Selasa, 7 Mei 2013
Khasiat Minyak Kelapa Pada Gigi
Tahukah anda bahawa minyak kelapa yang terhadam berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria di gigi, lantas berupaya mengurangkan kerosakan gigi. Manakala, komponen antibiotik yang terkandung boleh diguna sebagai bahan tambahan kepada produk penjagaan gigi.
Minyak kelapa yang berada dalam keadaan terhadap mampu membunuh dan mencegah bakteria Streptococcus (yang seringkali terdapat di dalam mulut manusia dan mengakibatkan kerosakan gigi).
Antara jenis bakteria yang boleh adalah seoperti Streptococcus mutans, iaitu sejenis bakteria yang mengeluarkan asid merosakkan gigi dan juga yis Candida albicans yang menjadi punca penyakit mulut dan kerongkong.
Para saintis ini turut percaya bahawa minyak kelapa terhadam berkemungkinan mengandungi kualiti antimikrob tersendiri yang memberikan banyak faedah kepada industri penjagaan mulut dan gigi.
Sumber:
yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti