Khamis, 29 Oktober 2009
Sejarah Sekolah
Sejarah penubuhan sekolah ini bermula seawal tahun 1870-an berikutan perpindahan penduduk dari Kedah ke Pulau Aman.
Pada tahun 1940-an hingga 1960-an, dianggarkan terdapat seramai 300 orang murid terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Namun begitu, jumlah ini berkurangan berikutan perpindahan besar-besaran penduduk Cina dan India ke Bukit Tambun dan Sungai Udang pada tahun 1960-an. Manakala penduduk Melayu pula telah berhijrah ke Rancangan FELDA pada tahun 1960-an.
Pada tahun 1986,bangunan baru sekolah telah siap bagi menggantikan bangunan lama yang diperbuat daripada kayu. Sejak tahun 1980-an hingga kini jumlah murid sekolah ini tidak melebihi 50 orang.
Mulai tahun 2006, Sekolah Kebangsaan Pulau Aman telah diketuai oleh En. Mohd. Noor B. Abd. Rahim sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh 9 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Kini terdapat seramai 43 orang murid yang sedang belajar dari Tahun 1 hingga Tahun Enam.
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Aman sekitar tahun 60an
Guru dan murid Sekolah Kebangsaan Pulau Aman sekitar tahun 70an
Guru-guru di era 70an
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ke arah keperibadian yang seimbang dan pendidikan yang berkualiti