Rabu, 14 November 2012

Ke Alam Sekolah Menengah


Cuti sekolah telah bermula, ada juga dikalangan guru besar yang berinovasi mewujudkan program-program seperti kelas tambahan bagi pelajar Tahun 5 sebagai persediaan awal UPSR pada tahun berikutnya.

Begitu juga dengan pihak sekolah, ada dikalangan ibubapa mengisi masa anak-anak mereka dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti menghantar anak-anak ke pusat tuisyen yang berdekatan atau melengkapkan diri anak-anak dengan pembelajaran Agama.

Bagi Ibubapa yang mempunyai anak yang pertama kali akan melangkah kaki ke kesekolah menengah, bertambah pening memikir untuk melakar masa depan anak-anak.


Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana asas pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi pendidikan tinggi ataupun latihan vokasional. Jadi kecemerlangan pelajar disekolah rendah akan membantu pelajar menguruskan kendiri disekolah menengah.  Begitu juga masalah pembelajaran sekolah rendah (klik ini) turut akan memberi kesan disekolah menengah.

Alam pembelajaran sekolah menengah tidak sama seperti sekolah rendah. Di sekolah menegah pelajar-pelajar dilatih untuk berdikari, maknanya semuanya perlu dilakukan oleh pelajar. bermula dengan pelantikan ketua kelas, merancang jadual kebersihan, sehinggalah mengurus sesuatu kelab atau persatuan. kesemua ini adalah untuk mencapai Objektif Pendidikan Sekolah Menengah seperti;

i) Mempertingkatkan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.

ii) Mempertingkatkan dan meluaskan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara.

iii) Menyumbangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.

iv) Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

v) Berkeupayaan untuk memperkembang dan mengubah suai kemahiran-kemahiran selaras dengan perkembangan baharu  dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.

vi) Memiliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup.

vii) Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang sosiobudaya negara.

viii) Menyedari  kepentingan  kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.

ix) Peka, prihatin dan menghargai alam serta nilai-nilai estetika.

x) Memiliki dan menghayati nilai-nilai murni.

xi) Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambahkannya dan mengembangkannya.


Untuk kebaikan masa depan anak, ibubapa akan memikir sekolah manakah yang perlu dipohon.

Sekolah harian biasa
Sekolah harian berasrama (Klik Kelebihan Tinggal di Asrama)
Sekolah Kluster

Bagi murid yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu akan ke Sekolah Menengah Asrama Penuh atau MRSM
Klik untuk lihat senarai Sekolah Asrama Penuh di Malaysia
Klik untuk lihat syarat kelayakan Sekolah Asrama Penuh
Klik untuk lihat syarat kemasukan MRSM

Untuk lebih kepada agama pula Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah yang terbaik.

Bagi anak-anak yang mempunyai bakat dan kemahiran pula, boleh kembangkan bakat dan kemahiran mereka di;
Sekolah Seni Malaysia
Sekolah Sukan Malaysia

Selamat ke Alam Sekolah Menengah...


Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti