Sabtu, 30 Julai 2011

Soalan Percubaan UPSR Negeri Selangor 2011

Soalan Percubaan UPSR Negeri Selangor 2011

Bahasa Malaysia Pemahaman

Bahasa Malaysia Penulisan

English

Matematik kertas 1

Matematik kertas 2


lain-lain negeri


Soalan Percubaan UPSR Negeri Kedah 2011

Soalan Percubaan UPSR Negeri Kedah 2011

Bahasa Malaysia pemahaman

Bahasa Malaysia penulisan

English 1


English 2

Matematik kertas 1

Matematik kertas 2

Sains A

Sains B

Soalan Percubaan UPSR Negeri Melaka 2011

Soalan Percubaan UPSR Negeri Melaka 2011

Klik link untuk download


Bahasa Malaysia Penulisan

Bahasa Malaysia Pemahaman

English 1

English 2

Matematik Kertas 1

Matematik Kertas 2

Sains


Selamat Menempuh UPSR

Soalan Percubaan UPSR Negeri Sabah 2011

Soalan Percubaan UPSR Negeri Sabah 2011

klik untuk download

Bahasa Malaysia

English

Matematik

Sains

Soalan Percubaan UPSR negeri Perak 2011

Soalan Percubaan UPSR negeri Perak 2011

Klik untuk download

BM Pemahaman

BM Penulisan

English 1

English 2

Matematik 1

Matematik 2

Sains 1

Sains 2


Semoga Berjaya...

Selasa, 19 Julai 2011

Pergerakan Asas Dan Manipulasi Alatan


Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan.

Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan pusing-putar.


Pergerakan Lokomotor

Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )
4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )
5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
berselang seli )

Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :

1. Skip
2. Galop
3. Melongsor


Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-

1. Meregang
2. Memusing
3. Membongkok
4. Menghayun
5. Menolak
6. Menarik
7. Mengilas
8. Bangkit
9. Rebah
10. Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya


Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya, pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan seperti;

1. Merangkak = membongkok + berjalan
2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih
langkah berjalan atau berlari
3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong
4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan


Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-

  • Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul, mengumpan dan merejam
  • Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
  • Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran- kemahiran asas sukan.


Lihat Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengenai Saya

Foto saya
Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan baik daripada yang buruk. Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pengikut