Khamis, 19 Disember 2013

Rangsang Otak dengan Permainan Catur


Penyakit Alzheimer dan Demensia (nyanyuk) ialah penyakit berkaitan daya ingatan disebabkan kematian sel otak secara tidak normal dan aktiviti yang merangsang minda seperti catur dapat mengelak dari diserang Alzheimer atau Demensia.

Permainan catur memerlukan fokus dan strategi yang teliti bagi menumpaskan pihak lawan. Pelajar yang hebat bermain catur juga dikatakan mampu menjadi ia bijak dalam pelajaran.

Fungsi Otak Kanan dan Otak Kiri

Secara ringkasnya fungsi otak kanan berkaitan dengan ;

  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
Manakala bagi fungsi otak kiri pula berkaitan dengan;

  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik


Permainan catur dapat mengaktifkan otak kanan melalui beberapa aktiviti semasa bermain seperti berimaginasi kedudukan atau pergerakan buah catur, berfikir terhadap kesan pergerakan buah catur, pengawalan emosi, dan gerak hati.

Bahagian Otak kiri pula akan teraktif dengan aktiviti semasa permainan catur seperti menganalisis pergerakan buah catur pihak lawan, mengingati pergerakan dan strategi  dalam pengalaman-pengalaman permainan yang lalu.

Selain itu, antara manfaat bermain catur adalah seperti meningkatkan kecerdasaan , meningkatkan keyakinan diri dan melatih disiplin. Permainan catur dianggap sebagai perangsang untuk otak berfikir dan mematangkan fungsi kognitif seseorang.

Ketika bermain catur seseorang akan menganalisis , memecahkan masalah dan belajar mengambil keputusan. Oleh itu permainan catur juga dapat mendidik kita melakukan perancangan dah strategi untuk mencapai sesuatu tujuan atau kemenangan.