Khamis, 24 Mei 2012

Budaya ganas rosakkan ummah

DALAM kehidupan umat Islam, didikan yang baik selaras dengan budaya Islam telah bermula sejak seseorang itu masuk ke sekolah.

Di peringkat sekolah rendah dan menengah para guru sentiasa menasihatkan supaya berbudi bahasa, jaga pekerti dan menghormati orang lain.

Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dilakukan di sekolah dalam mata pelajaran tertentu.

Budaya adalah cara hidup yang diamalkan secara baik dan sudah diterima oleh masyarakat secara keseluruhannya.

Ia akan membentuk tamadun dan peradaban yang mempunyai kaitan dengan kemajuan akal fikiran.

Adalah penting bagi setiap orang mengamalkan budaya timur dan nilai kekeluargaan bagi mengelak berlaku perkara negatif.

Orang yang berbudaya akan sentiasa menjaga percakapan, tingkah laku dan perbuatan supaya ke arah kebaikan bukan keganasan.

Mana-mana budaya yang tidak mempunyai landasan akidah dan agama pula pasti akan menemui kehancuran.

Sebab itu, pendidikan agama merupakan teras kepada pembinaan peradaban manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun.

Maka Kementerian Pelajaran telah merealisasikan nilai dan ketinggian ilmu yang terdapat dalam ajaran Islam.

Usaha melahirkan modal insan mukmin yang mempunyai jati diri yang kukuh sebenarnya telah lama dilakukan dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia mementingkan jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Lantaran itu, Islam menyeru supaya umatnya mementingkan akhlak seperti firman-Nya (rujuk an-Nahl: 125).

Agama Islam menentang keganasan yang boleh membawa kemusnahan dan kehancuran kepada ummah. Islam adalah agama ciptaan Allah SWT, bukannya ciptaan manusia. Justeru, apa-apa sahaja kejadian dan budaya yang boleh memburukkan imej Islam bukan daripada ajaran Islam.

Arus globalisasi termasuk Internet mendedahkan generasi muda kepada pelbagai keganasan. Oleh itu, mereka seharusnya berfikir dengan bijak akan baik buruknya.

Justeru, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada rasulullah SAW: "Ya Rasulullah apa yang dimaksudkan orang asing (aneh) itu? lalu Rasulullah SAW menjawab: "Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan. (riwayat Muslim).

Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab musababnya. Sebagai contoh kerosakan dan keganasan. Inilah yang harus diperhalusi dan difikirkan.

Sikap permusuhan ini sebenarnya dipamerkan sekian lama dengan menggunakan segala kekuatan yang ada. Sikap ini merangkumi kekuatan senjata, media massa, ekonomi dan politik.

Dengan memperhalusi tujuan sebenar Barat, barulah umat Islam boleh mengatur strategi menentang sikap prejudis itu dan tidak terpengaruh dengan budaya ganas.

Negara-negara kuasa besar Barat sedar hanya Islam dan dunia Islam saja yang mempunyai tenaga dan potensi untuk mencegah atau menentang dan pengaruh ideologi mereka setelah tumbangnya pengaruh komunisme, yakni setelah berpecah Kesatuan Soviet.

Kebangkitan semula Islam sebagai tenaga atau kuasa yang dapat mengimbangi pengaruh dan ideologi Barat dalam jangka masa panjang. Jika andaian ini benar-benar berlaku, pasti menghakis kekuasaan Barat yang mendominasi sistem politik dan ekonomi dunia sejak sekian lama.

Peralihan kuasa kepada negara yang diterajui orang Islam bukanlah suatu dongengan kerana sejak sekian lama, Islam pernah menjadi empayar yang besar dan berpengaruh.

DR. AMINUDIN MANSOR (24/05/2012), utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Sabtu, 7 April 2012

Panduan bagi Penghasilan Penulisan Cemerlang

Panduan bagi Penghasilan Wacana Penulisan Cemerlang
  • Banyakkan membaca bahan bacaan tambahan berfaedah seperti akhbar, majalah dan buku cerita yang bersesuaian untuk meneliti kesinambungan isi-isi.
  • Sentiasa merujuk kepada kamus untuk mengetahui erti perkataan atau kosa kata baharu bagi penulisan.
  • Baca dan semak semula penulisan yang telah ditanda oleh guru.
  • Teliti pengajaran guru berdasarkan pengolahan wacana yang tepat dan kemas. Elakkan tanda tanya dalam wacana.


Panduan Khusus bagi Penulisan

  • Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
  • Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas dalam fikiran, kemudian susun mengikut isi yang lebih penting.
  • Tulis berdasarkan rangka yang disediakan.
  • Penulisan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
  • Bagi penulisan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai tiga isi (seelok-eloknya cari empat isi) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
  • Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.


Kelemahan Murid dalam Penulisan

  • Murid tidak mengemukakan isi yang menepati tajuk atau kehendak soalan.
  • Isi yang dikemukakan tidak mencukupi (iaitu kurang daripada empat).
  • Penulisan panjang, tetapi isi yang dikemukakan berulang.
  • Murid tidak menghuraikan isi yang dikemukakan.
  • Tidak memberikan contoh untuk menguatkan isi yang dikemukakan.
  • Tidak mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan satu isi yang lain.
  • Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan isi atau ayat.
  • Tidak menggunakan kosa kata yang sesuai.
  • Struktur ayat tidak kemas, selain terdapat kesalahan ejaan.


Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut