Isnin, 12 Ogos 2013

Hujan Meteor Perseid


“Maha Suci Allah yang Menjadikan di Langit Gugusan-gugusan Bintang dan Dia Menjadikan Juga Padanya Matahari dan Bulan yang Bercahaya” (Al Furqaan -Ayat 61).

Meteor Perseids ini sebenarnya akan kelihatan ‘muncul’ dari arah buruj Perseus, sebuah buruj di kawasan langit utara.

Fenomena Pancuran Meteor, Juraian Meteor atau Hujan Meteor adalah dikaitkan dengan bujur Perseus dan komet Swift-Tuttle.


Perseid adalah hujan meteor yang lebat. Perseids dikenali sebegitu kerana ia hanya kelihatan di gugusan bujur Perseus. Perkataan Perseids diambil sempena nama Perseides, iaitu istilah yang terdapat dalam satu mitos Greek, merujuk kepada waris Perseus.

Hujan Meteor Perseids adalah serpihan komet Swift-Tuttle yang pernah melintas dekat Bumi. Laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer.


Hujan meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Meteor dalam hujan meteor ini akan bergerak dengan kelajuan 60 km / saat.

Meteor ini tidak mendatangkan bahaya kepada kehidupan bumi kerana terdiri daripada debu, ais dan habuk yang terbakar semasa bergesel dengan lapisan bumi.

Fenomena Hujan Meteor Perseids adalah salah satu fenomena yang indah, oleh itu ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan dan kehebatan Allah mengatur alam semesta ini.

Dialah Pencipta langit dan bumi … (Al An'am -Ayat 101)

Gambar Pemandangan Hujan Meteor Perseid 
pada Ogos 2013

Hujan Meteor Perseid pada 11 Ogos 2013 
dilihat dari Lindisfarne (Pulau Suci) di pantai timur laut England

Jalur meteor kelihatan di Gurun Mojave, Landers, California.

Pemandangan meteor Perseid di kampung Fanos, Greece. 

Meteor Perseids di Salgotarjan, Hungary 

Meteor Perseids di Chongqing, China.

Meteor Perseid kelihatan di Pulau Orcas di Washington.

Meteor Perseid di barat Texas


Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu. (Ar Ra'd -Ayat 2)


Sumber:
universetoday.com
falak-online.net
space.com
tafsir.gimmebucks.asia/surahs

Sabtu, 3 Ogos 2013

Janji Syaitan Menyesatkan Manusia


Allah menciptakan banyak makhluk diantaranya yaitu manusia dan syaitan. Dan di setiap kehidupan manusia syaitan akan selalu mengganggu kita. Permusuhan iblis kepada manusia tidak berhenti dengan sikap takburnya, tetapi dilanjutkannya dengan permusuhan yang berkekalan sehingga Hari Kiamat. Setelah enggan sujud kepada manusia.


Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.
Surah al-Baqarah Ayat 34



Setelah enggan sujud kepada manusia, iblis bertekad:



"Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
Surah Al-A'raaf  Ayat 14


Dalam tempoh tersebut, iblis secara khusus dan syaitan secara umum, berjanji akan bertungkus lumus mengganggu manusia dengan objektif utamanya:


  • Agar manusia menjadi sesat:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)".
Surah Al-Israa' Ayat 62



  • Agar manusia kufur kepada Allah:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: ""Berlaku kufurlah engkau!"" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: ""Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"""

Surah Al-Hasy-r  ayat 16



  • Agar manusia syirik kepada Allah:


Rasulullah SAW pernah berkhutbah:

Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhanku menyuruhku untuk mengajar kalian apa yang kalian tidak tahu dan Allah telah mengajarku pada hari ini, iaitu setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba adalah halal dan sesungguhnya Aku mencipta hamba-hamba-Ku semuanya dalam keadaan (fitrah yang) cenderung kepada agama yang lurus (Islam).

Akan tetapi syaitan-syaitan mendatangi mereka dan memalingkan mereka dari agama mereka (Islam) dan mengharamkan ke atas mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka. Dan syaitan-syaitan itu menyuruh mereka mempersekutukan Aku dengan apa yang tidak Aku berikan keizinan kepada mereka.


  • Agar manusia memasuki neraka:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka."
Surah Al-Faatir ayat 6



Tonton Video 
"3 Simpulan Syaitan"



Sumber:


Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut