Jumaat, 28 Jun 2013

Manfaat Google membangunkan Projek Loon


Ketika ini dicatatkan bahawa ada dua per tiga penduduk Bumi yang belum miliki akses internet. 4.8 bilion orang itu merangkumi penduduk seluruh dunia terutama di daerah pendalaman dan terpencil. Kini Google telah membangunkan Projek yang bernama Project Loon. Dengan melepas beberapa belon udara raksasa ke lapisan stratosfera Bumi, Google ingin menyediakan akses internet percuma ke seluruh dunia. Project Loon ini merupakan langkah untuk mengikis jurang internet 4.8 bilion penduduk bumi


Projek Loon adalah yang terbaru dibangunkan oleh Google. Projek Loon bertujuan untuk menyediakan akses internet ke kawasan pedalaman dan luar bandar yang tidak mempunyai sambungan internet seperti biasa. Google bercadang untuk mencapai matlamat ini dengan menggunakan belon altitud tinggi yang berlaku di stratosfera pada ketinggian kira-kira 20 Kilometer. Ini belon akan berkhidmat untuk mewujudkan rangkaian wayarles udara.

Jika berjaya, ia akan menjadi alat yang hebat untuk orang-orang yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada sambungan internet. Tujuan Google adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada negara-negara membangun yang lain akan merasa terlalu mahal untuk mewujudkan rangkaian internet di kawasan luar bandar.

Projek Loon telah memulakan ujian perintis. Tiga puluh belon telah dilancarkan dari Pulau Selatan New Zealand yang akan digunakan oleh kumpulan yang dipilih penguji perintis. Hasil daripada kajian rintis ini akan membentuk bagaimana Loon terjadi di masa depan.





Manfaat dari Projek Loon

Jika Projek Loon berjaya menjadi kenyataan, beberapa kebaikan yang boleh diperolehi, antarnya :


  • Berjuta kanak-kanak miskin di seluruh dunia yang tidak pernah menggunakan internet akan dapat mengukuhkan pembelajaran mereka melalui perkhidmatan internet yang disediakan melalui Projek Loon.


  • Maklumat dan info kesihatan dan wabak penyakit boleh diperolehi dengan cepat dan berkesan.


  • Info cuaca dan amaran bencana alam seperti ribut taufan, banjir, jerebu serta tsunami dapat disebarkan dengan cepat.


  • Manusia dapat berhubung dan berkomunikasi tanpa sempadan, samaada di bandar raya hingga di ceruk pendalaman.


  • Teknologi Loon ini juga mempunyai potensi yang drastik untuk mengurangkan kos menggunakan Internet, dan untuk meningkatkan kualiti pada masa yang sama.


Balloon-powered Internet for all!

Setiap ciptaan manusia pasti ada keburukan, apa pula keburukannya?
Fikir-fikirkan...



Sabtu, 22 Jun 2013

PELAN TINDAKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)



PELAN TINDAKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL 
TAHUN 2013

KEMBALI PADA YANG ASAL : 
PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, 
GURU MENGAJAR, 
MURID BELAJAR.

Pelaksanaan pelan melindungi masa instruksional MMI


MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Amalan MMI akan dapat memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid di sekolah.

Merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) KP(BPSH – PKICT) 103/020/23 Jld. 5 (12) bertarikh 15 Januari 2013. Pihak KPM telah mengeluarkan ;




RASIONAL MMI

1.1 Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

1.2 MMI sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif.

1.3 Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. 

1.4 Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) (TKPPM SOP) bersama Pengarah Bahagian-bahagian,Sektor Operasi Pendidikan (SOP) telah memutuskan untuk mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah. 

1.5 MMI telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 3 September 2012, dan pelaksanaan taklimat kepada semua JPN dan PPD oleh TKPPM-OP telah disempurnakan bagi memastikan konsep MMI difahami dengan jelas.

1.6 Bahagian, JPN, PPD, dan pemimpin sekolah serta guru diminta merancang dan meningkatkan usaha MMI melalui strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang. 

1.7 Keputusan Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 6/2012 telah mengutarakan tiga fokus utama pendidikan iaitu murid, guru dan pemimpin sekolah. Salah satu fokus yang telah diberi perhatian oleh KPPM adalah semua JPN, PPD dan sekolah perlu memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) semasa proses PdP bagi melindungi waktu pembelajaran murid.

1.8 Pada 18 Disember 2012, satu taklimat telah diberikan kepada KPPM dan beliau telah memutuskan satu garis panduan pelaksanaan MMI disediakan kepada Bahagian, JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan semua guru kembali kepada yang asas iaitu pemimpin instruksional, guru mengajar dan murid belajar.



Khamis, 13 Jun 2013

Asmaul Husna


Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.



FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.


Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Hadis tentang Asmaul Husna:

"Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." - (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Al-Quran.Surah Al Israa': 110)

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari



Ahad, 2 Jun 2013

Definisi dan Mengurus Sisa Pepejal


Definisi "Sisa Pepejal" (Mengikut Akta 672)

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan
oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.

Contoh Sisa Pepejal


Sisa makanan, kertas, kadbod, plastik,tekstil, kulit, sisa taman, kayu, kaca, bahan logam seperti tin aluminium dan sebagainya.


Mengurus sisa pepejal

Mengikut bancian Jabatan Perangkaan Malaysia (2009) populasi penduduk Malaysia meningkat daripada 6 278 000 orang pada tahun 1957 kepada 27 729 000 orang pada tahun 2008 mengikut perangkaan terbaru.

Seiring dengan peningkatan penduduk, masalah pembuangan dan pencemaran sisa pepejal seperti polisterin dan beg plastik semakin rumit.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tengku Nuraiti Tengku Izhar, secara purata setiap individu negara ini menghasilkan di antara 0.5 dan 0.8 kilogram sampah setiap hari bergantung kepada ekonomi dan faktor geografi sesuatu kawasan.

Oleh itu, penduduk Malaysia menghasilkan 7.6 juta tan sampah setahun. Daripada jumlah itu, 45 peratus sisa buangan adalah berupa bahan makanan, 24 peratus bahan plastik manakala yang selebihnya adalah bahan yang selain keduanya.

Apakah peranan kita berdepan dengan masalah pengurusan sisa pepejal dan pencemaran plastik?. 

Antaranya adalah

Definisi: "Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle" merujuk "pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. 


1. Kitar semula (recycle). Dengan mengitar semula sisa pepejal (recycling) kita boleh

a. Menjimatkan sumber semula jadi

b. Menjimatkan tenaga

c. Menjimatkan udara dan air bersih

d. Menjimatkan wang dan menjana pekerjaan

e. Menjimatkan ruang untuk tapak pelupusan sampah

Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai. Ia juga boleh mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.


2. Mengurangkan dan menggunakan semula (reduce and reuse).

Definisi: Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali, dan dengan berbuat demikian penjanaan sisa dan pembuagannya dapat dikurangkan.


Definisi: Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.

Pelbagai cara boleh dilakukan. Antaranya ialah:

a. Tiada beg percuma di pasar raya sebaliknya menggunakan beg kanvas guna semula

b. Menggalakkan penggunaan semula cecair pembersih

c. Menyemak semula teks pada komputer sebelum mencetaknya

d. Memilih produk yang menggunakan kaedah pembungkusan

e. Membeli lebih banyak produk yang boleh diguna semula

f. Menggunakan semula products

g. Membeli produk berkualiti dan menyimpannya untuk jangka panjang

h. Mendera atau menjual produk daripada membuangnya.

Kerajaan telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20120611/al_02/Mengurus-sisa-pepejal
http://www.kpkt.gov.my/jpspn_2013/main.php

Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut