Sabtu, 29 September 2012

Pengurusan Stor Sukan




STOR SUKAN


Penyelengaraan Peralatan Sukan  ( Stor Sukan )
( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 )
Semua warga sekolah yang menggunakan peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:

Tatacara Am.
  • Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.
  • Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya
    diadakan pada hari atau masa yang berasingan
  • Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan
     rapi sepanjang masa.
  • Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli
    Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.
  • Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk
    peralatan sukan.
  • Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.
  • Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.
  • Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan
    yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.


Tatacara Murid.

  • Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.
  • Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru PJK.

Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
  • Merekod semua alat sukan yang digunakan.
  • Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.
  • Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
  • Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.
  • Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
  • Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.

Tatacara Am.
  • Sentiasa menjaga kebersihan stor.
  • Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan
    peralatan sukan.
  • Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan.
    Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.
  • Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
  • Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
  • Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk
    alat-alat sukan.
  • Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.
  • Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.
  • Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
  • Memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.

Tatacara Murid.
  • Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.
  • Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru PJK.
  • Murid tidak dibenarkan bermain – main dengan peralatan lain apabila berada didalam stor suka ketika mengambil alatan sukan.
  • Murid dilarang berlari semasa berada didalam stor sukan semasa mengambil peralatan sukan.
  • Murid perlu melaporkan dengan segera kepada guru PJK sekiranya terdapat murid lain berada dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Tatacara Jurulatih/Guru.
  • Menjaga kebersihan stor sukan.
  • Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.
  • Memadamkan suis apabila keluar dari stor.
  • Mempunyai pelan keselamatan.
  • Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
  • Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
  • Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

 

Jumaat, 28 September 2012

Bajet 2013-Memperkasa Pendidikan Dan Latihan

BAJET 2013 DALAM
MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


58.   Sememangnya sejak merdeka, Kerajaan telah menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda utama negara. Kerajaan juga menyedari pelaburan dalam bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan pembangunan rakyat yang sejahtera. Lalu,   setiap   tahun menyaksikan  peruntukan besar dan kali ini 21 peratus daripada keseluruhan bajet. Namun, didapati  hasil yang diperolehi tidak setara dengan pelaburan yang  telah  dibuat.  Maka,   pada   11  September  lepas,  Kerajaan  melalui Kementerian Pelajaran telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi  memastikan sistem pendidikan negara akan mampu mengoptimumkan potensi setiap anak Malaysia.


59.     Bagi  Bajet  2013,  sebanyak  38.7  bilion  ringgit  telah  diperuntukkan kepada  Kementerian     Pelajaran meliputi peruntukan  mengurus dan pembangunan.


60.     Berbicara tentang itu, langkah meningkat upaya kompetensi dan kualiti guru    merupakan     prasyarat     kritikal     yang     menunjang     kejayaan     sistem pendidikan negara. Oleh itu, bagi menjana mula prakarsa ini, di samping 38.7 bilion  ringgit  peruntukan  kepada  Kementerian  Pelajaran  bagi  perbelanjaan mengurus   dan   pembangunan,   Kerajaan   akan   menyediakan   peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains  dan  matematik   melalui   pendekatan  Higher  Order  Thinking  Skills. Peruntukan  ini  juga  merangkumi  penubuhan  Unit  Pelaksanaan  Pendidikan atau  Education  Delivery  Unit  bagi   memantau  dan  menilai  keberkesanan pelaksanaan transformasi pelan tersebut.


61.     Pada     pembentangan     Bajet     2012,     Kerajaan     telah     menyediakan sebanyak 1 bilion ringgit di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan   Penyelenggaraan  Sekolah  khusus  bagi  keperluan  mendesak  untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok  tambahan. Untuk meneruskan komitmen Kerajaan, sukacita saya mengumumkan  tambahan 1 bilion ringgit lagi kepada Tabung khas ini. Daripada   jumlah  ini,  400   juta  ringgit  akan  disalurkan  kepada  Sekolah Kebangsaan, 100 juta ringgit kepada  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 juta  ringgit  Sekolah  Jenis  Kebangsaan   Tamil,  100  juta  ringgit  Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 100 juta ringgit Sekolah Berasrama Penuh dan 100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.

Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak




62.       Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan pendidikan  prasekolah  termasuk  kepada  Jabatan  Kemajuan  Masyarakat, Kementerian  Pelajaran,  PERMATA  dan  Jabatan  Perpaduan  dan  Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.


63.    Berhubung perkhidmatan  taska  dan pusat  jagaan kanak-kanayang berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di   samping  membangunkan  perkembangan minda  yang  positif,  Kerajaan mencadangkan insentif-insentif berikut:


Pertama:       Geran  pelancaran  10  ribu  ringgit  kepada  penyedia  Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu merek membuka  taska  baru  yang  berkualitiDianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat;


Kedua:         Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat  jagaa kanak-kanak  akan  diberi   kepada majikan;


Ketiga:         Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan


Keempat:       Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan  industri  pada   kadar  10  peratus  setahun  kepada pengusaha pra-sekolah swasta.


64.       Pada  masa  ini,  kita  dapati  ramai  kanak-kanak  kurang  upaya  dari keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan taska OKU. Untuk ini Kerajaan akan melaksanakan projek perintis taska   OKU  bagi  6  kategori  kanak-kanak  OKU yang merangkumi down syndrome,  autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU  masalah pembelajaran.


Latihan dan Kemahiran


65.    Berganjak kepada soal modal insan, yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif,  program  latihan akan  dibentuk  untuk  mengasah  kemahiran  baru selaras dengan  keperluan  industri   masa  depan  ke arah     ekonomi berpendapatan tinggi dan maju. Bagi tujuan ini, pada tahun 2013, sejumlah 3.7 bilion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional


66.   Setiap  tahun  hampir  180  ribu  graduan  berkelulusan diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi. Untuk membantu mereka  yang  masih   menganggur, maka Kerajaan   akan melancarkan Graduate Employability Blueprint pada penghujung tahun 2012. Rangka kerja ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan. Dalam  hal ini, Kerajaan akan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan 200 juta ringgit.

67.   Kerajaan telah melaksanakan  Program Skim Latihan 1Malaysia  atau dikenali sebagai SL1M yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran  graduan  melalui  latihan  soft-skills  dan on-job-training  di syarikat swasta melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat. Galakan ini telah diberi mulai 1 Jun 2012 sehingga tahun 2016.



68.        Kerajaan juga memperuntukkan  440  juta  ringgit kepada  Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran  bagi  memberi  pinjaman  kepada  pelatih untuk  menjalani  latihan kemahiran.  Langkah  ini akan  dapat  memanfaatkan hampir 40 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5. Kerajaan  juga  memperuntukkan  366  juta  ringgit  bagi  menaik  taraf  serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara.


69.   Pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakan selaras dengan matlamat mentransformasikan industri   utama negara berteras kepada teknologi tinggi, berinovatif serta berpendapatan tinggi. Ke arah ini, tumpuan akan  diberi bagi melahirkan tenaga kerja profesional dan berbakat di dalam industri  terpilih termasuk  industri  minyak  dan  gas,  perkapalan,  ICT,  kreatif serta  bioteknologi.  Bagi  tahun  2013, dijangka  seramai  5,000  pelatih  akan menyertainya.  Di  samping  itu,   Petronas  akan  menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di  Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.

70.   Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari  estet-estet  yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Selaras dengan itu,  Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih   3,200   pelajar  masyarakat  India  bagi  memperlengkapkan  mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.

71.      Bagi memastikan golongan pekerja swasta adalah sentiasa sihat dan produktif  dalam  menyumbang kepada  pembangunan  syarikat  dan  ekonomi negara, aspek  kesihatan mesti diberi keutamaan. Untuk ini, PERKESO akan menyediakan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit bagi membolehkan ahlinya seramai 1.4 juta orang  menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO. Pemeriksaan  kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit, kepada semua pekerja yang berumur antara 40 hingga 55 tahun.


Petikan daripada : http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub13.pdf


Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut