Rabu, 30 Oktober 2013

Aplikasi Tablet dan Perkembangan Kanak-Kanak


Lebih daripada satu pertiga kanak-kanak di bawah umur dua tahun menggunakan peranti mudah alih, menurut laporan Common Sense Media yang baru dikeluarkan. Secara spesifik, kajian tersebut mendapati bahawa 38 peratus kanak-kanak di bawah umur dua tahun sudah pernah menggunakan tablet atau telefon pintar.

Organisasi bukan keuntungan tersebut sebelumnya pernah melakukan kajian sama pada 2011. Dan dua tahun tampkanya tempoh yang agak lama. Beberapa tahun yang lalu, waktu berkembangnya penggunaan iPhone 4, jumlah kanak-kanak di bawah umur dua tahun yang menggunakan telefon kira-kira sepuluh peratus.

Sementara dalam hal penggunaan teknologi untuk keperluan sehari-hari, jumlahnya juga mengalami kenaikan. "Peratusan anak yang menggunakan telefon bimbit setiap hari - sekurang-kurangnya sekali dalam sehari atau lebih - meningkat lebih dari dua kali ganda, daripada lapan peratus menjadi 17 peratus," menurut laporan tersebut.

Jim Steyer, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Common Sense Media, memperbincangkan penemuan laporan tersebut dengan Mashable.

Mashable:
"Kami melihat sebuah perubahan asas dalam perilaku anak-anak menggunakan media," ujar Steyer. "Anak-anak yang meskipun belum boleh bercakap akan berjalan ke arah TV dan berusaha mengusap layarnya seperti mengusap skrin iPad atau iPhone."

Laporan Common Sense Media setebal 40 halaman itu mengandungi data statistik, yang kemungkinan akan membuat anda merasa prihatin dengan perubahan perilaku pada anak-anak. Pada 2011, anak-anak di bawah usia lapan tahun rata-rata menghabiskan sekitar lima minit setiap hari untuk bermain dengan telefon atau tablet. Pada 2013, jumlahnya menjadi tiga kali ganda atau 15 minit.

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan agar anak-anak di bawah usia dua tahun untuk tidak menghabiskan waktunya di depan layar media, termasuk telefon bimbit, tablet dan televisyen. "Otak seorang kanak-kanak berkembang pesat awal pertumbuhannya, dan cara terbaik bagi anak kecil untuk belajar adalah dengan berinterkasi dengan orang, bukan skrin,"


Pendedahan terlalu awal bayi yang berumur kurang dari 2 tahun kepada teknologi seperti telefon pintar, tablet, internet bahkan TV tidak akan membantu perkembangan si kecil anda. Itu adalah kesimpulan yang dibuat berdasarkan artikel yang di terbitkan oleh AP (associated press) news yang memetik kajian oleh American Academy of Pediatrics seperti berikut:

“”Semua kita tahu tentang penyelidikan otak dan perkembangan kanak-kanak menunjukkan ianya jauh tersasar dari penggunaan skrin untuk mendidik bayi

Kajian menunjukkan bahawa mesin dan media skrin adalah cara yang tidak berkesan dalam pengajaran (bahasa) bayi. Apa yang bayi perlu untuk perkembangan otak yang sihat adalah bermain secara aktif (hands-on play), bermain secara kreatif dan interaksi secara bersemuka (face to face).

American Academy of Pediatrics” tidak menggalakkan pendedahan mana mana peranti elektronik untuk bayi dan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, manakala kanak-kanak lebih tua harus terhad kepada satu hingga dua jam sehari. Ia memetik satu kajian yang mendapati tontonan video kepada bayi boleh melambatkan perkembangan bahasa, dan memberi amaran bahawa tiada kajian telah didokumenkan manfaat tontonan video yang terlalu awal.

Pendedahan kajian tersebut dibuat sejurus penerbitan aplikasi yang buat khas untuk pembelajaran bayi oleh beberapa syarikat yang di muat naik ke laman Google Play mendapat kritikan dari pengguna yang merasakan pemaju aplikasi cuba untuk menipu ibu bapa dengan memikirkan bahawa aplikasi tersebut lebih memberi pendidikan walaupun sebenarnya ia adalah hiburan. Aduan pertama kempen kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan terhadap industri aplikasi mudah alih ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menjadikan peniaga yang lebih bertanggungjawab bagi tuntutan pemasaran tentang teknologi mereka kepada anak-anak muda dan ibu bapa mereka.

Sumber:
http://mashable.com/2013/02/14/research-needed-effect-violent-media-children/
http://mashable.com/2013/10/28/children-under-2-mobile-media-study/


Ahad, 27 Oktober 2013

Rezeki haram antara punca doa ditolak


Doa memohon kebaikan dan kesejahteraan hendaklah ditujukan hanya kepada Allah S.W.T dan tidak kepada selain –nya, makbulnya sesuatu doa itu adalah bergantung sejauh mana kita mentaati perintah Allah dan rasul-Nya.Oleh itu, setiap doa perlu diiringi dengan ketaatan yang sebenar bagi menjamin doa kita diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Rasulullah SAW pernah ditanya soalan seperti ini dan Baginda menjawab: “Tengah malam yang awal dan pada akhir tiap sembahyang fardu.” (Riwayat Ahmad)

Maksudnya, pada ketika selesai membaca tahiyyat dan sebelum salam. Sabdanya lagi: “Doa antara azan dan iqamah tidak ditolak Allah. Sahabat bertanya: Apa bacaan doanya ya Rasulullah. Jawab Baginda: Mohonlah keselamatan dunia dan akhirat.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sahabat lain bertanya pula: “Dengan ucapan apa kita menutup doa? Jawab Rasulullah: Ucapkan Amin.” (Riwayat Abu Dawud)

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah baik dan senang kepada segala yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang beriman seperti mana Dia memerintahkan kepada rasul.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai Rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik. Dan kerjakanlah amal yang soleh kerana sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Firman-Nya lagi: “Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu.”

Amalan Tidak Diterima Allah

Kemudian Rasulullah SAW memberi contoh seorang yang berdoa tetapi Allah tidak menerima doanya. Digambarkan orang itu musafir dengan rambut kusut tidak teratur, berwajah kotor penuh debu, memanjatkan doa sambil mengangkat kedua tangannya: “Ya Rabbi, ya Rabbi! Kata Rasulullah: Bagaimana Allah akan menerima doanya kerana apa yang ia makan tidak halal, minumannya haram, pakaiannya haram, diberi makanan dari yang haram.” (Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

Sahabat, Sa’ad bin Abi Waqqas meminta Rasulullah: “Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah supaya doaku dapat dikabulkan-Nya. Rasulullah menjawab: Wahai Sa’ad, doamu akan terkabul apabila yang engkau makan diperoleh daripada yang baik (halal). Demi (Allah) yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya sesungguhnya seseorang yang memasukkan makanan haram ke perutnya, Allah tidak akan menerima amal kebaikannya selama 40 hari. Seorang yang dagingnya tumbuh daripada yang haram dan daripada riba, lebih patut dagingnya menjadi umpan api neraka.” (Riwayat al-Hafiz bin Mardawih)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PersoalanAgama_Rezekiharamantarapuncadoaditolak/Article


Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut