Selasa, 1 November 2011

Lihatlah Prestasi Akademik Anak Anda

Cara mengguna Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk ibubapa.

Untuk makluman ibubapa, tahukah anda bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia, di bawah program NKRA, kementerian telah melancarkan suatu aplikasi iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Apakah yang dimaksudkan SAPS?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah sistem yang menyediakan satu lagi kemudahan untuk membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Tidak perlu lagi menunggu anak menyerah kad laporan dan tidak perlu lagi untuk ke sekolah bagi memantau pelajaran anak. Semuanya boleh dilakukan dirumah.

Bagaimana untuk menggunakan aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)?

Langkah 1.

Buka laman web http://saps.moe.gov.my/

atau layari laman google dan taip SAPS


klik SAPS


Anda akan lihat paparan seperti di bawah.


Langkah ke-2


Klik Semakan Ibubapa

Setelah anda klik ikon Semakan Ibubapa, anda akan lihat paparan seperti dibawah


Sekarang apa yang anda perlu lakukan untuk melihat pretasi pelajaran anak anda hanya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan (bagi sekolah menengah) anak anda atau Sijil Lahir (bagi sekolah rendah).

seterusnya klik sama jenis sekolah anak anda (sekolah rendah atau sekolah menengah) dan klik Semak Laporan.


Selamat Memantau Pelajaran Anak Anda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti