku berasa gembira kerana inilah kali pertama aku menaiki kereta kabei.Aku juga membeli cenderamata buat kawanku yang berada di Kuala Lumpur.

5.00 petang

Kami membeli-belah di Pekan Cenang.Ibuku membeli beberapa set cawan, set pinggan dan beberapa biji periuk.Setelah selesai membeli-belah, kami pun pulang ke chalet.

7.00 petang

Kami sekeluarga makan malam di Restoran Seafood Walie di Cenang.Kami makan di tepi pantai.Angin malam bertiupan.Aku sangat sejuk ketika itu jadi aku memakai baju sejuk yang kubawa.Makanan di situ semua sedap.Selepas itu, kami pergi ke pasar malam di Pekan Cenang.Aku membeli beberapa jenis coklat.Aku tidur awal kerana kepenatan.

Rabu, 28 Februari 2010

8.00 pagi

Kami sekeluarga menikmati hidangan yang disediakan oleh hotel.Selanjutnya, kami pergi bermandi-manda di Pantai Cenang.Kakakku dan abangku menaiki kayak yang disewa oleh ibu.Abang dan kakak berasa gembira kerana dapat mendayung kayak dengan betul.

11.00 pagi

Kami melawat sekitar pulau.Kami mengunjungi Pulau Tuba.Ayahku dan ibuku memancing ikan.Setelah setengah jam, kedua ibubapaku mendapat beberapa ekor ikan.Kami makan bersama-sama di tepi pantai.

2.00 petang

Kami mengunjungi Beras Terbakar di Kampung Raja.Apabila hujan, beras terbakar akan timbul.Seterusnya,kami melawat Pulau Rebak.Kami melihat patung alat-alat milik dewa yang menyanyikan di dataran angin.Kami mengunjungi Gua Langsuir.Kami melihat stalagik di dalam gua tersebut.

5.00 petng

Kami mengunjungi Pantai Pasir Hitam berhampiran dengan Air Hangat dan Kuala Teiang.Aku dan abangku mengutip batu grunit yang berwarna hitam.Kami pun pulang ke chalet.

8.00 malam

setelah selesai makan malam di Restoran Seafood Din ,kami sekeluarga melawat Dataran Helang yang terletak bersebelahan dengan pelantar Jeti Kuah.Terdapat patung helang.Kedudukan patung helang itu dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur ke udara.Jurugambar kami sekeluarga di Dataran Helang.Ayah membeli gambar kami dengan RM10 yang diletakkan di dalam piring.Seluruh dataran diterangkan dengan lampu.Dari laut, panorama adalah menakjupkan. Suasana malam sungguh mengasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh selapas itu, kami pun pulang ke chalet.

Khamis , 29 Februari 2010

8.00 pagi

Kami bersiap untuk ke Under Water World.Selepas bersedia, kami bersarapan dengan menikmati makan yang disediakan oleh hotel.

10.00 pagi

Kami melawat Under Water World.Kami melihat kuda laut dan di sana.Aku memberi makan kepada ikan lumba-lumba.Aku sangat seronak kerana inilah kali pertama pengalamanku.

2.00 petang

Kami membeli-belah di Pekan Kuah.Ibu membeli dua helai kain batik.Ayah pula membeli dua helai kain pelekat.Kakakku dan abangku membeli beberapa jenis coklat.Manakala aku dan adikku membeli beberapa jenis kei chain yang bertulis Pulau Langkawi dan ada juga yang ber berbentuh helang.Kami pun pulang ke chalet.

5.00 petang

Selelepas selesai mengemas barang , kami sekeluarga menaiki Feri ke Kuala Perlis.Setelah tiba ke Jeti Kuala Perlis , kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur.Aku berharap aku berharap agar dapat bercuti di Pulau Langkawi pada satu hari nanti.

Daripada adik Norhidayah Azizan, 2010, Kedah



Hari Sukan

Sabtu, 10 April 2010

8.00 pagi

Semua murid dikehendaki berkumpul di padang. Guru besar menyampaikan ucapan diikuti oleh pengerusi PIBG. Keadaan di situ sungguh meriah kerana banyak ibubapa yang turut untuk menyaksikan temasnya sukan.

9.00 pagi

Acara perbarisan dimulakan. Perbarisan dimulakan oleh pasukan pengakap, kemudian oleh PBSM, Tunas Puteri dan rumah sukan. Mereka berbaris dengan semangat kesukanan.

9.30 pagi

Acara sukan akan dimulakan. Semua perserta yang mengambil bahagian berkumpul ditepi padang. Para hakim dan penjaga masa mengambil tempat masing-masing. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara lari 200 meter, 400 meter dan lari berganti-ganti. Semasa acara berlangsung, penonton memberi sorakan.

11.00 pagi

Acara lompat tinggi dan lompat jauh berlangsung di tengah padang. Beberapa orang jurugambar sibuk merakamkan gambar aksi peserta yang mengambil bahagian. Para perserta berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi acara itu.

3.00 petang

Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada pemenang rumah sukan. Rumah biru telah memenangi tempat pertama manakala Rumah kuning telah memenagi tempat kedua. Olahragawan yang terbaik ialah Muhamad Amirul dari Rumah kuning manakala olahragawati terbaik ialah Janet dari Rumah kuning juga telah memenangi piala yang besar.

4.00 petang

Sebelum majlis bersurai, semua perserta telah menyanyikan lagu sekolah. Semua tetamu dijemput menikmati makanan di kantin.

Daripada adik Sandra Michael, 2010, K.Lumpur





Hari Sukan Tahunan

Ahad,24 Januari 2010

7.30 pagi

Semua murid dikehendaki berkumpul di padang sekolah.Guru besar menyampaikan taklimat dan ucapan diikuti Pengerusi PIBG.Keadaan di situ sungguh meriah ramai keluarga yang turut untuk menyaksikan temasya sukan.

8.00 pagi

Acara perbarisan dimulakan.perbarisan dimulakan oleh Persatuan Pengakap,kemudian PBSM,Tunas Puteri,rumah sukan,dan lain-lain.Mereka berbaris dengan penuh semangat.

8.30 pagi

Acara sukan akan dimulakan.Semua peserta yang mengambil bahagian berkumpul di tepi padang.Para hakim dan para guru mengambil tempat masing-masing

9.30 pagi

Antara acara yang dipertandingkan adalah acara lari 200 meter,400 meter dan lari berganti-ganti.Semasa acara berlangsung,penonton memberi sorakan yang gemuruh untuk para peserta.

10.30 pagi

Acara lompat tinggi dan lompat jauh berlangsung di tengah padang.Beberapa orang guru sibuk mengambil gambar dan merakam beberapa aksi peserta yang mengambil bahagian.

12.00 tengah hari

Acara penyampaian diadadakan,Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada pemenang rumah sukan.Rumah Biru telah memenangi tempat pertama manakala Rumah Kuning memenangi tempat yang kedua.

1.oo petang

Sebelum majlis bersurai,tetamu dijemput untuk menjamu selera.


Daripada adik Muhammad Syafiq Aiman bin Norkahar, 2010, Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti