Isnin, 30 September 2013

Sejarah Permainan Sukan Ragbi


Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola sepak, tanpa diduga beliau telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakan-rakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari, lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu disertai pula rakan-rakannya. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru.

Rugby School di England

Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakanrakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.

Artikel tersebut telah menyebut, iaitu tindakan Ellis yang menimbulkan idea kepada permainan ragbi bukanlah ketika dia menangkap bola, tetapi adalah tindakannya berlari ke hadapan sambil bola berada di tangannya, sehingga tiba di gol lawan. Bagaimanapun tiada pula rekod yang menceritakan tindakan Ellis setelah tiba di garisan gol lawan itu. Menurut beberapa buku sejarah sukan ragbi, di sekolah Ellis telah dibina batu asas memperingati peristiwa ini. Pada batu tersebut dicatatkan catatan berikut: With fine disregard for the rules of football as played in his time, first took the ball in his arms and ran with it, this aroginating the distinctive features of the rugby game.


Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi sempena nama pekan kecil di mana sekolah tempat William Web Ellis bersekolah. Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubah suai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasminya sendiri.

Pada tahun 1839 di Universiti Cambridge, sekumpulan siswanya telah membentuk kelab ragbi, yang merupakan kelab ragbi pertama di dunia.

Ragbi mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi pula ditubuhkan dan mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.

Perlawanan peringkat antarabangsa pertama telah dIadakan tahun 1871, iaitu di antara England dan Scotland. Perlawanan ini dimainkan oleh 20 orang sepasukan dalam dua tempoh selama 100 minit.

Pada tahun 1870, penggunaan wisel oleh pengadil telah diperkenalkan. Lima tahun kemudian, dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain juga telah ditetapkan kepada 15 orang. Badan yang bertanggungjawab ke atas permainan rugbi ialah Kesatuan Ragbi (Rugby Football Union) yang ditubuhkan pada tahun 1871.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti