Isnin, 12 November 2012

Buruj Dan Arah Mata Angin

 
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.( Surah Al-An'aam> Ayat 97) 


Lihatlah langit pada waktu malam. Jumlah bintang terlalu banyak. Terdapat 3 000 bintang yang dapat dilihat dengan mata kasar. Tetapi, jumlah bintang yang sebenarnya adalah berjuta-juta bintang. Pada zaman dahulu, para petani menggunakan bintang sebagai petunjuk waktu yang sesuai untuk bercucuk tanam. Manakala pelaut pula menggunakan bintang sebagai penunjuk arah ketika belayar. Mereka memberikan nama kepada bintang dan buruj. Mereka juga mencipta pelbagai mitos tentang bintang dan buruj. Nama-nama bintang dan buruj ini kekal hingga sekarang. Dan keinginan untuk merungkai misteri bintang dan buruj ini berlarutan hingga kini.

Penciptaan teleskop menyebabkan bintang dapat diperhatikan dengan lebih jelas dan dapat mengkaji bintang dengan lebih mendalam lagi. Walaupun telah menggunakan teleskop yang moden dan canggih, tetapi hingga kini hanya sedikit saja ilmu tentang bintang yang diketahui.


BURUJ

1. Buruj adalah gugusan bintang di langit yang membentuk corak tertentu.

2. Terdapat empat Buruj utama yang perlu diketahui iaitu
        Buruj Pari
        Buruj Belantik
        Buruj Biduk
        Buruj Skorpio



Buruj Sebagai Petunjuk Arah Mata Angin

Buruj Pari

Buruj Pari (Crux) menggambarkan palang dan bintang di hujung palang sentiasa menunjukkan ke arah selatan. Buruj ini ialah Buruj Salib Selatan (Crux dalam Bahasa Latin), dan dikenali di kalangan nelayan tempatan sebagai Buruj Pari. Buruj Pari dapat dilihat antara 20° latitude utara dan 90° latitude Selatan. (Imej lebih jelas pada Pukul 9.00 malam sepanjang bulan Mei) sumber. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun. Arah yang ditunjukkan oleh garisan yang menyambungkan bintang A dan B ketika tersebut adalah arah selatan. Unjuran garisan tersebut kearah yang berlawanan untuk mengetahui arah utara dari sesuatu tempat


Buruj Belantik

Buruj Belantik adalah menyerupai seorang pemburu dengan bintang di kepala menunjukkan arah utara.
Di Malaysia Pada waktu Maghrib di antara bulan Disember dan Mac, terdapat satu buruj kelihatan iaitu Buruj Belantik (Al-Babadur/ Orion) sumber. Buruj ini mudah dikenali kerana ia mempunyai tiga bintang berderetan di tengah-tengahnya. Ketika Buruj Belantik berada di tengah-tengah langit dalam pergerakan hariannya (dikenali sebagai fenomena istiwa buruj) unjuran garisan yang menghubungkan Bintang Rigel dan Bellatrix menunjukkan arah utara. Bintang tiga berderetan dalam Buruj Belantik ini digunakan oleh nelayan di Pantai Timur Malaysia sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan.

Buruj Biduk


Buruj Biduk berbentuk senduk dengan dua bintang di hujung menunjuk ke arah utara. Buruj Biduk berada di langit Malaysia waktu tengah malam pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Sumber.

Cara cari arah Utara dengan buruj Biduk


1. Cari bintang biduk.
2. Cari bintang penunjuk.
3. Cari Polaris.
4. Lihat lurus ke atas.
5. Pusingkan badan anda ke arah Polaris.
6. Kini, anda menghadap arah utara.






Buruj Skorpio


Buruj Skorpio pula menggambarkan seekor kala jengking. Ia biasanya kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur. Buruj ini kelihatan seperti huruf J yang terbaring .  Bintang yang terang yang terdapat di buruj ni ialah bintang antares.


Itulah buruj-buruj yang utama dilangit yang mana pada pada zaman dahulu manusia menggunakan buruj bagi menentukan arah apabila keluar mengembara atau belayar.

وَعَلامَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُون Maksudnya: "Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju)." (Surah an-Nahl ayat 16)

12 ulasan:

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti