Selasa, 8 Oktober 2013

Pemakanan sukan

Pemakanan sukan ialah suatu bidang pangajian tentang amalan pemakanan serta hubungannya dengan prestasi atlet dalam sukan. Ia adalah panduan pemakanan tentang  pengambilan bahan makanan dan  kandungan nutrien secara seimbang. Pemakanan sukan adalah  bertujuan  untuk membantu atlet memantap dan mengekalkan keupayaan fizikal untuk berlatih dan bersukan. Atlet yang tidak mengambil makanan dengan cukup berisiko mengalami kekurangan nutrien dalam badan, kehilangan ketumpatan otot, mengalami kecederaan dan gangguan kesihatan. 

Pada dasarnya, atlet tidak memerlukan pemakanan yang berbeza daripada orang awam. Perkara yang penting dalam pemakanan mereka ialah pengambilan makanan  yang mengandungi kesemua nutrien dan air yang cukup pada ketika yang diperlukan. Faktor-faktor seperti umur, jantina, komposisi badan, kekerapan dan intensiti latihan adalah faktor penting yang perlu diberi perhatian apabila merancang pemakanan sukan untuk atlet.

Nutrien adalah bahan- bahan yang terkandung dalam makanan.  Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk memenuhi keperluan hidup. Amnya nutrien diklasifikasi kepada dua iaitu 
i) sebagai sumber tenaga (karbohidrat, lemak dan protein) dan ii) sebagai penyokong kepada metabolisme badan (vitamin, garam mineral dan air).

 Antara nutrien yang diperlukan oleh tubuh  manusia adalah:


  • Karbohidrat  yang menjadi sumber tenaga utama bagi manusia.
  • Protein  yang diperlukan untuk pertumbuhan dan baik pulih tisu-tisu dalam tubuh.
  • Lemak  yang dikehendaki sebagai  salah satu sumber tenaga dan medium pelarut bagi vitamin larut lemak.
  • Garam mineral  yang berfungsi sebagai elemen organik yang diperlukan oleh tubuh dan untuk fungsi normalnya..
  • Vitamin yang  terdiri daripada vitamin larut air dan larut lemak dan berperanan dalam kebanyakan proses kimia dalam tubuh.
  • Air sebagai  medium pengangkut  nutrien-nutrien dan penting kepada fungsi normal tubuh.

Pengambilan bahan-bahan makanan yang membekalkan nutrien  mestilah seimbang. Hal ini bermaksud pengambilannya perlulah mengikut kadar keperluan diri individu berdasarkan umur, jantina, saiz badan dan aktiviti-aktiviti rutin dan khusus. Pakar-pakar pemakanan sukan telah menggariskan panduan pemakanan yang dipanggil sebagai piramid pemakanan .

Piramid Pemakanan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti