Badminton merupakan sejenis sukan
raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan)
ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah
bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh
jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring
dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis
jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap
sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Sukan badminton memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan
stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga
merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik,
kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.
SEJARAH BADMINTON DUNIA.
Badminton telah direka sejak
zaman dahulu lagi iaitu satu bentuk sukan permainan dalam Yunani purba dan
Mesir. Daripada beberapa rekod sejarah
terdapat sedikit keterangan tentang permainan ini. Lukisan-lukisan yang
terdapat dibeberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula
dimainkan pada abad ke 17 dan ke 18. Badminton berasal dari sejenis permainan yang dimainkan di
India, iaitu salah satu permainan kanak-kanak yang dimainkan dengan sebatang bet kecil dan pelancar berbulu.
Permainan asli India ini telah menarik minat
dan perhatian tentera British di Poona. Permainan Poona yang dibawa balik ke
England dan dipopularkan di Estet Badminton House telah mendapat nama baru
iaitu ‘Badminton’.
Dalam tempoh 20 tahun
diperkenalkan di England banyak kelab badminton ditubuhkan di Wales, Scotland
dan England. Pada tahun 1893 Persatuan Badminton England ditubuhkan. Pada tahun
1899 Pertandingan Kebangsaan Inggeris pertama telah diadakan. Kejohanan ini
merupakan kejohanan pertama di dunia untuk permainan badminton.
Selepas Perang Dunia Pertama
tentera asing yang mendapat pendedahan dengan permainan badminton semasa bertugas di England telah
membawa permainan ini balik ke negeri mereka. Beberapa buah negara telah menubuhkan
Persatuan Badminton Kebangsaan seperti Kanada (1921) dan Amerika (1936).
Pada peringkat awal
permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh
dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu
tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik
minat sebahagian daripada penduduk di situ.
Atas usaha seorang askar Inggeris
iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi India pada ketika itu, telah menubuhkan pasukan
Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’ dan undang-undang permainan tetapi masih
belum sempurna.
Seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau
persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa,
untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan. Pada tahun 1934 Persekutuan
Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Presiden pertama ialah Sir George Thomas.
Beliau menjawat sebagai Presiden IBF dari tahun 1934-1955. Pada tahun yang sama
(1934) Persatuan Badminton Malaysia ditubuhkan. Sukan Badminton berkembang dan
pada tahun 1992 Badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik.
Detik permulaan Piala Thomas
ialah pada tahun 1939 dan orang yang bertanggungjawab ialah Sir George Thomas
dan kemudiannya terpilih menjadi presiden IBF. Pada masa yang sama Malaya menjadi
terkenal kerana A. Samuel berjaya memasuki separuh akhir dalam pertandingan All
England. 1953 – 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All
England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuari
Piala Thomas. Pada peringkat awalnya Piala Thomas diadakan tiga tahun sekali
untuk pemain lelaki sahaja. Pertandingan mengandungi sembilan perlawanan iaitu
lima acara perseorangan dan empat acara bergu. Mulai tahun 1982 pertandingan
Piala Thomas diadakan dua tahun sekali. Pada dan dua acara bergu.
Pertandingan
Piala Uber dianjurkan oleh Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF) khas untuk wanita.
Piala ini dihadiahkan oleh Puan Betty Uber seorang pemain Badminton terkenal di
England. Kejohanan pertama diadakan pada tahun 1957. Mulai tahun 1984 Piala
Uber juga mengikut format Piala Thomas.
Kejohanan Seluruh England ialah
Kejohanan Terbuka (individu) yang paling berprestij di dunia. Kejohanan ini
diadakan pada setiap tahun. Pada tahun 1925 Persatuan Badminton Pulau Pinang
ditubuhkan. Selepas itu diikuti dengan penubuhan Persatuan Badminton Perak.
Pada tahun 1934, Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan dengan J.I Woods sebagai
presiden yang pertama.
Pada tahun 1937 Persatuan
Badminton Malaya bergabung dengan Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF). Pada
tahun 1960 Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan dengan Tan Sri
Mohd Khir Johari sebagai presiden yang pertama. Tugas utama BAM adalah memajukan
permainan badminton negara melalui pelbagai program dan perancangan yang diwujudkan.
SEJARAH BADMINTON DI MALAYSIA
Badminton telah dimainkan di
Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang dikenali sebagai Poona pada
ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat
East India, di kediaman Kaptain Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh
dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Di Muzium Pulau Pinang pula terdapat
gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain
permainan Poona atau badminton.
Pada peringkat awal permainan
ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan
panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu
tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik
minat sebahagian daripada penduduk disitu.
Pada tahun 1934 Persekutuan
Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak sebagai
satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang
bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia.
Pada 11 November 1934, Persatuan
Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari
Perak.
Pada masa yang sama Malaya
terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All
England. Pada tahun 1953 – 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan
perseorangan All England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992
Malaya menjuarai Piala Thomas.
Sukan Badminton berkembang pada
tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik.
Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu mendapat
pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik tahun 1996.
Akademi Badminton Malaysia(ABM)
ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorang pemain yang berjaya dihasilkan
ialah Dato’ Lee Chong Wei. Pada tahun 2000 ABM ditutup. Semua pelajar
dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil. Terdapat dua buah Sekolah Sukan
Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar
Penawar (SSBP). Pelajar untuk sukan badminton ditempatkan di SSBJ.
terima kasih di atas informasi yang berkualiti ini..ianya sangat membantu
BalasPadamfacebook,com
BalasPadam